*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TJ SP MGG: Kemelut saman trafik bertukar menjadi satu lelucon sahaja
By M.G.G. Pillai
7/5/2002 2:14 am Tue
http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/forum.cgi?print=7066
Kemelut saman trafik bertukar menjadi satu lelucon sahaja
(The fiasco over traffic summons descends into farce)
Pada tahap awalan, polis Malaysia (PDRM) sengaja buat kalut untuk menakut-nakutkan
betapa saman trafik yang seawal 1999 dulu harus diselesaikan dengan serta-merta.
Seandainya para pemandu enggan berbuat begitu mereka diugut tidak boleh memperbaharui
lesen memandu dan lesen kereta mereka ataupun kedua-duanya sekali. Semua akhbar
propaganda utama negara telah mengulang-ulang ugutan polis itu, dan menyebabkan rakyat
meluru balai polis laksana lembu memasuki kandang sehingga sanggup menunggu sampai
lapan jam untuk menyelesaikan masalah saman mereka. Dengan jumlah saman mencecah
700,000 keping dan cara polis bekerja mengikut masa pekerja kerajaan, tidak ramai yang
mampu menepati tarikh penentuan pada 1 Mei 2002. apabila tarikh itu dilanjutkan
sehingga 16 Mei, orang ramai menghilang entah ke mana. KPN Norian Mai, naik angin dan
menyalahkan perkara itu kepada 'sikap rakyat Malaysia'. Tetapi kalau dia tahu perkara
itu, kenapa dia tidak melancarkan kempen mengambil kira sikap begitu? K!
enapakah KPN tidak menyedari betapa ugutan polis, keangkuhannya dan sikap cincai, yang
kini membuktikan bahawa tindakan polis itu harus diberikan layanan begitu, tambahan
pula rakyat sudah tahu tindakan itu adalah salah dan haram
Tindakan polis adalah haram dan tidak sah. Begitulah pendirian menteri de-fakto
kehakiman, Dato Sri Rais Yatim. Peraturan trafik mesti dipinda dulu sebelum polis
boleh bertindak begitu. Polis juga tidak boleh menggari pesalah trafik ataupun menyauk
mereka untuk dihadapkan ke mahkamah kalau tidak ada bukti bahawa mereka pernah
diserahkan saman trafik itu. Oleh itu ingatan saman yang tertera di bahagian bawah
kertas saman trafik yang menghendaki pesalah hadir selagi saman itu tidak
dikompaunnya, adalah menyalahi undang-undang juga. Mengenai saman yang dikenakan
berasaskan gambar ekor kereta yang ditembak oleh kamera polis, Dato' Rais berkata
adalah bukan tanggungjawab pemandu jalanraya untuk mengikuti arahan polis agar
memeriksa apakah mereka pernah kena saman. 'Kalau saya orang itu,' katanya, 'saya
tidak akan melakukannya.'
Kemudian ada lagi satu perkara penting untuk diketahui. Kalau seseorang pemandu itu
mempunyai lesen yang sah pada tahun ini, bererti dia mempunyai dalil tidak disaman
pada tahun lalu. Jika ada saman, tentulah dia tidak dibenarkan memperbaharui lesen
memandunya itu. Oleh kerana para pemandu dinafikan hak memperbaharui lesen mereka
selagi tidak melunaskan saman polis, yang direkodkan dalam sistem komputer polis,
bererti sistem itu berfungsi. Tetapi, kenapa pula timbul kisah segala saman itu tidak
dirakamkan oleh komputer polis? Kenapa pula saman yang sudah dilunaskan masih ada
dalam rakaman komputer polis selama ini bertahun lamanya? Tetapi, PDRM adalah seperti
kerajaan juga yang tidak dimestikan memberikan penjelasan, apatah lagi kalau ia berada
di bahagian yang salah.
Nampak sangat, betapa kemarahan rakyat telah memaksa berubahnya keadaan. Malahan
timbalan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi, memang memihak kepada tindakan polis,
dan dia mahu para pemandu menyelesaikan saman mereka. Tetapi kedua pihak (Paklah dan
PDRM) tidak sedar betapa keadaan yang sudah berubah itu. Kini polis dianggap sebagai
kumpulan yang menekan orang awam, dan bukan lagi sebagai menjaga ketenteraman awam.
Kempen haprak polis ini telah mendedahkan betapa polis tidak mesra rakyat tetapi hanya
bertindak ganas menindas rakyat, di samping menunjukkan betapa ia sudah tidak cekap
lagi. Apabila gelagat haprak ini diambil kira dan dicantumkan dengan keengganan polis
membenarkan rakyat jelata berhimpun secara aman, sudah tentu ada sesuatu yang tidak
akan tenteram. Serangan ganas polis terhadap himpunan pekerja yang menyambut perayaan
Hari Pekerja 1 Mei, adalah satu contohnya. Tetapi kerajaan dan polis menganggapnya
sebagai satu cabaran kepada kuasa (yang diamanahkan kepada)!
mereka. Apa yang dilakukan ialah membuatkan rakyat semakin marah dan meluat terhadap
mereka.
Kerajaan bertegas ia serba-tahu akan apa yang terbaik untuk mereka yang diundi untuk
berkuasa. Kerana itu ia enggan mendengar nasihat ataupun cadangan, ataupun mahu
berunding dengan sesiapa. Tetapi, ia juga bergerak dengan kendalian jarak jauh secara
autopilot (auto-pilot) Tidak siapa yang tahu mana perginya pemegang autopilot itu,
kerana itu kempen yang pada asalnya berniat baik menjadi satu lelucon yang
diketawakan. Dasar kerajaan dan tindakannya kerap dibuat secara bidan terjun. PDRM
tidak nampak kewarasan berbincang dulu dengan menteri de-fakto kehakiman apabila
timbalan perdana menteri, yang mempunyai status dan pangkat yang lebih tinggi tidak
membantahnya. Inilah yang membuatkan tercetusnya projek gila.
Sepatutnya polis menjalankan tugas sebagai pengawal undang-undang. Bukannya membiarkan
institusi itu diliwat oleh kerajaan seperti kemunculan satu kumpulan samseng yang
mengganas dan membaham sesiapa yang mempunyai pendapat berbeza dengannya. Apabila
polis sanggup memainkan peranan ini, ia tidak lagi boleh mengharapkan masyarakat awam
percaya kepadanya dan kepada tindakannya. Lebih lagi, setelah rakyat Malaysia
diberitahu secara lantang untuk memainkan peranan dan tutup mulut sahaja agar mengikut
arahan membabi-buta, untuk mengundi BN sentiasa agar terus berkuasa. Inilah dilema
yang menghantui kerajaan. Inilah yang akan berterusan seperti polisnya, yang terus
melakukan perbuatan haprak dan tolol. Dan menyalahkan orang awam kerananya.
M.G.G. Pillai
[EMAIL PROTECTED]
Terjemahan: SPAR (Suntingan M@R)
Asal: KM2 7063
--------------------------------------------------------------------------------
Print Article | Mail Article | Translate Article? | Back to Index
V: 703 D: 0.030 secs
--
Mesti Tonton
Siri pengembaraan hebat DragonBallzz
setiap sabtu & ahad jam 9.30 pagi di tv2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>