*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Sepanjang minggu ini, entah kenapa ke mana saja kita pergi, orang bercerita
mengenai kisah penangkapan terbaru 14 orang anggota the so-called KMM di bawah
ISA.
Yang memeranjatkan saya, sepanjang penelitian saya terhadap sembang-sembang
rakyat jelata mengenai isu ini, ramai sekali yg begitu berminat ingin tahu
lebih lanjut siapakan mereka-mereka yg dituduh sebagai KMM ini dan ramai pulak
yg makin hari makin curious nak tahu - sungguh-sungguh nak tahu apakah
bendanya yang kerajaan dok kata KMM dan Militan ini.
Rupa-rupanya pendedahan yg seperti disengajakan oleh pihak kerajaan ini
mengundang publisiti kepada suatu pergerakan yg kebanyakan kita (?) sudah pun
tahu lama mengenai kewujudannya ini, cumanya bukanlah dalam bentuk yang
bernama KMM seperti yg sedang diwar-warkan ini.
Watak-watak KMM sudah lama wujud di antara kita; orang kampung tahu, ketua
kampung pun tahu, wakil rakyat juga tahu, malah Menteri, SB dan MIO Askar pun
tahu akan kewujudan kumpulan-kumpulan seperti ini - lama dahulu!!
Misalnya, sesekali bila pulang ke kampong berhari raya, kita mungkin pernah
bertemu dengan saudara kita seorang Askar yg pernah bertugas di bawah PBB di
Bosnia misalnya, dan dalam sembang-sembang dengan mereka, mungkin kita akan
diberitahu mengenai pengalaman mereka bertemu dengan "Mujahidin Melayu" di
sana. Sesekali pula tatkala bertemu dengan sahabat satu sekolah lama dengan
kita; kita mungkin mendengar cerita mengenai si anu dan si anu yg sering
mengambil cuti panjang untuk turun berjihad di Afghanistan, Moro atau pun
Maluku; dan di kala yang lain pula tatkala bersembang di beranda masjid
menanti masuk waktu Isyak, kita mungkin mendengar kisah Ustaz itu dan Ustaz
ini yang pernah menggadai nyawa demi menyelamatkan maruah ummat Islam daripada
tercemar di bumi Chehchya, Afghanistan dsg; dan di kala yang lain pulak, kita
mungkin pernah terdengar kisah-kisah orang kaya dari Kuala Lumpur yg tidak
kedekut menyumbang wang ringgit dan harta benda untuk membantu ummat Islam yg
sedang berjuang di Moro, Kashmir, Maluku, Checnya, Afghanistan dan sebagainya.
Pendek kata kisah-kisah orang "Melayu Islam" mengambil cuti panjang
meninggalkan anak bini di Malaysia untuk bersama-sama memikul senapang atau
pun menderma sebahagian besar pendapatan bulanan bagi membantu saudara saudara
seislam yg ditindas di luar sana, bukanlah kisah baru. Semua orang tahu
perkara ini; SB tahu dan MIO askar pun tahu!
Kita pun, rakyat marhain yg jenis pergi kerja subuh-subuh pagi dan pulang
hampir rembang senja ini juga tahu; dan kita pun tak pernah kisah dengan
urusan mereka itu. Kadang-kadang jika kita renung jauh di sudut hati, akan
timbul rasa hormat kpd kumpulan-kumpulan mereka ini, dan antara perasan,
mungkin pernah berdetik di celah hati kecil, moga-moga besar nanti akan ada
anak kita yang bakal menuruti jejak langkah mereka. Apa tidaknya, alim ulamak
ada berkata bahawa di 'sana' nanti, anak kita yg gugur syahid itu akan dapat
memberi syafaat kpd yg diizinkanNya.
Selain dari itu, bila tiba setiap kali musim p/raya, bila TV-TV dan akhbar
serta radio mula memaparkan isu2 perkauman dan mula mengungkit-ngungkit kisah
tragedi 13 Mei; lalu tanpa diundang, dalam kepala kita terbayang kisah parang
panjang dan kepala yang melayang; waktu itu kita tahu askar dan polis tidak
akan dapat membantu kita, yang terfikir waktu itu hanyalah kumpulan-kumpulan
seiras KMM seperti yg diheboh-hebohkan sekarang. Ringkasnya, dalam agenda
politik Melayu, berbicara sedikit berbau perkauman, kita sebagai rakyat
jelata, orang2 Melayu bandar yang memegang batang golok pun jarang-jarang,
jika ditakdirkan berulang lagi kejadian 13 Mei, jauh di lubuk hati,
orang-orang seperti puak-puak KMM yg pernah berjuang secara live di medan
jihad inilah yg kita harap-harapkan.
Nah - sekarang atas nama untuk bersama-sama untuk memerangi entah apa namanya
KEGANASAN, maka kita pun menyahut nafiri Perang Tuan Bush kita dari bumi Uncle
Sam, United States of Amerika Darul Setan imi; tanpa memikirkan agenda masa
depan politik Melayu (w/pun sedikit berbau perkauman), habis hampir kesemua
tenaga-tenaga yang menjadi harapan kita di masa kelam yg akan datang ini,
terus diangkut dan disumbat ke penjara ISA tanpa kasihan!!
Kerana itu, apabila ada orang bertannyakan saya mengenai penangkapan puak-puak
KMM ini, dengan secara ringkas saya katakan:
"Ish, ish pelik sungguh aih depa nie; kalau pi tangkap geng2 KeADILan masuk
ISA tak apa lagi, sebab KeADILan memang pun dok lawan UMNO, dah UMNO berkuasa,
ikut suka dialah, nak buat macam mana dah rakyat pilih depa. Kalau depa pi
cekup orang2 PAS macam Mat Sabu ka, Mahfuz ka sapa ka tak apa lagi sebab PAS
pun memang dok lawan UMNO. Kita boleh paham. Ini yang kita tak pahamnya,
puak-puak KMM ini dok pi perang lawan orang kapiaq di Afghanistan, dok pi
tolong orang Islam di Kashmir, dok pi bantu orang kita di Maluku, dok pi lawan
puak kapiaq di hutan Moro - depa bukan dok lawan UMNO pun, bukan dok kacau
sapa pun, yg habis kena cekup tu ke halnya? - Nanti kalau Bosnia jadi kat
Malaysia, masa tu barulah kot kita nak cari depa!!"
Bercakap atas sifat peribadi sebagai seorang rakyat Melayu Islam yg merasakan
bumi Malaya ini adalah hak warisan nenek moyang sejak zaman sebelum
Parameswara lagi, saya merasakan penangkapan the so-called puak-puak KMM ini
adalah betentangan dengan agenda perjuangan Melayu Islam di bumi Malaysia ini
dalam konteks jangka panjang.
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>