*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kebetulan Ustaz Husin dalam kuliahnya (Khamis 8/2) ada menerangkan tentang
satu
hadis yang berkaitan dengan "Temuduga Tertutup" ini. Hadis ini menceritakan
dengan agak detail senario temuduga seorang mukmin dengan malaikat di dalam
kubur. Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal (tak sure spellingnya
kerana Ustaz tulis dalam jawi), yang bermaksud begini:
Sabda rasullah saw : "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat
itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih
hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan di sebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada
sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua
kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala.
Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:
dari
arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya:
dari
arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal
kebajikan:
di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
diperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh
saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki (muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksiankamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik
saksi
bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran
daripada
Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan
begitu
juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di
akhirat
Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya
itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di
dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya
seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu
kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).
Semoga menjadi tips bagi kita semua apabila tiba waktunya, Insya'Allah.
**TEMUDUGA TERTUTUP**
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
< 2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi
LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh)
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil
Anda tidak perlu bawa pingat
Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak)
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi
(Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal)
PANEL / PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir (BERTAULIAH)
*Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang kerkaliber untuk menjemput anda
.Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu.Ia diberi nama Izrail.
SEMOGA BERJAYA & SELAMAT MENJAWAB
Nota:soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan
FWDKAN EMAIL INI SEMOGA ANDA MENDAPAT PAHALA BERDAKWAH...
Penyambung persahabatan dan penyampai maklumat:-)
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di email jangan
=====
" Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu
mencari
ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang
yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu
memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya."
-Luqman Al Hakim-
_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Zurivas O" <[EMAIL PROTECTED]>