*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang nie tak nak resign kut...Kalu orang lain dia suruh bagi chances kat 
gulungan muda....


Jangan hadkan tempoh seseorang pemimpin memerintah negara �Dr M

                             KUALA LUMPUR,Isnin 6 Mei - Tempoh perkhidmatan 
seseorang presiden atau
                             perdana menteri tidak harus terhad kepada 
sesuatu jangka masa tertentu
                             kerana ini akan menjadikannya kurang berkesan 
dalam menguruskan
                             sesebuah negara, kata Perdana Menteri Datuk 
Seri Dr Mahathir Mohamad hari
                             ini.

                             Misalnya, katanya, jika seseorang presiden itu 
dihadkan kepada tempoh dua
                             tahun, beliau akan menghabiskan tahun pertama 
menetapkan kedudukan,
                             tahun kedua mengenali masalah-masalah dan tahun 
ketiga, beliau akan tamat.

                             Begitu juga, jika seseorang presiden dibenarkan 
memegang jawatan selama
                             dua penggal sahaja ( lapan tahun ) , Dr 
Mahathir berkata menjelang penggal
                             kedua, orang itu akan dianggap sebagai "itik 
tempang".

                             "Tiada sesiapa akan mengikuti pimpinannya 
kerana beliau sedang menuju ke
                             penghujung perkhidmatannya. Anda tunggu 
presiden berikutnya," beliau
                             memberitahu Mesyuarat Agung Antarabangsa ke-35 
Majlis Ekonomi Lembangan
                             Pasifk di sini.

                             Diminta menjelaskan laporan yang beliau tidak 
akan menjadi perdana menteri
                             semumur hidup, Dr Mahathir, yang bercakap pada 
sesi soal-jawab, berkata jika
                             tempoh perkhidmatan seseorang pemimpin itu 
dihadkan, pada akhirnya tiada
                             sesuatupun akan dilakukan.

                             "Itulah sebabnya kenapa saya memerlukan 21 
tahun," beliau berkata sambil
                             berseloroh, disambut dengan ketawa dan tepukan 
para hadirin.

                             "Katakanlah saya mati sekarang, saya akan 
digolongkan sebagai seorang yang
                             menjadi Perdana Menteri seumur hidup," katanya 
sekali lagi menyebabkan
                             sekali lagi gelak ketawa dan tepukan hadirin.

                             Menurut Perdana Menteri, seseorang pemimpin itu 
juga perlu diberi had waktu
                             yang cukup bagi menguruskan negaranya sambil 
mengelakkan anarki.

                             � Saya percaya pemimpin sesebuah negara itu 
memerlukan masa. Saya tidak
                             percaya kepada perlembagaan yang menetapkan 
tempoh khidmat presiden
                             atau perdana menteri.

                             � Empat tahun pun saya sanggap belum cukup. 
Sebab itu saya perlukan 21
                             tahun. Saya tidak tahu kalau-kalau saya 
perlukan lebih banyak masa lagi,�
                             tambahnya lagi.

                             Dr Mahathir berpendapat, usaha menghadkan 
tempoh khidmat seseorang
                             pemimpin itu bertujuan menghalang pemimpin 
tersebut menjadi diktator ,tetapi
                             akibatnya keadaan itu mungkin menimbulkan 
huru-hara kerana kerajaannya
                             tidak kuat.

                             Oleh itu, katanya lagi, tolonglah beri masa 
kepada seseorang pemimpin itu.

                             � Itu permintaan saya. Mereka sudah memberi 
saya masa di sini tetapi
                             tolonglah berikan masa kepada rakan-rakan saya 
di negara lain untuk
                             melakukan tugas mereka sebaik mungkin,� 
tegasnya.



"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - Anwar 
Ibrahim


_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke