*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Mungkin ada antara kita yang sempat menonton majlis Mahadir bersama Duli
Yang Maha Mulia Sultan Kelantan pada malam Jumaat lalu. Saya sempat menonton
kerana saya anak Kelantan dan kerana nak menilai beberapa perkara mengenai
suasana politik Kelantan.
Secara ringkas ini pengamatan saya:
1. UMNO Kelantan telah cuba mengheret Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk
terlibat secara langsung (bukan lagi secara simbolik!!) ke kancah politik.
Sedangkan menurut perlembagaan, Sultan tak boleh terlibat dalam politik. Ini
bukan salah baginda. Tetapi, UMNO Kelantan diatas nama kononnya meraikan
keputeraan baginda, menggunakan kesempatan yang ada untuk berceramah politik
di hadapan Baginda. Ini suatu yang amat parah berlaku dalam sejarah poilitik
Malaysia.
2. Ibrahim Ali tidak layak memimpin rakyat Kelantan. Dari gaya dan cara
terlalu emosi beliau ketika berucap, terutama di hadapan baginda,
sememangnya Ibrahim Ali tidak layak memimpin rakyat Kelantan. Beliau hanya
layak memimpin persatuan kampung sahaja. Ucapannya penuh emosi dan ampu-
mengampu Mahathir dan baginda Sultan. Saya rasa dari ucapan beliau malam itu
meyakinkan lagi Mahathir untuk tidak memberi tempat kepada beliau. Ucapan
beliau penuh emosi, membingitkan telinga, tong kosong, bising, memualkan,
dan topik basi. Sememangnya tidak sesuai diucapkan di hadapan seorang
Sultan.
Kesian Ibrahim- terpaksa membuat burung untuk mengampu. Tercatat dalam
Malaysia Book of Records, Ibrahim Ali telah hadiahkan burungnya....
3. Mahathir biadap kerana bertandang kerumah orang tetapi tidak bertemu tuan
rumah-- Bayangkan majlis meraikan keputeraan seorang Sultan sebuah negeri
tetapi tidak pun dihadiri oleh menteri besar negeri itu. Sebaliknya
menteri-menteri besar dan menteri2 lain pula dijemput hadir. Inilah
kebiadapan paling teruk yang dilakukan oleh UMNO, setentunya dengan restu
Mahathir.
Selaku anak Kelantan, saya harap baginda Sultan sedar baginda telah cuba
diperalatkan oleh UMNO untuk menceburi politik. Mungkin malam itu kali
pertama baginda hadir dalam majlis ceramah politik. Juga semoga rakyat
Kelantan nampak siapa Ibrahim Ali yang sebenar yang sememangnya tidak layak
ditabalkan sebagai pemimpin besar rakyat Kelantan, jikapun Mustafa Muhammad
dilepaskan dari jawatan pengerusi UMNO Kelantan.
Wassalam.
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>