"PALESTIN diminta sabar 50 tahun tetapi Dr M tidak boleh bersabar 30 
minit"

"PAS telah terpukul dari segi politik pada majlis Syarahan Perdana 
untuk
Palestin dan Kemanusiaan"  anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan 
Angkatan
Belia Islam Malaysia (Abim) malam Rabu,  8, Mei lalu,"  kata sesetengah
pendapat.

Mereka berkata,  ucapan Presiden PAS yang dibuat berdasarkan kajian 
parti
itu tentang Palestin seumpama guru sejarah memberi ucapan tentang 
Palestin,
bukan ucapan seorang ahli politik.

Sedangkan kata mereka lagi,  Presiden Umno,  dengan gaya bersahaja dan 
tanpa
sebarang persiapan ucapan,  telah memberikan ucapan memukul ucapan awal 
oleh
Presiden PAS itu.

Sebenarnya inilah titik perbezaan kefahamn banyak orang tentang isu 
ini.
Mereka beranggapan Dr Mahathir,  sebagai politius yang licik,  telah 
berjaya
memalukan PAS di 'pentas politik'  itu.

Hakikat inilah yang membezakan imej PAS dan imej Umno,  khasnya Dr 
Mahathir
sendiri.  Ketika beliau berucap berpusing-pusing atas satu hujah 
(point)
utama "meminta rakyat Palestin besabar untuk 50 tahun lagi demi 
kejayaan
mereka,"  beliau sendiri tidak dapat bersabar hatta selama 30 minit 
untuk
tidak memperlekeh musuh politiknya, sekaligus menggunakan kedudukan 
sebagai
penceramah terakhir untuk tujuan itu.

Tanpa menghormati 'gencatan senjata'  yang dianjurkan oleh pihak 
penganjur
demi kepentingan rakyat Palestin,  beliau menggunakan sepenuhnya 
peluang
berucap selepas Presiden PAS itu untuk memperlekehkan PAS.

Mungkin,  kerana menghormati beliau sebagai PM,  pihak penganjur telah
memberikan 'hak' untuk berucap kemudian.  Tetapi,  jelas beliau tidak 
dapat
bersabar untuk tidak membuat 'serangan politik' di pentas yang 
dikhaskan
untuk rakyat Palestin.

Padahal,  pihak penganjur telah memberikan penerangan yang jelas bahawa
majlis itu adalah Syarahan Perdana untuk Palestin,  bukannya ceramah 
umum
atau debat politik.

"Mari kita menyertai gencatan senjata sebentar demi kepentingan 
Palestin.
Lupakan perbezaan politik yang kita ada demi rakyat Palestin,"  kata 
Dato'
Abdul Rahim Bakar,  Pengerusi DBP yang menadi moderator majlis.

PAS,  atas dasar kepentingan Palestin telah menyambut baik cadangan 
ini.
Bahkan,  kesemua pemimpin kanan PAS telah menyertai majlis itu 'demi 
rakyat'
Palestin.  Daripada Presiden,  Timbalan Presiden,  ketiga-tiga Naib
Presiden,  Setiausaha Agung hatta Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat
menyertai majlis ini.

Apa yang difahami oleh PAS berdasarkan penerangan awal yang diberikan 
oleh
pihak penganjur,  kedua-dua pihak akan menyiapkan teks ucapan 
masing-masing
dan akan bercakap berdasarkan teks tersebut.  Atas dasar itulah tidak
berbangkit sangat siapa berucap kemudian.  Ini bukan debat politik 
tetapi
Syarahan Perdana untuk Palestin.

Ini kerana,  jika berdasarkan teks yang tersedia,  tidak berbangkit 
pihak
yang berucap kemudian mempunyai lebih peluang untuk membuat 'political
score'  berdasarkan dia mempunyai hak untuk memukul pemberi ucapan yang
terdahulu.

Kerana kejujurannya, PAS telah membuat kajian yang mendalam terhadap 
masalah
yang dihadapi oleh rakyat Palestin.  Dan atas dasar itulah,  Ustaz 
Fadzil
telah memberikan ucapan tentang rentetan sejarah Palestin,  peranan
negara-negara ARab dan seumpamanya.

Tetapi,  Dr Mahathir adalah Dr Mahathir.  Beliau sedikitpun tidak 
lepaskan
sebarang peluang untuk memperlekehkan musuhnya hatta ketika 'ceasefire'
diumumkan.

Jadi,  kalau dilihat dari persepektif ini,  PAS kalah dalam syarahan 
ini.

Tetapi,  kalau dilihat dari segi siapa yang lebih besar sumbangannya 
dalam
memperkayakan idea,  latar belakang dan saranan untuk kepentingan 
rakyat
Palestin,  kita yakin PAS yang berjaya.

Antara saranan PAS adalah mengembangkan OIC kepada pakatan ketenteraan 
untuk
mempertahankan diri,  menjadikan Kesatuan Eropah (EU) sebagai rakan 
baru
dalam perbincangan menggantikan Amerika Syarikat,  menyarankan dunia 
luar
agar menjadi Islam sebagai rakan dalam pembinaan tamadun serta menggesa
Amerika agar keluar dari dasar-dasar luar yang sarat dengan kebencian 
itu.

Setelah majlis ini selesai,  jika adalah sekelumit agenda di kalangan
penganjur majlis untuk merapatkan hubungan antara  Umno dan PAS dalam 
rumpun
Melayu melalui majlis ini,  Dr Mahathirlah orang telah menggagalkan 
hasrat
itu.

Jika dikatakan,  Dr Mahathir seorang pensyarah yang baik berbanding 
dengan
Ustaz Fadzil,  ia silap sama sekali.  Tontonlah VCD sidang Parlimen 
yang
sedang hangat diperkatakan sekarang.

Yang silap adalah PAS terlalu prihatin dan jujur dengan Palestin tanpa
berfikir di sana ada orang yang akan mengambil kesempatan apa sahaja 
untuk
dijadikan 'political milege'nya hatta 'menculik' kepentingan rakyat
Palestin.

Komentar: ZULKIFLI SULONG
[Penulis adalah Ketua Pengarang Harakah]
Dapatkan naskah 'Syarahan Perdana' yang sedang berada dipasaran sekarang





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Mother's Day is May 12th!

Kirim email ke