*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum,

Pada 12/04/02 tengahari isteri saya telah memaklumkan  anak saya yang kedua 
yang berada di SMS Teluk Intan telah menaliponnya menanyakan mengenai 
tentang penyampaian anugerah pelajar cemerlang kawasan Parlimen Lumut 
anjuran Pemuda UMNO Lumut. Bila isteri saya memberitahu anak saya pun dapat 
apalagi beliau pun balik pada petang jumaat juga.

Pada besoknya hari Sabtu 13/4/02 anak saya pun bersiaplah nak pergi ambil 
anugerah tersebut yang akan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Bapa 
Konspirator Negara Aziz Shamsudin. Saya pun berpesan pada anak saya waktu 
nak ambil hadiah tersebut salam saja cukup, jangan nak cium-cium tangan 
pulak,,, maklum saja budak-budak ni bukannya tau sangat, kang disuruh oleh 
guru pengiring macam-macam boleh berlaku,,, disamping itu saya berpesan juga 
kalau dapat duit tu boleh lah belanja adik-adiknya, lalu dijampuk oleh 
isteri saya, kalau nak dapat pun paling banyak RM10.00. Saya balas balik tak 
kan RM10.00 kut, Timbalan Menteri yang nak sampaikan,,, kurang-kurang pun RM 
100.00.

Pada jam 2.00 petang saya pun hantar anak saya ke Dewan Majlis Perbandaran 
Manjung untuk upacara tersebut dan balik semula ke rumah selepas tu sehingga 
lepas asar baru saya pergi semula, oleh kerana upacara UMNO majlis tersebut 
telah berlansung hingga jam 5.00 petang lebih baru Dato Aziz Shamsudin 
sampai. Sementara nak menunggu majlis penyampaian tersebut saya sempat 
berbual dengan seorang Ustas Pensyarah UITM, beliau mencerita sewaktu majlis 
berdoa diadakan beliau tidak mengaminkan kerana ayat-ayat dalam bahasa arab 
yang dibacakan oleh Ustaz UMNo banyak kesalahan bahasa arab, bila salah 
bunyi lain maknanya, jadi itu sebab beliau tidak mengaminkan.

Pada jam 6.00 petang baru selesai ucapan Aziz Shamsudin, dan penyampaian 
hadiah disampaikan kepada 105 orang murid yang mendapat 5A pada peperiksaan 
UPSR tahun 2001 dalam Parlimen Lumut.

Tuan-tuan tau, apa hadiah yang murid-murid tu dapat, hahahaha,, 
jeng-jeng,,,,,,,jeng-jeng,,, hadiahnya ialah ���������.sekeping sijil 
penghargaan dan sebatang pen parker jenis roller,,, yang sekarang ni ada 
dijual dipasar malam sebatang RM5.00�.. Itulah nilai untuk seorang Timbalan 
Menteri yang nak menyampaikan hadiah oleh anjuran Pemuda UMNO Kawasan Lumut. 
Nampaknya sengkek betul UMNO ni,,, majlis nak buat,, tapi itulah yang 
didapati,, bukan apa kita nak menilai sangat, tapi kalaulah itu yang dapat 
tak pulang modal ada ibu bapa yang pergi ambil anak balik dari 
sekolah-sekolah asrama, macam anak saya nasib baik balik sendiri naik bas, 
anak anak-anak yang ibu bapa kena pi ambik bawa balik,, dan lepas tu hari 
nak kena hantar balik,,, betapa nilai duit dan masa kita yang membazir 
akibat angkara majlis anjuran UMNO yang tak seberapa,,,,, mampus UMNO,,,,


_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "tukang tambah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke