*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ANTARA GHADAFFI DAN MAHATHIR
Bagai Sang Dewa dan si Ketot
Saya tertarik untuk mengulas sedikit penulisan rakan kita Dr
Nologareng yang menyentuh lawatan
Mahathir ke Libya baru-baru ini.Pendekatan yang lebih bebas dan
terbuka dapat membuka minda rakyat
dalam mencerna apa yang dilihat dan dibaca.Penulisan sedemikian
menyingkap tirai pemalsuan oleh
Mahathir dan kerpimpinannya terhadap rakyat marhaen negara kita
yang ironisnya adalah penganut parti
Umno!!
Akhbar media perdana hanya menyentuh sambil lalu sahaja tentang
lawatan tersebut dengan masih lagi
cuba menonjolkan imej Mahthir sebagai pemimpin Agung Dunia
ketiga.Fokus lebih kearah meningkatkan
harga diri Mahathir yang diseranahi dengan gelaran Mahafiraun
oleh rakyat negaranya sendiri- suatu
gelaran yang orang Islam amat faham dan jauhi.Media cuba
menyogokkan ide songsang seolah-olah
pemimpin negara Arab dan Afrika berminat mempelajari cara
Mahathir mentadbir negara!!
Kenapa akhbar tidak meneroka yang tersirat di sebalik projek
gagah Kolonel Muammar Ghadaffi bagi
kebajikan rakyat sekaligus meningkatkan pendapatan
mereka.Pandangan jauh Ghadaffi yang memahami
bahawa minyak bukanlah suatu yang kekal dan akan tiba
penghujungnya, telah membina sungai Buatan
itu sebagai sumber kekuatan ekonomi bagi meningkatkan
penghasilan pertanian dalam negaranya. Ini
sekaligus mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Suatu
pemikiran jauh dan tajam yang nilainya
lebih tinggi dari wawasan 2020 yang kini telah pun menjadi
was-was 2020.
Seperti kata Dr Nologareng, seandainya Mahathir berjiwa ikhlas
seperti Muammar Ghadaffi sudah tentu
negara kita tidak lagi menghadapi masalah air terutamanya di
kawasan kampong. Malaysia tidak
memerlukan ongkos pembinaan sepertimana Libya yang terpaksa
menggunakan pam dan mengorek telaga
yang besar bagi menyedut air bawah permukaan.Negara kita Allah
beri kelebihan dengan bersepahnya air
permukaan yang dengan mudah boleh diempang dan disalurkan ke
seluruh negara untuk keperluan rakyat
jelata.Malaysia hanya memerlukan saluran paip dan sedikit
prasarana lain bagi menjayakan projek itu. Ini
mungkin terlalu hina dan lekeh bagi seorang pemimpin bertaraf
dunia seperti Mahathir!
Kerajaan Kolonel Ghadaffi telah secara tidak langsung berjaya
menjadikan projek itu sebagai tarikan
pelancong. Ianya menjadi terkenal sebagai Benda Ajaib Kelapan
di dunia. Kelebihan itu tidak akan
tenggelam kerana binaan yang hebat berikutnya menjadi yang
kesembilan. Satu soalan untuk Mahathir,
apa sudah jadi dengan Menara Kembar H Petronas yang sedikit
masa dahulu dibanggai sebagai yang
tertinggi di dunia??
Keuntungan seterusnya ialah berjaya menyuburi kawasan
pertaniannya dengan menambah lagi kawasan
baru secara penebusan semula padang pasir.Secara sejarahnya
negara Libya adalah kawasan yang
subur dengan beberapa kerajaan lampau yang terkenal dengan
pertanian dan hasil taninya.Dengan
projek yang berorientasikan kebajikan rakyat itu, kegemilangan
pertanian dengan tanah yang subur akan
berulang dengan izin Allah.
Ini secara tidak langsung menempelak negara kita yang beriklim
khatulistiwa dengan hujan dan panas
yang mencukupi telah mensia-siakan kelebihan itu.Akibat tamak
dan pengurusan yang tidak cermat,
Mahathir lebih menumpukan kepada Industri sebagai kegiatan
ekonomi dengan memberi kelonggaran yang
akhirnya merugikan negara dan rakyat yang menjadi tenaga buruh.
Bagaimana dengan nasib pekerja
yang kehilangan pekerjaannya akibat pemodal menutup kilang
tergesa-gesa lari ke China? Apakah
pembelaan kerajaan Mahathir untuk mereka selain dari
program-program yang kelihatannya bagai
melepaskan batuk di tangga?
Apa agaknya perasaan Mahathir apabila syarikat Tongkah milik
anaknya gagal dan engkar dalam
mencarum wang KWSP pekerja yang kebanyakannya adalah orang
Melayu??Sebagai seorang pemimpin
yang katanya membela ketuanan Melayu, Mahathir wajar
menghabiskan banyak masanya dengan
meninjau permasalah rakyat dengan rajin turun ke
kampong-kampong. Adalah tidak patut untuk ia
mengulas permasalahan orang Melayu dengan hanya meninjau
kawasan sekeliling Putrajaya dan tasik
sekitarnya��
Ghadaffi telah memperuntukkan sebesar US$ 25 billion bagi
menjayakan projek pengairan yang termaju
dan terhebat di dunia. Wang itu adalah dari penghasilan minyak
tanpa bantuan dari Bank Dunia mahupun
IMF.Adalah mengkagumkan sekali bagaimana Muammar Ghadaffi
berupaya menjayakan projek Mega dalam
keadaan ia disekat ekonominya oleh Amerika.
Mahathir patut merasa malu sebagai seorang pemimpin negara
Malaysia. Sepanjang tempoh 20 tahun
lalu, beliau hanya pandai berkata-kata dan berkelentong sahaja.
Mahathir sebenarnya berdosa keatas
setiap jiwa dan pengorbanan Pejuang kemerdekaan dahulu.Mahathir
mengkhianati apa yang telah
Perdana Menteri dahulu lakukan untuk rakyat dan negara secara
umumnya.Nasib rakyat marhaen terus
tidak terbela dan bebanan kewangan mereka senantiasa meningkat
tanpa hentinya. Mahathir GAGAL
segagal-gagalnya dalam memberi khidmat yang cemerlang kepada
rakyat dan negara dalam erti kata
yang sebenarnya.
Seandainya Mahathir mendahulukan kemudahan prasarana seperti
Muammar Ghadaffi tadi, Malaysia akan
mengungguli aktiviti pertanian dan pembekalan air.Namanya akan
menjadi besar dan harum ke merata
dunia. Malangnya itu bukan pilihan Mahathir.Beliau lebih suka
kepada pembinaan projek mega yang
�ter-ter� di dunia.
Lantas ia menjadi seperti seorang kanak-kanak yang gemar
melebihkan diri berbanding orang lain.
Walaupun ditertawa dan dipermainkan orang, kanak-kanak seperti
itu tetap merasa puas dan bangga
diri. Begitulah kelaku Mahathir dalam memegang amanah rakyat.
Pandangan sarjana Ekonomi tempatan dan luar negara tentang
negara kita dapat disimpulkan dengan
rangkap yang mudah- Malaysia adalah negara bertaraf PARIAH
dalam dunia kewangan antarabangsa. Ini
pernah ditulis oleh Prof Jomo yang menghuraikan panjang lebar
tentang kegawatan ekonomi negara dan
penyebabnya. Mahathir sanggup berhabisan wang rakyat dalam
membina projek mega yang tidak
produktif tanpa segan dan silu.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana hebat dan makmurnya Malaysia
sekiranya Mahathir memulakan
langkah awal pemerintahan dengan mencontohi projek Mega Muammar
Ghadaffi itu. Tentu sahaja tanpa
bantahan ia akan digelar Bapa Kemakmuran Negara!!!
Apakan daya Mahathir hanya berpuas hati untuk digelar Bapa
Mirzan!!
"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - Anwar
Ibrahim
_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>