*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Kegilaan 'Malaysia Boleh' semakin menjadi-jadi:
> agensi berita asing
> 
> 
> 
> KUALA Lumpur: Agensi berita antarabangsa AFP
> menyifatkan kegilaan rakyat Malaysia untuk
> memecahkan rekod semakin menjadi-jadi. Dengan nada
> sinis, agensi itu melaporkan beberapa acara yang
> diatur oleh pelbagai pihak untuk mencipta nama di
> dalam buku rekod Malaysia, yang disifatkannya telah
> mencipta rekod menjadi buku yang paling cepat
> 'menebal'!
> 
> 
> 
> Di antara usaha-usaha yang dilakukan untuk memasuki
> buku rekod itu adalah membuat bendera yang lebih
> besar daripada padang bola sepak seperti yang
> diusahakan oleh guru-guru dan murid di sebuah
> sekolah. 
> 
> 
> 
> Kementerian Belia dan Sukan pula bekerjasama dengan
> sebelas buah universiti untuk mencipta rekod kain
> rentang terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 15
> kilometer. Kata timbalan pengarah di kementerian
> itu, Roslan Hussein, kain rentang itu akan
> mengalahkan rekod sebelumnya yang dicipta di India.
> 
> 
> 
> Ramai juga penggiat masyarakat yang tidak senang
> dengan kegilaan sebegini yang didorong oleh
> propaganda 'Malaysia Boleh' kerajaan - yang kini
> sering menjadi bahan tawa masyarakat antarabangsa.
> 
> 
> 
> Menurut mereka, adalah lebih baik jika rakyat
> dipupuk untuk berlumba-lumba mencari ilmu dan
> berbakti kepada masyarakat, bukannya mencari
> populariti dengan mencuba pelbagai perkara yang
> kebanyakannya tidak mempunyai pengisian ilmiah.
> 
> 
> 
> Selain membazirkan masa, ia menampakkan seolah-olah
> masyarakat kita 'terlalu ketagih' untuk membuktikan
> bahawa 'kitapun boleh melakukan apa yang negara
> Barat buat'. Ini bukanlah semangat yang baik, apatah
> lagi apabila 'kejayaan mencipta rekod' itu jarang
> sekali bersabit dengan penyelidikan ilmiah.
> 
> 
> 
> Semangat dan kegilaan 'Malaysia Boleh' ini juga
> menunjukkan tahap ketidakyakinan generasi lama
> pemimpin yang ada sekarang. Mereka seolah-olah masih
> di dalam kepompong zaman Perang Dunia Kedua, yang
> mana mereka perlu membuktikan kepada bekas penjajah
> bahawa mereka juga tahu mencipta rekod remeh-temeh
> seperti orang putih, kata mereka lagi.
> 
> 
> 
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Health - your guide to health and wellness


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
http://health.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke