*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,
Saya menemui satu artikel yang menarik. Harap dapat berkongsi bersama.
Penulisan dari saudara Soldadua yang telah tersiar di e-group Bani-Hasyim di
http://groups.yahoo.com/group/Bani-Hasyim/ Baca dan cuba anda fahami mesej
beliau.
From: "soldadua" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Mon Apr 8, 2002 10:14 pm
Subject: Imam Mahdi - Mengapa manusia berpaling darinya
(SEBARKAN DEMI KEBENARAN YANG HAQ)
Assalamualaikum wbt,
Dari Surah Al Baqarah
"Dan setelah datang kepada mereka Al Qur'an dari Allah yang membenarkan apa
yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan
Rasul) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang
kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya.
Maka la'nat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu"
Seperti mana yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW, umat Islam ketika itu
berdoa memohon diturunkan seorang Rasul untuk memberikan kemenangan bagi
mereka, di dunia dan akhirat. Kemudian mereka berpaling daripadanya kerana
dia bukanlah orang yang mereka sangka-sangka kan. Nabi Muhammad bukanlah
seorang yang terpelajar, tidak berguru, tidak reti membaca Al Quran dan
bukanlah keturunan pemerintah ketika itu. Mereka mahu orang yang terpelajar,
orang yang ramai guru, golongan cendikiawan Islam.
Tetapi mereka lupa akan hakikat bahawa hanya keturunan Ibrahim saja yang
boleh memegang kunci Ka'abah ketika itu. Mengapa dan apakah rahsia di
sebalik nya? Kita fikirkan bersama.
Kemudian, 1400++ kemudian, sekali lagi umat Islam memohon untuk diturunkan
seorang Rasul untuk memberikan kemenangan kepada mereka. Dan sekali lagi
Allah SWT telah menunaikan permintaan hamba-hambanya. Sekali lagi juga
manusia menolak kehadiran Al Mahdi, atas sebab-sebab yang sama dengan apa
yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Dan sekali lagi manusia lupa bahawa hanya keturunan Ibrahim melalui Saidina
Ali dan Siti Fatimah saja yan boleh membuka kunci rahsia kepada Islam yang
sebenarnya. Itulah Bani Hasyim. Sejarah sedang berulang semula tetapi
kebanyakkan manusia tidak menyedarinya.
Tanda-tanda kerasulan Nabi Muhammad SAW terletak pada Kitab Injil sebelum
diturunkan Baginda kepada umat manusia. Begitu juga Al Mahdi yang kisah nya
juga WAJIB tercatit di dalam Al Quran sebelum turunnya Baginda. Mengapa saya
panggil Imam Mahdi Baginda? Kerana dia keturunan Raja-raja. Imam seluruh
umat manusia adalah keturunan Ibrahim. Imam adalah ketua yakni pemimpin
yakni pemerintah yakni junjungan. Tetapi manusia lupa.
Oleh kerana manusia tidak memahami isi kandunga Al Quran, maka umat Islam
kini adalah mereka yang sebenarnya berpaling dari apa yang mereka pohonkan
selama ini.
Sangkaan manusia Imam Mahdi turun dari langit, sedangkan Nabi Muhammad
sendiri dilahirkan. Jadi adakah Imam Mahdi terbang dari langit atau
dilahirkan sebagai manusia biasa seperti kita juga? Kalau dia turun dari
langit, mengapakah dia mempunyai musuh? David Copperfield boleh terbang,
adakah dia Al Mahdi? Kalau kamu berfikiran keanak-anakan seperti mana
ulamak-ulamak Islam kini, maka itulah Imam kamu. Itu sebab lah mengapa bila
kamu melihat perkara sedemikian berlaku, kamu kagum orang itu, kamu kagum
kehebatan nya, kamu kagum dengan ilmunya, dan itulah yang kamu kehendaki.
Boleh terbang atas gaung, boleh tembus tembok batu, boleh kena potong dua
tapi masih hidup dan segala kehebatan-kehebatan seterusnya......
Dajjal atau Al Mahdi macam tu? Mari kita fikirkan bersama.
Dari Surah Al A'raaf yang bermaksud
"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi
tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat
tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat
jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi
jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian
itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai
dari padanya"
Apakah rahsianya apabila seorang hamba Allah bergelarkan Sunan Kalijogo
menulis di Internet akan Al Mahdi yang sebenarnya? Ketika umat Islam heboh
bahawa Al Mahdi akan muncul pada tahun 2000, manusia kelihatan kecewa bila
perkara itu tidak berlaku. Sedangkan pada tahun itulah Sunan Kalijogo
mula-mula menulis id Internet mengenai Al Mahdi.
(www.geocities.com/kalijogo_2000/index.html )
Di situlah apa yang disebutkan sebagai "Kemunculan Al Mahdi". Apabila dia
muncul pun, manusia tidak sedar.
Dan pada waktu yang sama, penulisan Sunan Kalijogo telah dikeluarkan di
beberapa majalah di dalam dan luar negeri tetapi di Malaysia sambutannya
dingin sekali. Mengapa? Apakah bezanya rakyat Malaysia dengan Orang Quraisy
Mekah? Tidak ada bezanya kerana umat Islam disini ego dengan gelaran "Negara
Islam" "Negara Islam Contoh" "Negara Islam Terbaik" dan seterusnya.
Yang Islamnya hanyalah pada namanya saja. Sebagai contohnya, kamu ada
pemimpin Islam di negara ini tetapi mengapakah antara Islam sendiri
berpecah? Bukankah Mahathir Bin Mohamad itu seorang Islam? Mengapakah umat
Islam sendiri menentang sesama Islam? Bertelagah? Siapakah yang benar-benar
hendak duduk membantu beliau melaksanakan tugas beliau sebagai pemimpin di
negara ini? Siapakah di antara kamu yang benar-benar ikhlas dan tidak
meminta apa-apa imbuhan? Ahli-ahli politik dan ulamak-ulamak sekarang semua
kotor bergelumang dengan kehidupan mewah dan hidup di atas wang semata-mata.
Bagaimanakah boleh seorang pemimpin seperti PM bergerak bila yang
disekelilingnya semuanya kotor-kotor belaka? Apabila yang kelilingnya nampak
kotor, maka dengan sendirinya PM sendiri nampak kotor. Sedangkan itulah
pemimpin kamu.
Maka siapakah hendak membersihkan dia? Siapakah yang mampu? Itulah mengapa
Allah menyuruh manusia mencari AULIYA' sebagai pemimpin umat manusia. Dan
bukanlah AULIYA' ini dari jenis pemimpin-pemimpin yang zalim, zalim terhadap
diri sendiri, keluarga, rakyat, negara.
Janganlah kamu orang-orang PAS tersenyum kerana menyangkakan kamu itu bersih
sangat. Kalau kamu kata kamu bersih sangat, mengapakah PAS menerima wang
sebanyak RM 98 juta untuk pilihanraya? Kalau tidak percaya, sila berjumpa
dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri. Berapa ramai pula pemimpin
PAS yang menerima sogokan untuk meluluskan projek-projek? Berapa ramai
pulakah pemimpin-pemimpin PAS dan ulamak-ulamak (PAS maupun UMNO) yang
mengarang kitab-kitab sendiri, dipindahkan ayat-ayat Allah dari AL Quran ke
buku mereka atau kaset mereka, lalu mereka jual untuk keuntungan yang
sedikit? INILAH ORANG-ORANG CELAKA LAKNAT !!!
(Sila rujuk AL Baqarah)
(Sila rujuk www.geocities.com/izul_2002/)
Imam di masjid juga menerima imbuhan. Susah yang hendak cari orang yang
sanggup kerja secara percuma macam Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW itu
hamba Allah, ulamak-ulamak sekarang ini hamba Wang. Nak harapkan ulamak
memecahkan rahsia AL Quran, nama AL Mahdi pun dia tak tau kat mana nak cari.
Macam mana nak cari sebab mata dah naik kotor atas perbuatan kedua tangan
mereka sendiri.
Jadi bukankah masing-masing yang dikeliling PM itu semuanya kotor? Baik
penyokong maupun pembangkang. PM harapkan muka baru boleh membantu beliau,
tetapi lihatlah apa yang jadi. Baik MB Pahang maupun MB Selangor, ingatkan
muka baru ini bersih, rupa-rupanya dua kali lima jugak. Kalau angin tidak
bertiup, masa kan pokok bergoyang. Fikirkanlah. Jadi siapa lagi yang boleh
PM harapkan apabila yang lainnya sudah tenggelam dengan kehidupan duniawi
kerana terpengaruh dengan bisikan DAJJAL?
Yang saya lihat bersih, cekap dan amanah hanyalah PM seorang saja. Dari mula
dia memimpin negara ini sehingga lah sekarang, dia cuba sedaya upaya dia
untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat Malaysia. Dia dah kerja penat lelah,
bertahun-tahun lamanya, siang malam, adakah kamu mampu melaksanakan tugas
seperti dia? Kemudian bila dia binakan PutraJaya untuk rakyat Malaysia, dah
orang tuduh itulah mahligai beliau. Apakah minda masyarakat Malaysia ini
dungu dan biol sehingga tidak mampu melepasi batasan tersebut? Sampai
bilakah Mahathir mampu jadi PM? Sudah dia katakan bahawa itu semua adalah
untuk masa hadapan. Tidak kah kamu berfikir?
Maka masa hadapan apakah yang dia maksudkan? Masa siapakah yang akan datang
tidak lama lagi? Mengapakah Allah menggerakkan Mahathir untuk membina
PutraJaya, KLIA, infrastruktur besar-besaran, peningkatan perlabuhan dan
sebagainya?
Mari kita fikirkan bersama.
Yang pastinya, Al Mahdi turun dengan kisahnya tercatit di dalam Al Quran,
nama beliau di dalam Al Quran seperti mana nama Nabi Muhammad tertulis di
dalam Injil. Dia akan memberikan kemenangan kepada umat Islam di dunia ini,
bukan kerana dia berperang, tetapi kerana dia berbaik-baik. Namanya yang
tercatit di dalam kitab-kitab Injil, Hindu dan Buddha akan membawa umat
manusia masuk ke dalam Islam tanpa paksaan. Tetapi ini semua tidak
dihiraukan oleh umat Islam sendiri.
Dari Surah Yunus yang bermaksud
"Mereka berkata: "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari
apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya , dan supaya kamu
berdua mempunyai kekuasaan di muka bumi? kami tidak akan mempercayai kamu
berdua."
Sedarlah wahai manusia, kehadiran Imam Mahdi bukan setakat menyatukan umat
manusia, tetapi juga untuk membetulkan semula Islam yang sebenarnya sudah
tersasar jauh dari landasanya yang sebenar. Allah menjanjikan seorang Rasul
pada manusia untuk menunjukkan jalan kepada Nya. Itulah apa yang telah
dilaksanakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang kemudian mendapat tentangan
yang hebat. Yang pastinya itulah juga penentangan yang akan diterima oleh
Baginda Al Mahdi. Mengapakah?
Jawapannya - Kerana Manusia Tewas dengan Dajjal tanpa mereka sedari.
Sejarah sedang berulang. Ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu supaya kamu
mendapat petunjuk. Hanya yang benar-benar bertakwa saja yang akan mendapat
jalannya. Yang lain akan berpaling. Adakah kamu salah seorang dari mereka?
Fikirkanlah bersama.
Maka sebarkanlah perkara ini, agar umat Islam mendapat pedoman di dalam
pencarian mereka terhadap Rasul Allah yang ditunggu-tunggu ini.
Wasallam Al Ikhlas.
SOLDADUA.
_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "kealta ." <[EMAIL PROTECTED]>