*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
April 23 , 2002 15:14PM
Komen: Kenapa tak tanya kenapa bekas KETUA POLIS NEGARA (Rahim Noor)
melanggar undang-undang?


Pasukan Khas Kaji Sebab Anggota Polis Langgar Undang-Undang
 
  KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Sebuah pasukan petugas khas akan
ditubuhkan untuk menjalankan kajian mengapa sesetengah anggota polis
melanggar undang-undang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Zainal Abidin Zin berkata pegawai polis
yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi adalah antara mereka yang
akan menganggotai pasukan itu. 

Beliau berkata pasukan khas itu akan membuat kajian dan mengenal pasti
faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan anggota polis berkenaan melakukan
perbuatan itu.

"Pasukan ini akan memberikan cadangan untuk membendung perbuatan yang tidak
diingini yang dilakukan oleh oleh anggota polis," katanya.

Mengenai tindakan terhadap anggota polis yang melakukan perbuatan yang
mencemar imej pasukan itu, Zainal berkata selain tindakan mahkamah, PDRM
akan mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka yang terbabit termasuk
pegawai kanan.

Zainal berkata PDRM juga mempunyai pegawai agama yang menjalankan tugas
untuk mengukuhkan moral dan sahsiah anggota polis dan mereka dibantu oleh
jawatankuasa surau PDRM.

-- BERNAMA 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke