*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tell me when this page is updated
TAG 737:
Timur Tengah Lancar Pemboikotan Barangan Amerika
(Mideast Street Anger Turns into Calls for boycott of US Goods)
Oleh N Janardhan � http://www.commomdreams.org/
http://marhaen0.tripod.com/mar_a_tag737.html
--------------------------------------------------------------------------------
DUBAI, APR. 22 - Sebuah �cafeteria� di Universiti of Sharjah (Negara berjiran dengan
Dubai � penterjemah), sudahpun menghentikan penjualan minuman ringang keluaran
syarikat multinasional AS, dan menggantikannya dengan menjual minuman keluaran negara
sendiri ataupun rantau itu.
Ekonomi Amerika membangun "dengan wang Arab, dan inilah yang digunakan untuk
membekalkan Israel dengan bantuan kewangan dan ketenteraan untuk mereka menghapuskan
orang Palestin yang menentang pencerobohan Negara mereka selama 50 tahun," kata Nawal
Jasim, Ketua "Women�s Student Union" (Persatuan Mahasiswi) di universiti.
"Seandainya kerajaan Arab tidak mahu memboikot barangan Amerika, saya percaya adalah
tanggungjawab kita mengambil inisiatif ini," tambah Jasim dalam satu wawancara. "Ada
satu billion umat Islam dan bayangkan betapa ekonomi AS boleh tertekan seandainya
setiap seorang kita memboikot satu tin minuman ringan AS ataupun semua barangan
Amerika."
Tindakan boikot ini ketika Israel melancarkan serangan terhadap Palestin, sudahpun
mencetuskan satu bentuk revolusi rakyat yang tidak pernah dilakukan di rantau ini.
Inilah gambarannya betapa jalanraya Arab yang dulu melaungkan panggilan agar Israel
berundur, kini sudah bertukar cara dalam pencarian satu ancaman ekonomi terhadap
Washington, agar menukar dasar luar Amerika.
Berbeza dengan retorik kerajaan Arab semuanya, penduduk di rantau itu sedang merencana
tindakan memboikot barangan keluaran AS. Wartawan UAE sedang mengatur satu persidangan
mengenai pemboikotan itu. Penduduk Lubnan sudahpun menghentikan pembelian rokok
Amerika.
Ada pula segelintir manusia yang mula melaungkan usaha menolak penggunaan dollar AS
dalam perdagangan antarabangsa.
"Saya tidak pernah menyaksikan himpunan manusia di jalanraya rantau Teluk yang begitu
marah dan membenci seperti yang mereka tunjukkan sejak dua minggu yang lalu. Keadaan
ini semakin membengkak," kata Dr. Saeed Hareb, professor Undang-undang di Universiti
UAE.
"Tindakan penunjuk perasaan ini bukannya inisiatif kerajaan, tetapi oleh kaum pelajar
sebagai satu kumpulan kolektif dan oleh orang individu kerana pilihan peribadi," kata
beliau lagi.
Minggu lalu, Persatuan Wartawan UAE, mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa
nasional untuk memboikot barangan Amerika dengan kerjasama persatuan kebajikan
masyarakat dan persatuan sivil dan sosial.
Dalam satu kenyataannya, Dr. Aisha al-Nuaimi, seorang anggota persatuan itu, mendesak
kerajaan menyokong persidangan pertama mengenai pemboikotan itu yang dijadualkan pada
Mei 13-14.
Anas Al Zaibag seorang warga Syria yang bertugas sebagai jurujual kepada sebuah
syarikat awam UAE berkata: "Sejak Amerika menyokong Israel dalam kerja-kerja
jenayahnya, kita sebagai umat Arab mesti bertindak dengan memboikot barangannya."
Peperangan di medan ekonomi adalah satu bahasa yang amat difahami oleh Barat, katanya.
"Ramai orang, termasuk saya sudahpun memboikot barangan Amerika dan ini membuatkan
kebanyakan pemegang francais Amerika di Negara Arab memikirkan alternatif untuk
meningkatkan jualan mereka, sambil memberi andaian betapa mereka sedang kerugian,"
kata Zalbaq dalam satu wawancara.
Tuntutan pertama dilaksanakan pemboikotan ini telah diasaskan oleh Bahrain, dan ini
memang mengejutkan kerana ia merupakan sekutu Amerika daripada luar NATO dan di sana
ada pangkalan armada Amerika (Fifth Fleet).
Di sana tulisan graffiti anti-Amerika dan anti-AS mula muncul sejak dua minggu yang
lalu.
Setakat ini, laungan pemboikotan itu bukan terhad kepada barangan Amerika sahaja,
tetapi "kami mahu kerajaan menutup kedutaan AS dan pangkalan tentera mereka." Demikian
laporan akhbar terbitan Manama �Akhbar Al Khaleej".
Ada sekumpulan manusia yang berjaya menceroboh tembok Kedutaan AS, merosakkan cermin
tingkap dan membakar sekurang-kurangnya tiga buah kereta, dan ini menyebabkan Raja
Hamad bin Issa Al Khalifa memberi amaran kepada Washington bahawa kepentingan AS di
rantau itu dalam bahaya seandainya ia tidak berubah sikap terhadap Timur Tengah.
Selain daripada rantau Teluk, Lubnan, Maghribi dan Iraq sudahpun menyaksikan laungan
pemboikotan itu.
Rokok buatan Amerika menjadi mangsa pertama di Lubnan. "Harga satu paket rokok Amerika
adalah sama dengan harga sebutir peluru yang disasarkan terhadap warga Palestin."
Demikian penerangan dalam satu surat yang diedarkan oleh pelajar Beirut baru-baru ini,
mengikut laporan "Gulf News".
Senarai barangan keluaran Lubnan, Arab, Eropah dan Russia sudahpun diedarkan ke
rumah-rumah sebagai pembelian alternatif, dan kesannya "pengedaran rokok Amerika
kerugian kerana menurun separuh banyaknya�"
Ketika memberi ucapan kepada 2,000 pelajar Iraq yang berhimpun menunjuk perasaan
terhadap kebiadapan Israel di Tebing Barat, Huda Ismael daripada Parti Baath, telah
mengajak Arab bertindak segera. "Kita mesti memboikot syarikat Amerika yang menyokong
entiti zionis (Israel) dan memilih alternatif untuk menjadikan emosi kita satu
tindakan Arab yang berkesan dalam mempertahankan perjuangan orang Palestin, kata
beliau seperti yang dilaporkan oleh "The Gulf Today".
Pada hari yang sama, �Akhbar Al Arab" melancarkan satu cadangan dalam tulisan lidah
pengarang agar negara Teluk menghentikan cara menambat matawang mereka kepada dollar
Amerika.
Kita perlu menamatkan hubungan tambatan matawang kepada dollar... dan hentikan
menyokong dollar supaya ia tidak lagi menguasai pasaran antarabangsa sedangkan ia
menjadi senjata yang sungguh berkesan terhadap Arab, hak mereka dan kepentingan
mereka," kata lidah pengarang itu.
Minggu lalu, akhbar Maghribi �L�Economiste� mencadangkan agar dollar dihumban sahaja
dalam urusan dagang dan �euro� digunakan sebagai alternatif, sambil mencontohi Iraq,
yang melakukannya sejak tahun lalu dalam urusan dagangnya.
Tetapi Dr. Ali Ahmed Al Ghafli daripada American University of Sharjah memberi nasihat
agar semua pihak berwaspada ketika keadaan marah dan beremosi.
Dia memberi saranan bahawa ekonomi dan politik bergerak bebas dan satu bahagian itu
seharusnya tidak digunakan untuk mempengaruhi yang lagi satu, kerana ini akan membawa
mudarat kepada Teluk dan Timur Tengah.
"Dunia Arab belum lagi menggunakan segala pilihan politik yang ada dalam menyelesaikan
masalah politik yang dapat melepaskan mereka daripada bahaya (sambil memberi sindiran
akan perhubungan antara Jordan dan Mesir dengan Israel yang mampu menekan AS)."
"Pilihan senjata ekonomi mungkin melantun balik kerana rantau ini terlalu bergantung
kepada barangan Barat. Tidak ada logik melompat daripada lautan api masuk mulut naga."
Namun, untuk beberapa waktu, laungan pemboikotan itu membuat banyak pihak merasa lega
berbanding sikap diam sahaja melihatkan kebajingan Israel yang berterusan.
Di satu ralli minggu lalu, sebagai contohnya, Jawal Jasim daripada Universiti Sharjah
telah berusaha memanggil persatuan kerjasama dan peniaga barang makanan di negara itu
untuk berusaha mendapatkan barangan alternatif menggantikan keluaran Amerika sebagai
usaha membantu pemboikotan di seluruh negara.
Terjemahan oleh: SPAR (Suntingan Z-M@R) - 25.04.2002
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>