Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Isu-isu semasa

Firman ALLAH yang bermaksud, "Dan sesungguhnya orang-orang yang zolim, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Dan ALLAH TA`ALA itu adalah penolong kepada orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT." (Surah al-Jaatsiyah 25:19)

Muslimin muslimat rahimmakumullah. Cuba kita tengok macamana dalam ayat di atas ini ALLAH SWT menggunakan istilah "orang-orang yang zolim". Ini adalah satu istilah yang umum. Maknanya dalam "orang-orang yang zolim" itu ada orang-orang kafir, ada golongan munafik dan ada orang Islam yang fasik. Bila kita tahu siapa dia yang dikatakan "orang-orang yang zolim" itu, cuba kita lihat pula apa ALLAH kata pada ayat seterusnya. Kata ALLAH, "Mereka ini adalah sebagai penolong kepada sebahagian yang lain..."...Inilah dia satu firman daripada ALLAH SWT untuk menceritakan kepada kit! a bahwa orang-orang yang zolim ini adalah terdiri daripada satu millah (satu landasan). Tak kiralah samada mereka yahudi, atau kristian, atau orang munafik, atau orang Islam yang jahat; kesemua mereka ini berada dalam satu landasan yang sama. Dalam lain perkataan, puak-puak ini akan saling tolong menolong diantara satu sama lain.

Baik sekarang mari kita lihat adakah benar apa yang dinyatakan oleh ALLAH TA`ALA dalam Surah al-Jaatsiyah tadi bahwa orang-orang zolim ini adalah daripada satu millah?...Cuba kita lihat apa yang berlaku di seluruh dunia bila tercetusnya isu terbaru di Palestin?...Kita dipertontonkan sendiri melalui media massa bagaimana ribuan rakyat Yaman yang keluar ke jalan-jalan raya untuk menunjuk perasaan kerana ketidakpuasan hati mereka dalam isu ini. Tiba-tiba mereka ditembak oleh polis Yaman sendiri, sehingga menyebabkan ada yang terbunuh. Begitu juga yang berlaku di sekitar negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan sebagainya, yang rakyat mereka keluar tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel, tapi tiba-tiba kerajaan mereka sendiri yang menghalang rakyatnya daripada menunjuk perasaan sehingga mengakibatkan beberapa orang terbunuh ditangan polis negara mereka sendiri. Sepatutnya rakyat dan kerajaan yang sama-sama beragama Islam ini, sama-sama marah kepada yahudi. Tapi apa yang! kita lihat ialah sebaliknya. Rakyat yang ingin menyatakan kemarahan mereka ke atas kezoliman yahudi ini, tiba-tiba terpaksa menghadapi muncung-muncung senapang anggota polis negara mereka sendiri. Ini adalah satu kezoliman.

Sekarang kita tengok pulak apa yang berlaku semasa tunjuk perasaan dalam negara kita sendiri pada Jumaat lalu. Kita diberitakan situasi tidaklah seburuk di timur tengah. Tetapi walaupun begitu, bila ada sahabat cuba membakar bendera Amerika dan bendera yahudi di hadapan kedutaan Amerika, pihak polis dengan segera mengambil tindakan merampas bendera-bendera tersebut sebelum dibakar. Cuba bagitau kat kami wahai sahabat dalam Polis; sebab apa tak boleh bakar bendera Amerika/yahudi laknatullah itu sedangkan kita sama-sama Islam?...Apa kena mengena hangpa dengan Amerika/yahudi tu?...Bukankah negara kita sekarang adalah negara Islam?...Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?...Jadi inilah satu perkara yang amat-amat menyedihkan kita. Dan inilah sebabnya ALLAH kata bahwa orang-orang yang zolim ini adalah satu millah. Maka dengan ini, sekaligus membenarkan tanggapan kita bahwa kesemua mereka ini yang terdiri daripada orang yahudi, orang kristian, orang munafik dan orang Islam sendir! i yang menentang agama ALLAH, adalah terdiri daripada satu millah (satu agama). Mereka akan saling tolong menolong diantara mereka.

Dan inilah juga yang sedang berlaku dalam negara kita. Contohnya tak jauh tuan-tuan. Kat Penang Port aje. Cuba tuan-tuan tengok apa yang berlaku di Pelabuhan P.Pinang apabila kapalperang US Vessel masuk baru-baru ni?...Berapa banyak kapal-kapal perdagangan ketika itu tidak dibenarkan masuk dalam pelabuhan selagi kapal perang tersebut berada di situ?...Pasai apa jadi lagu ni?...Ini adalah kerana permintaan daripada pihak Amerika, meminta supaya segala kegiatan perdagangan daripada kapal-kapal perdagangan dihentikan. Jadi, mana-mana kapal yang bawa ikan tuna dan sebagainya, terpaksa tunggu dulu di luar perairan. Bila kapal perang ni keluaq, baru kapal-kapal lain boleh masuk. Benda ni berlaku depan mata kita, tuan-tuan. Kenapa kapalperang Amerika itu dijamin keselamatannya begitu sekali di pelabuhan P.Pinang?...Sedangkan kita tahu bahwa kerajaan M`sia telah diisytiharkan sebagai sebuah k`jaan Islam. Tak tahukah pemimpin k`jaan Islam kita bahwa Amerikalah yang membekalkan helic! opter Apache kepada tentera yahudi untuk membunuh anggota Hamas?...Di manakah semangat saudara seagama kita tuan-tuan?...Jadi sebenarnya apa yang kita lihat di dada-dada akhbar tentang kenyataan-kenyataan dari pemimpin-pemimpin k`jaan Islam kita yang kononnya bersimpati dengan rakyat Palestin itu pada hakikatnya, hanyalah pura-pura belaka sahaja tuan-tuan. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab walaupun berdegar-degar pemimpin negara kita mengutuk tindakan ganas yahudi, tapi dalam masa yang sama, pembekal utama senjata kepada yahudi pengganas itu pula mendapat layanan yang exclusive di Pelabuhan P.Pinang.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara kita mau ambik iktibar dari peristiwa Perang Khaibar di zaman Rasulullah s.a.w. dulu. Apa yang berlaku semasa perang Khaibar?...Dalam peperangan inilah Nabi s.a.w. menghantar 1400 orang tenteranya bertembung solid dengan puak-puak yahudi, yang akhirnya mengakibatkan yahudi dibunuh, dikalahkan dan dimalukan. Sebab itu, hari ini apabila berlakunya tunjuk perasaan di Palestin, pejuang-pejuang Hamas dan umat Islam Palestin akan mengangkat sepanduk untuk ditunjukkan kepada k`jaan yahudi dengan slogan yang tertulis "Ingatlah kepada Khaibar! Tentera Muhammad akan kembali!". Ini adalah sebagai peringatan kepada yahudi bagaimana kekalahan yang menghinakan mereka berlaku 1400 tahun dahulu.

Dalam perang Khaibar inilah juga, ALLAH tunjuk kepada kita macamana orang munafik berperanan. Ketika tentera Islam bergerak menuju ke Khaibar, bapa munafik (Abdullah bin Ubai) yang berada di Madinah berasa tak senang duduk, sehingga dia mengambil keputusan menghantar utusannya ke Khaibar untuk memberitahu kepada yahudi bahwa Nabi s.a.w. sedang bergerak dengan kekuatan tentera seramai 1400 orang untuk mengalahkan yahudi di Khaibar. Inilah dia perangai munafik. Hari ini tuan-tuan, kita boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri macamana perangai yang serupa seperti Abdullah bin Ubai ini ada dalam negara kita. Ketika umat Islam Palestin dibunuh di bumi para ambiya`, pemimpin negara Islam kita boleh jemput pemain-pemain kriket yahudi main friendly game di sini. Kemudian bila ada orang Islam tunjuk perasaan marah dengan kedatangan pasukan kriket yahudi di sini, orang-orang Islam itu! pula yang dipukul. Nampak tak tuan-tuan, sebijiknya perangai pemimpin negara Islam kita dengan perangai Abdullah bin Ubai. Walaupun Abdullah bin Ubai kata dia beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w., tapi dalam masa yang sama, dia bersimpati dengan yahudi di Khaibar. Dia tak mau lihat yahudi di Khaibar itu dikalahkan oleh tentera Muhammad s.a.w.. Sebab itu tuan-tuan sekelian, dalam keadaan umat Islam ditindas mutaakhir ini, kita kena tanya diri sendiri; adakah kita ni benar-benar Islam ataupun munafik?...Kalau beginilah tindakan kita, iaitu dengan yahudi kita boleh berlembut, dengan Amerika kita boleh bagi privilege kat pelabuhan kita; tapi dengan rakyat kita sendiri yang beragama Islam, kita pukoi dan ISAkan mereka, maka dimanakah sifat keIslaman kita?...Dimanakah kesensitivitian kita sebagai seorang Islam?

Semasa persidangan OIC di KL itu sendiri, kita boleh lihat macamana dalam keadaan semua negara Islam tengah dok geram kat yahudi, tiba-tiba bangkit bapak barua kita mengatakan bahwa suicide bomber yang dilakukan oleh beberapa orang pemuda dan pemudi Palestin itu adalah satu contoh keganasan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh pengganas Tamil Elam di Sri Lanka. Nampak tak tuan-tuan macamana orang yang sebenarnya apa benda pun dia tak tau, tapi dia nak tunjuk champion jugak dalam hal ni. Sebab apa kita kata si bapak barua ni apa benda pun tak tau?...Sebab semua ulama` yang muktabar seperti Dr Yusof al-Qardhawi, Sheikh Tantawi, Dr Ramadhan al-Buti dan ramai ulama`-ulama` yang lain, telah bersepakat mengatakan bahwa para pejuang berani mati itu adalah syahid; tapi tiba-tiba sheikh putrajaya kita ni kata depa ni mati katak. (Apa punya turrr la barua Amerika sekoq ni.) Bila merek! a diisytiharkan syahid, maka jenazah para syuhadah di bumi Palestin ini tidak boleh dimandikan, supaya darah dan cebisan daging mereka kelak menjadi saksi di hadapan ALLAH SWT di atas jihad yang mereka lakukan.

Muslimin muslimat sekelian. Apakah sebab kita ini Melayu, maka kita tak mau tolong bangsa Palestin pada hari ini?...Apakah kita sudah lupa siapa itu Sallahudin al-Ayyubi?...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu seorang bangsa Arab?...Bukan...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu bangsa Palestin?...Bukan juga. Sallahudin al-Ayyubi adalah seorang bangsa Kurdish yang tidak ada kena mengena dengan bangsa Palestin. Tapi disebabkan dia beragama Islam dan beriman kepada ALLAH SWT, maka dengan kudrat yang ALLAH bagi padanya, dia telah memimpin tentera-tentera Islam membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman tentera salibiyah. Inilah yang dilakukan oleh Sallahudin al-Ayyubi walaupun Palestin itu bukan bangsa dia. Jadi, kita orang Melayu pada hari ini, kenapa tidak mahu mencontohi Sallahudin al-Ayyubi bagi membebaskan bumi para ambiya` itu dari cengkaman yahudi?...Bukankah kita bangga dengan slogan M`sia boleh?...Tapi pasai apa bila mai tang isu ni, dia jadi M`sia "tak boleh" pulak?...

Bukan pasai apa tuan-tuan; sebab hari ini bangsa Arab tidak lagi boleh diharapkan. Mereka adalah bangsa yang mengkhianati bangsa Palestin. Di mulut saja depa kata yahudi ganas, yahudi zolim, tapi hakikatnya mereka sendiri menyokong yahudi menjajah bangsa Palestin. Pasai apa kita kata lagu tu?...Cuba pi tanya Jordan; untuk apa dibiarkan kedutaan Israel dibuka di Jordan?...Kenapa Mesir mengadakan perjanjian damai dengan yahudi dan sekaligus membuka kedutaan Israel dalam negara Mesir?...Inilah yang menunjukkan bahwa mereka mengikhtiraf negara haram yahudi itu. Sedangkan perkara seperti ini dilarang oleh agama. Kita juga melihat bagaimana Jordan mengambil langkah menutup sempadan dia dengan Palestin. Tak bagi pemuda-pemuda dia daripada menyeberangi sempadan untuk menolong umat Islam di Palestin bagi menentang yahudi. Inilah satu perkara yang amat menyedihkan kita, tuan-tuan sekelian. Awat tak sedihnye?...Kita telah lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana bangsa Arab itu! sendiri telah mengkhianati bangsa Palestin. Sebab itu kita kena bagitau sekali lagi bahwa kita kena mengulangi sejarah Sallahudin al-Ayyubi, sebab bangsa Arab sudah tidak boleh lagi diharapkan untuk membebaskan Palestin. Walaupun kita tak nafikan memang ada sebahagian bangsa Arab yang ikhlas dan jujur kepada ALLAH SWT bagi mempertahankan Islam, tapi dalam isu Palestin ini, kita memerlukan lebih daripada itu. Iaitu kita memerlukan kepada perpaduan daripada bangsa-bangsa lain yang sama-sama beriman kepada ALLAH SWT.

Okay berbalik kita kepada peristiwa Perang Khaibar tadi. Selepas yahudi dikalahkan oleh Nabi s.a.w. dalam Perang Khaibar, maka di sinilah bermulanya kehinaan pada bangsa yahudi. Dan dari peristiwa inilah juga kita lihat bagaimana penamatan riwayat yahudi daripada tinggal di bumi Hijaz; yakni bumi yang diharamkan oleh ALLAH SWT daripada manusia-manusia yang tidak beriman kepada ALLAH SWT. Dan sekarang ini kita boleh lihat bagaimana orang-orang yahudi kembali merancang tindakan mereka untuk mengembalikan maruah mereka yang selama ini mereka anggap telah dihina oleh manusia seluruh dunia. Tapi yang sedihnya tuan-tuan, walaupun semua orang Islam tahu akan perancangan yahudi ini, tapi mereka tidak sanggup untuk bangun menentang yahudi yang dilaknat oleh ALLAH SWT itu.

Sekarang kita lihat bagaimana dunia Islam ditekan sana sini. Tak cukup dengan isu yahudi, mai pulak isu orang-orang Islam sendiri menghina Nabi s.a.w., golongan para ulama dan para pejuang agama ALLAH SWT. Contohnya, cuba kita tengok baru-baru ni apabila TG kita kata, "Kalau kita rasa kita samseng, maka ketahuilah bahwa Tuhan lagi samseng. Dan kalau kita rasa kita jahat, maka Tuhan lagi jahat."...Bila keluar saja kenyataan sedemikian, maka berbunyilah barua-barua kononnya inilah peluang untuk mereka menghentam balik TG. Tapi mereka tak sedar bahwa kenyataan balas mereka itu, telah memakan diri mereka sendiri. Kejahilan mereka terserlah bila saja mereka buka mulut masing-masing. Kerana terlalu mengikut nafsu, ulasan mereka langsung tak berpandukan kepada usul fekah, mereka lupa akan maajazi dan sebagainya. Ataupun mereka sendiri tak faham akan hukum-hukum tadi, tapi nak cub! a ulas juga perkara yang difahami oleh seorang yang faham tentang agama. Ada antara mereka kata, "Inilah ucapan yang tak sepatutnya keluar daripada orang yang belajar agama!"...Nampak tak tuan-tuan, sama saja puak-puak karat ni punya modai. Saya sendiri entah berapa kali ditanya dengan persoalan ini. Sedangkan kalau kita belajar agama, kita akan dapati ucapan yang dikeluarkan oleh TG itu, tidak ada salahnya. Sebab memang dalam al-Quran ada ayat-ayat tertentu yang boleh kita relate dengan kenyataan TG tu. Antaranya cuba tuan-tuan tengok dalam Surah Ali Imran 3:54, ALLAH kata, "...orang kapir buat tipu daya. ALLAH TA`ALA juga buat tipu daya. Tetapi tipu daya ALLAH TA`ALAlah yang lebih baik."...Ayat ini mengisahkan semasa kaum Bani Israil sedang hambat dan nak membunuh Nabi Isa! a.s., masa itulah juga ALLAH angkat Nabi Isa a.s. naik ke langit dan digantikanNya tempat Nabi Isa dengan orang lain. Jadi, bila kaum Bani Israil bunuh pengganti Nabi Isa itu, maka mereka percaya bahwa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa a.s.. Sedangkan sebenarnya orang itu bukan Nabi Isa. Inilah yang dikatakan tipu daya ALLAH keatas Bani Israil. Kita kena faham ayat ni betul-betul. Bila ALLAH kata ALLAH buat tipu daya, adakah ALLAH tipu kita?...Dia suruh kita buat baik atas dunia dengan janji masuk syurga di akhirat, tiba-tiba bila kita mati, semua masuk neraka belaka. Lalu bila kita tanya, "Ya ALLAH, pasai apa aku masuk neraka?"...ALLAH kata, "Hangpa semua kena tipu dengan Aku!"...Adakah itu maksud ayat tersebut?...Tidak tuan-tuan. Bukan maksudNya begitu walaupun ayat ! tu kata ALLAH buat tipu daya. Maksud "ALLAH buat tipu daya" dalam ayat ini ialah tipu daya orang kapiaq yang dok hambat Nabi Isa itu diatasi oleh ALLAH SWT. Itu maksudNya. Sebab itu, terus terang saya kata bahwa orang yang komen tentang kenyataan yang dikeluarkan TG itu adalah orang yang jahil tentang agama. Sebenarnya pengampu-pengampu umno ni bukan tau apa pun. Tafsir Quran pun ikut sedap akai depa saja, usul fekah pun tak belajaq; tapi sombong angkuh nak bercakap tentang agama jugak.

Okay berbalik kita pada ayat 19 Surah al-Jaatsiyah tadi; jelas menunjukkan kepada kita bahwa orang kapiaq, orang munafik dan orang fasik adalah terdiri daripada satu millah. Kerja yang dilakukan mereka untuk menjatuhkan Islam, sama saja. Oleh kerana itu, sekiranya orang Islam itu sendiri bersubahat dengan yahudi, maka orang Islam itu juga termasuk dalam ayat 19 Surah al-Jaatsiyah ini. Tak kiralah hang pakai kopiah ka, hang tok guru ka, hang menteri ka atau apa saja kita sekali pun; kalau kita bersekongkol dengan yahudi, maka ALLAH SWT menyatakan bahwa kita ini terdiri daripada satu millah dengan puak-puak kapiaq, orang-orang munafik dan sebagainya...nauzubillah...Sebab itu muslimin/muslimat sekelian, sekarang tanyalah diri masing-masing; apakah yang telah kita buat dalam masalah pencerobohan yahudi kepada umat Islam Palestin?...

Untuk makluman tuan-tuan, apa yang dilakukan oleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbollah pada hari ini adalah hasil daripada pergerakan al-Fatah, yang berani menentang yahudi sehingga kecut yahudi dibuatnya. Dan kita kena ingat juga semasa berlakunya "Perang 6 hari" pada tahun 1967, bagaimana 7 buah negara Arab telah bergabung untuk menentang yahudi. Tapi ketujuh-ketujuh negara Arab itu dikalahkan dengan mudah oleh yahudi. Dan antara punca kekalahan adalah kerana disebabkan senjata-senjata canggih yang digunakan oleh negara-negara Arab ketika itu tiba-tiba boleh rosak dan menikam diri mereka sendiri. Maka hasilnya, yahudi berjaya menghancurkan dan mengalahkan 7 buah negara Arab. Inilah yang berlaku, tuan-tuan. Walaupun kita berasa yakin dengan senjata kita macamana sekali pun, tetapi kita kena ingat, kalau ALLAH SWT mengatakan bahwa kita akan kalah, kita tetap akan kalah. Jadi ! apa strategi untuk kita menang?...Takdak cara lain tuan-tuan, melainkan kita kena tiru macamana Nabi s.a.w. menentang tentera yahudi di Khaibar. Ketika itu habih semua kubu yahudi jatuh ke tangan tentera Nabi s.a.w.. Macamana strategi Nabi?...Sebenarnya kalau Nabi s.a.w. nak bawa ketika itu tentera yang melebihi 5000 orang pun Nabi s.a.w. mampu. Tetapi apa yang Nabi lakukan ialah baginda hanya memilih seramai 1400 orang tentera sahaja. Walaupun nampak kecil bilangannya, tetapi kesemua 1400 tentera itu telah benar-benar ditapis oleh ALLAH SWT dan tidak akan khianat kepada perjuangan umat Islam. Apa makna kalau bawa 5000 tentera sekali pun, tapi kalau dalam kelompok itu terdapat 500 orang munafik. Maka sudah pasti ia membahayakan kepada umat Islam. Sebab itulah kita tengok macamana 7 buah negara Arab lawan 1 buah negara yahudi, tiba-tiba 7 buah negara Arab dapat dikalahkan oleh yahudi.

Lepas tu, cuba kita tengok pula apa yang berlaku ketika Mesir perang dengan yahudi pada tahun 1973 di semenanjung Sinai. Ketika tentera Mesir habih ikhtiar macamana nak runtuhkan kubu pasir yahudi, tiba-tiba bila datangnya anggota Ikhwan menyertai perang tersebut; dengan izin ALLAH, bukan saja kubu pasir tu hancur, malah dengan tentera-tentera yahudi sekali habih bertempiaran lari. Anggota Ikhwan ketika itu bukannya ramai sangat dan bukannya terlatih pun. Tetapi disebabkan oleh jiwa bersih yang dimiliki oleh anggota Ikhwan, maka mereka berjaya mengalahkan tentera yahudi. Tuan-tuan, walaupun yahudi kalah ketika itu, tetapi dia bijak. Walaupun dia kalah, tapi dia masih mampu untuk menghasut Presiden Mesir ketika itu melalui baruanya Amerika. Penasihat Amerika tu bagitau kat Presiden Mesir, "Jikalau Ikhwan berjaya mengalahkan yahudi, maka tidak mustahil Ikhwan yang kembali ke Mesir pada masa itu akan berjaya menggulingk! an k`jaan Mesir pula!"...Lalu apabila pemimpin-pemimpin Mesir pada masa itu termakan hasutan daripada Penasihat ketenteraan Amerika itu; maka mereka pun menangkap, menghukum dan membunuh anggota-anggota Ikhwan yang kembali daripada medan pertempuran. Inilah contoh bagaimana pemimpin Mesir yang beragama Islam tetapi mereka zolim, maka mereka juga dianggap bersekongkol dengan kesemua orang-orang yang zolim, termasuklah orang-orang munafik, orang-orang kafir dan sebagainya. Inilah rahsia yang dinyatakan oleh ALLAH SWT kepada kita semua, supaya kita faham bahwa apa yang dinyatakan oleh ALLAH SWT itu benar-benar berlaku.

Jadi muslimin/muslimat sekelian, sekarang bila berlaku keadaan sebegini; kita perlu pastikan diri kita supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang Islam yang menentang agama ALLAH TA`ALA, tidak termasuk dalam golongan orang-orang munafik dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang kafir. Apa saja tindakan kita, pastikan tidak akan membawa kepada kemurkaan daripada ALLAH SWT. Jangan kita jadi satu orang Islam yang namanya Islam sebab dilahirkan oleh makbapak yang Islam, tapi perbuatan kita menghina Nabi s.a.w.. Tuan-tuan tau ka, masa zaman Nabi s.a.w. dulu; kalau ada nama seseorang itu dikeluarkan sebagai wanted hari ini kerana menghina Nabi s.a.w., esok pasti dia akan mati. Kalau tuan-tuan buka kitab "Fiqh Harakah" tulisan Datuk Seri Hj Hadi, tuan-tuan akan jumpa dengan seorang yang bernama Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq. Dia adalah seorang yahudi yang kerjanya ha! nya menghina Nabi s.a.w.. Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi s.a.w. terhadap Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq ni?...Hukumannya ialah mesti dibunuh. Bila saja Nabi s.a.w. keluarkan perintah tersebut, maka ada beberapa orang sahabat r.a. yang diketuai oleh Abdullah bin `Atid dari puak Khazraj mengangkat tangan menjadi volunteer untuk membunuh Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq.

Bila saja dikenalpasti bahwa si Abu Rafi` ni tinggal di kota Khaibar, maka Abdullah bin `Atid ini bersama dengan beberapa orang sahabat terus menuju ke Khaibar. Perlu tuan-tuan tahu bahwa kota Khaibar ini adalah satu kota dimana orang-orang yahudi menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka, kubu pertahanan mereka dan markaz mereka untuk menentang Nabi s.a.w.. Kedudukannya hanyalah lebih kurang antara 60-80 batu daripada Madinah. Kemudian bila sampainya Abdullah bin al-`Atid bersama dengan sahabat-sahabatnya di kota Khaibar, Abdullah bin al-`Atid pun memberitahu kepada sahabat-sahabatnya, "Kamu semua tunggu aku di luar. Biar aku seorang saja yang masuk."...Dia beritahu macam tu sebab bukan senang untuk masuk ramai-ramai begitu saja sebab kota itu dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Jadi macamana agaknya planning Abdullah bin `Atid untuk menyelusup masuk ! ke dalam kota tersebut?...Di sini ternyata Abdullah bin `Atid seorang yang cerdik. Dia tunggu sehingga orang-orang yahudi keluar daripada kota tersebut untuk berurusan seperti buang air besar dan sebagainya. Kita kan sedia maklum bahwa salah satu cara orang-orang di tanah Arab dulu buang air besar ialah dibuangnya di tengah-tengah padang pasir. Jadi, kesempatan ini diambil oleh Abdullah bin `Atid dengan dia pun menyelinap duduk bersekulumbung sekali dalam kumpulan orang-orang yahudi sambil berpura-pura buang air. Kemudian bila time-up, semasa semua kena kerah masuk balik dalam kota, maka Abdullah bin `Atid pun menyelusup masuk ke kota itu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang keluar buang air tadi. Nampak tak tuan-tuan macamana cerdiknya Abdullah bin `Atid.

Okay bila dia masuk, dia pun cari rumah Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq. Mengikut satu riwayat, semasa Abdullah bin `Atid jumpa rumah Abu Rafi`, ketika itu hari sudah pun malam dan didapatinya Abu Rafi` Salam sedang mabuk bersama dengan kawan-kawannya. Dalam kegelapan malam, Abdullah bin `Atid pun mengambil posisinya di satu sudut dalam rumah tersebut sambil menunggu sehingga kawan-kawan Abu Rafi` pulang ke rumah masing-masing. Kita kena faham bahwa cerita ni berlaku lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Masa tu mana ada lampu macam sekarang. Bila waktu malam, ia hanya bergantung kepada cahaya pelita sahaja. Lepas tu pulak, Abdullah bin `Atid bukannya kenal yang mana satu Abu Rafi`. Yang dia tahu hanya nama dan di mana tempat tinggal si Abu Rafi` itu saja. Jadi dalam kegelapan malam tu, dia tak cam dalam ramai-ramai tu hat mana satu Abu Rafi`. Jadi, macamana dia buat untuk mempastikan targetnya itu betul-betul si Abu Rafi`?...Tuan-tuan tau Abdullah bin `Atid buat apa?...Dalam! gelap tu, dia pun panggil nama Abu Rafi`, "Oii! Abu Rafi`!"...Lalu bila Abu Rafi` sahut balik, Abdullah bin `Atid terus menghayun pedangnya ke arah sasaran yang keluarkan suara tadi. Tapi hayunan pedang Abdullah bin `Atid itu walaupun kena tapi tak tepat. Kena sikit saja. Maka menjeritlah Abu Rafi` kesakitan. Ini membuatkan suasana dalam rumah Abu Rafi` tiba-tiba menjadi riuh rendah, kelam kabut, semua yang tidur tadi pakat jaga habih mengerumuni Abu Rafi`; maka dalam keadaan gelap gelita tu, sekali lagi membuatkan Abdullah al-`Atid tak cam yang mana satu Abu Rafi`. Sebab dah ramai. Bila dah ramai, Abdullah al-`Atid buat macamana pula?...Sekali lagi dia berpura-pura buat-buat tanya, "Pasai apa? ...Pasai apa?"...Bila Abu Rafi` jawab, "Ada orang katok aku dengan pedang!"...Terus saja tanpa berlengah, Abdullah al-`Atid menghayun pedangnya sekali lagi ke arah suara tadi. Dengan hayunan kedua inilah, maka matinya Abu Rafi` Salam Abi al-Hakiq. Tetapi ketika itu Abdullah al-`Atid belum lagi pasti samada Abu Rafi` sudah mati ataupun tidak. Jadi, dalam keadaan yang semakin kelam kabut tu, Abdullah al-`Atid pun bersembunyi dalam kota kerana dia nak tunggu esok pagi ada dak berita tentang kematian Abu Rafi`. Lalu bila hari dah cerah, maka pakat ramailah orang pi tengok Abu Rafi` dah mati kena tikam. Selepas itu, barulah tersebarnya cerita tentang kematian Abu Rafi` Salam bin Abi al-Hakiq ke seluruh pelusuk dalam kota Khaibar. Apabila didengarnya berita tersebut, maka barulah Abdullah al-`Atid menyelinap keluar daripada kota Khaibar.

Inilah ceritanya tuan-tuan macamana seorang yang dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk membunuh seorang yang kerjanya maki Nabi s.a.w.. Hari ini, ada kita buat seperti yang Nabi s.a.w. buat?...Mana ada. Tapi jangan pula pi ingat tujuan ust Jailani cerita kisah ni untuk suruh kita bunuh sapa-sapa. Bukan lagu tu. Pointnya di sini ialah pertamanya supaya kita semua takut kepada neraka ALLAH. Dan yang keduanya, atas dunia ni kita sepatutnya kena takut kepada hukuman daripada ALLAH SWT. Ataupun sekurang-kurangnya bila kita dengar macamana Nabi s.a.w. menghukum bunuh ke atas seorang yahudi yang kerjanya memaki Nabi s.a.w. dengan menghantar seorang sahabat yang bernama Abdullah bin `Atid, maka kita sepatutnya rasa takut dengan apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang Islam hari ini yang memaki Nabi s.a.w.. Hari ini orang tak rasa takut sebab mereka tahu bahwa apa yang mereka buat tidak akan ada tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa. Sebab itu, kita dapati hari ini bahwa m! anusia bebas melakukan apa saja kerana yang pertamanya dia memang tidak ada keimanan di hari akhirat. Orang macam ni; ALLAH TA`ALA, dia tak heran. Neraka ALLAH, dia tak heran. Syurga ALLAH pun dia tak heran. Dan yang keduanya pula ialah atas dunia ni, hukumannya terlalu ringan.

Sebab itu apa yang saya nak kata ialah kita pada hari ini mestilah kembali kepada ajaran ALLAH SWT. Supaya apa yang dijanjikan oleh ALLAH TA`ALA dengan keamanan, kedamaian dan sebagainya termasuklah maruah anak-anak perempuan kita terjamin daripada para suami, para bapa, para datuk, para bapa saudara yang tidak ada keimanan kepada ALLAH SWT. Ini bukan pasai apa tuan-tuan. Pasai kes sumbang mahram yang hangat diperkatakan sekarang ni, tuan-tuan. Takpa, bab ni sat lagi kita detailkan dalam pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

Tapi apa yang kita nak bagitau sekarang ialah inilah ceritanya macamana tegasnya hukuman pada zaman Nabi s.a.w. dulu. Tapi zaman la ni; orang nak hina Nabi s.a.w. ka, orang nak hina agama ALLAH TA`ALA ka, orang nak perlecehkan agama ALLAH SWT ka; sapa pun buat tak peduli. Masa time mula-mula hangat tu, ada la jugak dengaq orang dok kata sepatah dua. Tapi bila dah berlalu setahun dua, tidak ada apa tindakan pun yang berlaku. Sebagai contoh; kita lihat saja, sudah berapa lama kerajaan Iran mengeluarkan hukuman bunuh ke atas Salman Rushdie?...Sekarang apa yang berlaku kepada Salman Rushdie?...Dia mendapat pembelaan daripada Amerika dan Britain. Bila berlaku keadaan macam ni, kita dapati orang-orang Islam sendiri pun masih lagi berbeza pendapat; apakah tindakan yang patut dilakukan kepada Salman Rushdie?...Kalau di zaman Nabi s.a.w., senang saja. Bila dengaq saja Abu Rafi` menghina Nabi s.a.w., Abdullah al-`Atid bagitau kat sahabat-sahabat dia, "Hangpa semua tunggu kat luar. Biaq aku sorang saja buat kerja ni."...Tuu dia yang kata sahabat radiallahu anhum tu, tuan-tuan. Kita zaman sekarang boleh buat lagu tu ka?...Kalau kita la ni, "Takpalah, hangpa pi la buat. Kalau jadi apa-apa, kami backing kot belakang."...Macam ni lah perangai orang Islam zaman sekarang. Macam langit dengan bumi kalau nak compare dengan para sahabat r.a.. Kalau dulu Nabi buka saja mulut, pakat terpa habih sahabat sepertimana yang dilakukan oleh Abdullah bin `Atid. Dengan 2x serangan ke atas Abu Rafi`, tergolek yahudi laknat itu ditangan sahabat Nabi s.a.w..

Sebab itu kita tuan-tuan sekelian, kalau benar-benar kita nak jaga negara kita, nak jaga masyarakat kita, nak jaga kaum keluarga kita; maka jagalah Islam kita tu betul-betul. Kalau ada orang berani hina Nabi s.a.w., ambiklah tindakan yang tegas. Jangan pulak tuan-tuan sangka yang saya ni nak hasut tuan-tuan pi bunuh sapa-sapa pulak. Bukan lagu tu. Hukuman ke atas seseorang, kita serahkan kepada mahkamah dan kita serahkan kepada pihak yang berkuasa. Kalaulah pihak yang berkuasa tak buat apa-apa walaupun dah dibuktikan bahwa seseorang itu bersalah, maka pihak yang berkuasa itu sendiri yang akan menanggung dosa kepada ALLAH SWT. Yang pentingnya kita sebagai rakyat awam, perlulah mengambil tindakan tegas setakat mana kemampuan kita. Kita mesti tunjuk akan kemarahan dan kebencian kita kepada orang yang berani menghina Nabi s.a.w.. Jangan sekali-kali kita bertolak-ansur dengan orang seperti ini. Hendaklah kita terus mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada sapa! -sapa sahaja yang berani menghina agama Islam, agama ALLAH TA`ALA dan Nabi s.a.w..


Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 48-52.



Do You Yahoo!?
Yahoo! Games - play chess, backgammon, pool and more

Kirim email ke