*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
11 tindakan Kerajaan Pusat lumpuhkan Terengganu KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali memberikan 11 tindakan Kerajaan Pusat untuk melumpuhkan kerajaan Terengganu pilihan sah rakyat. Tindakan itu terbahagi kepada tiga kategori masalah yang disifatkannya sebagai sekatan, gangguan dan diskriminasi. Dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Simposium Dua Tahun Kerajaan Baru Terengganu, Dato’ Haji Mustapa menggariskan sekatan itu termasuk menghentikan pelaksanaan 13 Projek Perumahan Awam Kos Rendah yang telah dipersetujuinya. Menghentikan pelaksanaan projek infrastruktur Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT); menghentikan geran dan pinjaman mudah untuk pembangunan kawasan industri; menghentikan pinjaman mudah kepada projek bekalan air dan melambat-lambatkan bayaran wajib di bawah perlembagaan seperti geran per kapita dan geran jalan. Sementara gangguan pula ialah: Menggunakan agensi kerajaan pusat seperti KETENGAH dan FELDA untuk kepentingan politik; menubuhkan Jabatan Khas di bawah seliaan Kementerian Penerangan untuk tujuan politik dengan dibiayai oleh Wang Ihsan; menubuhkan semula JKKK yang telah dibubarkan oleh Kerajaan Negeri. Kertas Dato’ Haji Mustafa juga memberikan tiga diskriminasi kerajaan pusat seperti: Yang terbesar ialah penafian bayaran royalti petroleum. Adalah dijangkakan bayaran yang patut diterima dalam tahun 2000 tidak kurang dari RM900 juta dan dalam tahun 2001 tidak kurang dari RM1 billion berdasarkan harga minyak waktu itu; Pengenaan caj perkhidmatan dua peratus ke atas pinjaman air bagi Terengganu dan Kelantan sedang ia tidak dikenakan ke atas negeri di bawah Barisan Nasional (BN); Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud nampaknya tidak akan diteruskan. Dato’ Haji Mustafa juga menggariskan 10 program kerajaan negeri terjejas akibat penafian wang royalti yang merupakan 75 peratus dari hasil negeri seperti berikut: • Program pinjaman perumahan tanpa faedah untuk rakyat berpendapatan rendah sebanyak RM20 juta setahun; • Pinjaman perumahan kakitangan kerajaan tanpa faedah RM10 juta setahun walau terpaksa diteruskan dengan dana yang lebih kecil; • Tabung pinjaman usahawan kecil RM5 juta setahun; • Bantuan Kebajikan Masyarakat. Terdapat beribu-ribu bakal penerima baru telah selesai dipilih, kebanyakan hasil dari diskriminasi kerajaan dulu terpaksa ditangguhkan; • Pinjaman pendidikan tanpa faedah melalui Yayasan Terengganu yang sudah dilaksanakan dalam tahun 2000 terpaksa ditangguhkan bagi kemasukan seterusnya. Pinjaman pendahuluan bagaiamanapun masih diteruskan; • Pinjaman latihan kemahiran melalui TESDEC terpaksa dikurangkan secara drastik; • Caruman kepada agensi kerajaan seperti Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) terpaksa dikurangkan; • Peruntukan bagi pembangunan usahawan melalui Pejabat Daerah dan Majlis Daerah terpaksa dikurangkan; • Peruntukan Pendidikan kepada sekolah agama rakyat terpaksa dikurangkan; • Dan peruntukan untuk semua Jawatankuasa portfolio yang dipengerusikan oleh Exco juga dikurangkan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Abdul Rahman Abdul Talib <[EMAIL PROTECTED]>