....apa motif Agendadaily dengan laporan yang terlalu 'over' seperti ini....
Sebelum ini pun saya membaca laporannya berkenaan perarakan patung burung petalawali di Kelantan anjuran Ibrahim Ali....kehadirannya pun lebih 100,000 atau 200,000 orang. Tapi Utusan yang selalu besarkan kehadiran untuk program Umno & BN pun sendiri tak berani lapor seramai itu....Menurut Utusan di sekitar puluh ribu sahaja.
Hari ini Agendadaily lapor 200,000 orang banjiri dataran merdeka....tapi Utusan berani sebut 50,000 orang shj.
Cuba kita lihat laporan Utusan dan Agendadaily di bawah....
LAPORAN UTUSAN Online.....
Konsert Pilihan Hits - Sambutan luar jangkaan
Oleh ROSLI MANAH
Lagu Seandainya Masih Ada Cinta nyanyian Dayang Nurfaizah memenangi anugerah Pilihan Hits Pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur dan Radio Muzik di Dataran Merdeka Sabtu lalu.
Konsert yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang layak ke peringkat akhir pilihan pendengar itu adalah yang terbesar pernah dianjurkan oleh stesen radio tempatan.
Lagu terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2002 (AIM) itu memenangi anugerah berdasar kepada populariti yang menjadi pilihan pendengar kedua-dua buah stesen radio itu.
Biarpun konsep pertandingan jauh berbeza dengan AIM 2002 tetapi lagu itu adalah yang menjadi saksi kepada populariti dan kehebatan seseorang penyanyi.
Lagu Seandainya Masih Ada Cinta mengetepikan lagu-lagu Raikan Cinta nyanyian M.Nasir, Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza), Barangkali (Deja Moss), Bungaku Bakawali (Elly Mazlein), Mimpi Laila (Yassin) dan beberapa lagi.
Pada konsert yang menampilkan 12 buah lagu yang popular dalam senarai akhir itu disaksikan oleh lebih 50,000 penonton dan ini adalah sambutan yang di luar jangkaan.
Lagu-lagu lain termasuk Niat (Elyana), Jesnita .....
............................................................................................................................
Lihat pula....LAPORAN drpd Agendadaily......
Sudah agak lama Dataran Merdeka tidak dibanjiri oleh manusia seramai itu.Dianggarkan kira-kira 200,000 orang bersesak sekitarnya Sabtu malam.Tinjauan Agendadailymendapati ada yang terpaksa letak kereta hingga satu kilomiter jauhnya dan seluruh padang dataran itu dan jalan sekitarnya sesak dengan orangramai.Daya penariknya ialah �Konsert Pilihan Pendengar� Radio Muzik dan RMKL.Seramai 12 penyanyi top menyerikan konsert itu.Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan ,Datuk Zainuddin Maidin melihat banjiran orangramai itu dari sudut lain.Beliau menilai sambutan itu petan......
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
