*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
11 tindakan Kerajaan Pusat lumpuhkan Terengganu

              KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, 
Petroleum, Perindustrian dan
              Sumber Manusia, Dato� Haji Mustafa Ali memberikan 11 tindakan 
Kerajaan Pusat untuk melumpuhkan
              kerajaan Terengganu pilihan sah rakyat. Tindakan itu terbahagi 
kepada tiga kategori masalah yang
              disifatkannya sebagai sekatan, gangguan dan diskriminasi.

              Dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Simposium Dua Tahun 
Kerajaan Baru Terengganu, Dato� Haji
              Mustapa menggariskan sekatan itu termasuk menghentikan 
pelaksanaan 13 Projek Perumahan Awam Kos
              Rendah yang telah dipersetujuinya. Menghentikan pelaksanaan 
projek infrastruktur Majlis Perbandaran
              Kuala Terengganu (MPKT); menghentikan geran dan pinjaman mudah 
untuk pembangunan kawasan
              industri; menghentikan pinjaman mudah kepada projek bekalan 
air dan melambat-lambatkan bayaran wajib
              di bawah perlembagaan seperti geran per kapita dan geran 
jalan.

              Sementara gangguan pula ialah: Menggunakan agensi kerajaan 
pusat seperti KETENGAH dan FELDA untuk
              kepentingan politik; menubuhkan Jabatan Khas di bawah seliaan 
Kementerian Penerangan untuk tujuan
              politik dengan dibiayai oleh Wang Ihsan; menubuhkan semula 
JKKK yang telah dibubarkan oleh Kerajaan
              Negeri. Kertas Dato� Haji Mustafa juga memberikan tiga 
diskriminasi kerajaan pusat seperti:

              Yang terbesar ialah penafian bayaran royalti petroleum. Adalah 
dijangkakan bayaran yang patut diterima
              dalam tahun 2000 tidak kurang dari RM900 juta dan dalam tahun 
2001 tidak kurang dari RM1 billion
              berdasarkan harga minyak waktu itu; Pengenaan caj perkhidmatan 
dua peratus ke atas pinjaman air bagi
              Terengganu dan Kelantan sedang ia tidak dikenakan ke atas 
negeri di bawah Barisan Nasional (BN); Projek
              pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud nampaknya tidak akan 
diteruskan.

              Dato� Haji Mustafa juga menggariskan 10 program kerajaan 
negeri terjejas akibat penafian wang royalti
              yang merupakan 75 peratus dari hasil negeri seperti berikut:

              � Program pinjaman perumahan tanpa faedah untuk rakyat 
berpendapatan rendah sebanyak RM20 juta
              setahun;

              � Pinjaman perumahan kakitangan kerajaan tanpa faedah RM10 
juta setahun walau terpaksa diteruskan
              dengan dana yang lebih kecil;

              � Tabung pinjaman usahawan kecil RM5 juta setahun;

              � Bantuan Kebajikan Masyarakat. Terdapat beribu-ribu bakal 
penerima baru telah selesai dipilih,
              kebanyakan hasil dari diskriminasi kerajaan dulu terpaksa 
ditangguhkan;

              � Pinjaman pendidikan tanpa faedah melalui Yayasan Terengganu 
yang sudah dilaksanakan dalam tahun
              2000 terpaksa ditangguhkan bagi kemasukan seterusnya. Pinjaman 
pendahuluan bagaiamanapun masih
              diteruskan;

              � Pinjaman latihan kemahiran melalui TESDEC terpaksa 
dikurangkan secara drastik;

              � Caruman kepada agensi kerajaan seperti Yayasan Terengganu 
(YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT),
              Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan 
Usahawan (YPU) terpaksa dikurangkan;

              � Peruntukan bagi pembangunan usahawan melalui Pejabat Daerah 
dan Majlis Daerah terpaksa
              dikurangkan;

              � Peruntukan Pendidikan kepada sekolah agama rakyat terpaksa 
dikurangkan;

              � Dan peruntukan untuk semua Jawatankuasa portfolio yang 
dipengerusikan oleh Exco juga dikurangkan.



"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - Anwar 
Ibrahim


_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke