Seminggu lalu Mahathir telah melakukan lawatan ke beberapa negara Arab
dan juga Libya dalam lawatan kerjanya yang terbaru sebelum berlepas pula
ke Rumah Putih bagi menemui Tuannya GW Bush pada 13 Mei depan. Lawatan itu
dikatakan sebagai program yang telah lama dirancangkan tetapi telah
tertunggak oleh beberapa sebab.
Dalam suatu mesyuarat Menteri Luar OIC di Kuala Lumpur beberapa minggu
lalu, Mahathir telah menjadi barua dalam meluahkan buah fikiran Presiden
Amerika dan juga Ariel Sharon apabila tergamak melabelkan ‘pengebom
relamati’ Palestin sebagai pengganas. Tanpa rasa bermaruah Mahathir cuba
memutarminda pemimpin Islam negara-negara Arab dengan alasan dan ide yang
berbaur Zionis. Ia akhirnya mengundang kemarahan rakyat Arab dengan
membahaskan pandangan Zionis Mahathir itu di akhbar negara mereka selama
beberapa hari.Malangnya akhbar tempatan tidak menyiarkan ulasan akhbar
terbabit.
Dalam majlis tersebut seorang peserta negara Arab telah menempelak
pandangan songsang yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang
bergelar Wira Dunia ketiga. Akan tetapi itulah tahap pemikiran dan apa
yang bersarang dalam jiwa Mahathir selama ini.Ianya juga adalah selari
dengan kebimbangan pemimpin Pas yang sering mempertikaikan corak pemikiran
Islam Mahathir yang suatu ketika mengumumkan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam.
Bagaimana boleh Mahathir hendak menjaguhi Islam dan prinsip Agama itu
sedang dia sendiri bersifat pagar yang merosakkan padi.
Mahathir adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang sangat celupar
dan jelabas mulutnya dengan segala nilai Islam sebenar yang kelihatan
bercanggah dengan pendapat dan pemerintahannya. Beliau menghalalkan Rasuah
dan melindungi pelakunya. Mahathir menyimpan ramai pemimpin Umno yang
buruk salah laku mereka dan mempunyai rekod jenayah. Kelompok bermasalah
ini akhirnya akan pula turun ke gelanggang sebagai BARUAnya apabila
keadaan memerlukan.
Lawatan Mahathir ke Libya
Jamarhiyah Libya adalah sebuah negara Utara Afrika yang bersempadankan
Mesir, Sudan,Chad,Niger dan Algeria. Negara tersebut kaya dengan bahan
sejarah samada Tamadun Islam mahupun Rome dan Byzantium. Mempunyai kawasan
subur hanya sebanyak 5 persen dari keluasan sebenar dengan bahagian
Selatan yang terdiri dari padang pasir yang amat luas.Kebanyakan penduduk
seramai 4 juta orang itu bertumpu di kawasan pesisir laut di Utara dengan
bandar-bandar besar seprti Tripoli dan Benghazi.
Pentadbiran Muammar Ghadafi telah menyedari masalah pengairan yang
meruncing apabila kawasan takungan air di kawasan Utara telah terlebih
sedut dengan airlaut pula menyusup masuk. Dengan menggunakan wang negara
hasil minyak, Kolonel Muammar telah melancarkan program saliran yang
terbesar dengan perbelanjaan US$ 25 Billion sehingga digelar Keajaiban
Kelapan di dunia. Kerajaan Libya memulakan projek Mega itu dengan syarikat
kontrek dari Korea dengan menggunakan Teknologi terkini.
Projek berteraskan kebajikan rakyat ini digelar Sungai Terhebat Buatan
Manusia yang menggunakan potensi air bawah tanah di bahagian Selatan
sebagai sumber. Ia membabitkan pembinaan saluran paip selebar 12 kaki
diameter sepanjang 4000 Km dengan saliran terbuka pula sejauh 1000 Km.
Keseluruhan saliran itu akan mengairi kawasan Utara yang merupakan 80
persen dari jumlah kawasan pertanian negara. Dengannya juga kawasan baru
pertanian akan dibuka bagi meningkatkan hasil pertanian.
Kerajaan Libya juga mengundang rakyat Mesir untuk bertani di negaranya
itu. Projek Libya ini secara tidak langsung telah menempelak projek
pengairan Mesir selama 20 tahun yang telah disabotaj berulangkali oleh
Bank Dunia dan IMF serta instrumen kewangan di belakangnya.Libya juga
menempelak Amerika yang menuduh ia sebagai sebuah negara pengganas dengan
menghadiahkan projek itu kepada Dunia Ketiga sebagai penguat hujahnya
bahawa Libya adalah sebuah negara yang cintakan perdamaian dan menggunakan
segala kemampuannya untuk memajukan negaranya yang serba kekurangan itu.
Pernah suatu ketika pentadbiran Amerika pernah mengancam untuk mengebom
Nuklear kawasan pembinaan berbukit yang menempatkan stesen pam sistem
saliran itu!!(Kununnya mengesyakki sebagai kilang senjata
biokimia.Bagaimana pula tentang senjata nuclear yang ia bekalkan kepada
Israel yang ternyata sebuah Negara pengganas dengan membantai rakyat
Palestin?! Itupun Mahathir nak pergi merafak sembah berjumpa Bush!?
Apanamaa….nak berbincang tentang krisis Palestin-Israel)
Para pegawai Libya mengatakan sejumlah besar hasil air itu akan
digunakan bagi faedah ladang-ladang yang sedia ada dan juga bagi membuka
ladang baru dari kawasan padang pasir dengan kaedah teknologi terkini.
Kolonel Muammar Ghadaffi telah mengatakan kepada ratusan hadirin di
Benghazi pada tahun 1991, “Libya telah menyempurnakan projek ini dalam
suasana serba payah, ia menyempurnakan kerja-kerja itu ketika negaranya
dikenakan sekatan ekonomi oleh Negara Imperial (Amerika Syarikat) yang
anti kemajuan dan anti rakyat Libya.Kerja-kerja ini diselesaikan tanpa
bantuan dari mana-mana negara Maju dan juga bantuan Pinjaman Bank
Dunia”.Seterusnya beliau menambah, “Selepas pencapaian ini ancaman Amerika
pasti akan berlipatganda……Amerika akan mencipta helah (tetapi) alasan
sebenarnya adalah untuk menghentikan pencapaian negara Libya, untuk terus
menindas rakyat Libya”
Begitulah serba ringkas bagaimana pentadbiran Kolonel Muammar Ghadaffi
yang telah menubuhkan Revolusi Hijau 22 tahun yang lalu membelanjakan
sebahagian besar pendapatan negaranya yang berasaskan minyak demi
kemakmuran rakyatnya.Yang menariknya tempoh itu hampir sama dengan tempoh
bersemayam Raja Kelentong di Negara kita. Menarik juga untuk diperhatikan
bagaimana secara kebetulan Negara kita juga mempunyai pendapatan yang
banyak dan mewah dari hasil minyak yang dimonopoli oleh Petronas sebagai
syarikat kerajaan dalam mengusahakan carigali emas hitam itu.
Bagaimana pula Mahathir di Malaysia?
Apakah yang telah Mahathir peruntukkan demi kebajikan rakyat dalam
ertikata yang sebenarnya di Malaysia berbanding dengan Kolonel
Ghadaffi?Ini adalah soalan yang menarik untuk direnungi.Usah kita
berpolemik soal parti yang telah pun dicemari Mahathir sehinggakan
dimomoknya Ulamak dengan pengkelasan otak masamnya-Ulamak Politik!!Jika
begitu bagaimana pula Ulamak Barua belaan dalam parti UMno? Begitu juga
tentang Nabi yang juga seorang Ketua Negara di samping seorang
Agamawan.Apa komen Mahathir agaknya??....
Ghadaffi tidak pun peruntukkan sejumlah wang yang besar untuk projek
kediaman Pemimpinnya sepertimana Mahathir dengan Putrajaya.Beliau hanya
menghabiskan kebanyakan masanya di dalam khemah Badwi yang sering
berubah-ubah kedudukannya tanpa pola yang tetap.Ini difahami sebagai
strateginya bagi mengelakkan kejadian haprak pengeboman secara haram oleh
tentera Amerika dahulu.Namun sebelum kejadian itupun kerajaan Ghadaffi
tidak pernah membelanjakan wang dalam projek mega sebagaimana Mahathir
bapa Mirzan ini.
Sebaliknya Mahathir bersubahat dengan kelompok musibat dalam
‘think-tank’ untuk mengadakan berbagai projek mega bertaraf gajah putih
yang jelas terang-terangan membelakangkan kepentingan rakyat.Ada juga
projek membazir yang saling bertindih fungsinya seperti Menara KL dan
Menara H Petronas. Manakala KLIA pula dilihat lebih kepada memperkayakan
beberapa kerat manusia (tentu ada saham untuk dirinya!?) dalam pengambilan
tanah projek berbanding keperluannya. Sepatutnya Lapanganterbang Subang
hanya memerlukan penambahan landasan dan pembesaran kawasan menunggu. Ini
dengan mudah boleh dibuat dengan mengambil kawasan sekitaran dan lebih
menjimatkan kos.
Lihat pula pembinaan Litar F1 Sepang yang jelas membazir dan menyeret
berbagai Syarikat milik kerajaan sebagai penanggung ‘biawak’ ini.Setelah
MAB yang tenat, kini dikhabarkan Petronas pula menanggung dengan memiliki
Litar itu. Ini antara kaedah mudah pentadbiran Mahathir dalam
menyelesaikan masalah- korek lubang tutup lubang!!
Beberapa urusniaga saham termasuklah penglibatan Danaharta, hampir
kesemuanya adalah kerja gila Mahathir bagi melindungi kecacatan
pentadbiran dan juga ketenatan kewangan Negara.Selama manakah lagi
Mahathir mampu menutup bangkai gajah dengan silapmata bersifat sehelai
daun itu??
Seandainya Mahathir mempunyai jiwa yang besar dan mencontohi pemimpin
bertaraf Ulamak seperti Umar Abdul Aziz, tentulah keutamaan rakyat miskin
dan keperluan asas marhaen dititikberatkan.Tiada yang lebih penting
sepertimana keperluan air dalam Negara.Kenapakah masalah air dalam Negara
tidak pernah putus-putus dan sering menjadi isu politik kerajaan Mahathir
dalam menghentam kerajaan PAS di Kelantan??Anihnya kini bukannya Kelantan
sahaja yang menderita rakyatnya dengan masalah air, melainkan negeri di
bawah Umno seperti Negeri Sembilan dan juga Melaka.Kenapa rakyat Malaysia
lebih menderita dengan masalah air sedangkan Singapura lebih selesa
walaupun bekalan utamanya dari Johor? Dimanakah silapnya?
Bayangkan sekiranya Mahathir mendahului Libya dalam soal pembekalan air
ini dengan merangka suatu sistem yang efektif dan mesra alam sifatnya.
Tentu sahaja belanja ynag diperlukan sedikit berbanding dengan jumlah yang
Libya belanjakan kerana air di permukaan kita cukup banyak dan bersih
untuk kegunaan.
Apakah perasaan Mahathir apabila dibawa Ghadaffi melawat porojek
kebajikan untuk rakyatnya yang digelar keajaiban kelapan Dunia itu?
Bukankah selain dari berdaya menarik pelancong, projek sebegitu juga
menyumbang kepada ekonomi secara peningkatan hasil makanan melalui
pertanian??
Tidakkah Mahathir merasa malu dan kerdil apabila membandingkan kejayaan
projek Mega untuk memperkayakan rakyat Libya itu dengan projek
memperkayakan kroninya seperti Bakun,Menara Petronas,Putrajaya dan KLIA
itu? Tergamak mahathir meneruskan projek ‘jambatan Isfahan’ di Putrajaya
yang menelan Jutaan ringgit di bawah seliaan anaknya itu?
Yang lebih hebatnya Ghadaffi ialah kemampuan ia menjalankan projek Mega
itu dalam keadaan disekat ekonomi dan tanpa bantuan kewangan dari
luar.Sedang Mahathir dalam keadaan yang bebas dan kekayaan yang melimpah
sempat pula berhutang bukannya untuk kepentingan rakyat Marhaen melainkan
lebih kepada mengisi tembolok sekerat dua manusia yang rapat dengannya.
Alangkah kerdilnya Perdana Menteri Malaysia, Mahathir jika dibandingkan
dengan Kolonel Ghadaffi!
Dr Nologareng