Seorang ahli Parlimen yang pernah terpelanting dan hampir tercicir pada
PEMILU tahun 1999. Nasib menyebelahinya apabila tangisan dan sendunya
berjaya meletakkan ia semula dalam senarai Calon. Bintangnya terus
menyinar dengan menjawat Kementerian (Bollywood) Kesenian dan Pelancongan.
Dalam satu bulan puasa suatu masa dahulu beliau pernah dikunjungi oleh
ahli Umno Padang Serai yang memujuknya untuk menghadiri Majlis berbuka
puasa. Ketika itu ia baru sampai dari Kuala Lumpur sedang melayani belaian
anjing belaannya dengan tangannya memegang sepinggan mee goring yang panas
sambil mengunyah. Wakil Umno Bahagian terbabit memujuk meminta
kepastiannya untuk menyertai Majlis Berbuka petang itu sedangkan ia
sendiri tidak pun berpuasa! Kejadian itu telah menyebabkan seorang lain
yang mengiringi wakil tersebut merasa sungguh tertipu dan terus
meninggalkan parti Umno yang dipenuhi kelompok Kelentong sepertimana
Kadiaq tadi.
Ada orang yang mengatakan golongan Mamak meringan-ringankan puasa
mereka atas alasan mereka adalah keturunan ‘musafir’ kerana berkelana di
bumi Malaysia. Ada satu lagi Mamak yang dikatakan pergi melawat Pulau
Terumbu Layang-Layang tanpa mengusik sedikit pun sejadah yang disediakan
dengan penuh muslihat. Mamak itu juga berkelana seharian di atas belakang
kuda tanpa ada cerita solat semasa bercuti ke Argentina baru-baru ini. Ini
juga lah manusia yang disarankan oleh suara nakal dalam Umno untuk
dilantik menjadi Pengerusi Majlis Ulamak yang bakal ditubuhkan!!
Adik Kadiaq, Aziz yang pernah menggemparkan dan mengancam keselamatan
Negara sambil berbaju Melayu ala pemain kompang kerana mengugut anggota
Suqiu juga ada ceritanya. Beliau dikatakan pernah menyediakan perempuan
dalam sebuah rumah di Pulau Pinang untuk diratah ahli Umno yang rapat dan
menjadi hantunya.
Cuti-Cuti Malaysia (CCM) yang terbatal matlamatnya
Rakyat marhaen Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum terutamanya
kakitangan Awam amatlah terhimpit kewangan mereka. Kenaikan harga barangan
yang tiada hentinya dan kenaikan terbaru harga minyak Petrol terus
menjerut perbelanjaan mereka. Umum mengetahui seorang Menteri akan
mengulas kenaikan itu sebagai amat kecil berpatutan serta tidak
membebankan rakyat. Kemudiannya akan diikuti oleh beberapa pelawak yang
akan bersetuju dengan harga minyak yang baru.
Setelah itu ditambah pula dengan kemungkinan menjadi mangsa samun PDrM
di jalan raya. Menjadikan alasan mencegah kemalangan, rakyat dirompak
secara perundangan yang belum tentu sah menurut sarjana Undang-undang.
Kewajaran bagi PDrM adalah menyiasat bagaimana mungkin keadaan jalanraya
Malaysia menjadi begitu teruk sekali walau baru saja digunakan.Ini tidak
pun dilakukan,anggota polis sanggup bersembunyi di dalam hutan, kereta
persendirian atau celahan pembahagi jalan bagi memerangkap pengguna
jalanraya.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk.
Lubang-lubang yang dalam, permukaan yang tidak rata dan di tambah gradien
jalan yang mencuram mneyumbang kepada masalah kemalangan. Fakta itu juga
ujud di lebuhraya yang kini diswastakan kepada PLUS!! Keadaan bertambah
serius dan merbahaya pada hari hujan dengan takungan air yang
terbentuk.Apakah polis menyiasat laporan kemalangan yang menjurus kepada
syarikat pembinaan jalan yang dikuasai oleh politikus kerajaan??
Bagaimana mungkin kempen CCM akan berjaya sekiranya rakyat berhadapan
dengan berbagai kesulitan dan halangan sepanjang perjalanan? Bolehkah
marhaen menikmati percutian yang indh sekiranya ia dibayangi oleh berbagai
hadangan dan masalah yang dicipta oleh kerajaan sendiri??
Kenapa mempermainkan urusan mencegah kemungkaran?
Apabila kerajaan PAS Terengganu menguatkuasakan pakaian yang lebih
sopan untuk pengunjung pantai, Kadiaq pula melompat menentang arahan yang
jelas selari dengan Islam itu. Untuk tidak kelihatan menentang Islam
secara berhadapan Kadiaq menggunakan istilah ‘ala Taliban’.
Menteri yang sewajarnya mengeluarkan kenyataan mengulas isu tersebut
adalah Penasihat Agama Hamid Osman ataupun Hamid ‘boo’ Zainal Abidin.
Juhalak seperti Kadiaq sewajarnya menutup mulut dari membicarakan urusan
Agama. Lepaskan Ulamak Barua tambatan yang sering menasihati Mahathir
dalam menghakis Nilai-nilai sebenar Islam untuk berhujah. Rakyat marhaen
ingin melihat apa pula pandangan mereka tentang masalah itu. Para ilmua
pula menanti Ayat ,Hadis,Ijmak atau Qias yang berkaitan bagi membatalkan
arahan TG Hj. Hadi selaku pemimpin yang bertanggungjawab sehingga ke
akhirat bagi persoalan negeri Terengganu.
Apa tujuan pula kaitkan dengan Taliban? Apakah untuk menghalalkan
rampasan pemerintahan negeri seumpama di Kelantan dahulu? Sudah adakah
Ibrahim Ali versi Terengganu bagi menjalankan sandiwara ‘huru-hara’ untuk
menghalalkan darurat?
Alasan peraturan tersebut akan menggagalkan usaha kerajaan melalui
Kementerian Bollywood bagi menarik pelancong adalah suatu jenaka murahan
Parlimen. Kelentongan mereka sampai ke tahap sedemikian walau sehingga
menghakis nilai-nilai Agama anutan mereka lantaran kejahilan yang amat
sangat.
Sepurnama yang lalu sebuah majlis anugerah Bintang Bolltwood telah
diadakan di Tanah Tinggi Genting.(Genting Highland!!). Kadiag sebagai
Menteri penaja telah membohongi rakyat Marhaen bahawa kerajaan tidak
mengeluarkan peruntukan pun bagi majlis itu yang ditanggung sepenuhnya
oleh pehak Swasta. Akan tetapi ia terlupa untuk memperjelaskan bagaimana
pula syarikat terbabit memperolehi keuntungannya kerana mereka bukanlah
sebuah badan kebajikan!! Kelentongannya terlondeh di situ dan mendedahkan
anunya..
Tentu sahaja syarikat terbabit dikecualikan Cukai Pendapatannya atau
mendapat pengurangan yang setimpal. Lantas akan mengurangkan pendapatan
percukaian Negara. Seterusnya merugikan wang Negara yang juga adalah wang
rakyat. Hanya untuk memuaskan hati mereka untuk bersalam dengan Amitabh
Bachan, Salman Khan dan berbagai lagi pelakon India, pemimpin Umno khasnya
Kadiaq mengkhianati Negara. Desas-desus mengatakan syarikat terbabitlah
yang menaja percutian ke Khutub Antartika tempohari.
Kelmarin Kadiaq berlagak pula sebagai Ulamak Umno apabila mengatakan
suara nyanyian perempuan adalah tidak salah di sisi Agama. Apa hujah dan
Qias yang dia pakai? Sudahkah dia berbincang dengan Hamid yang berdua
orang itu??
Inilah dia tahap Menteri di zaman Mahathir yang hampir kesemuanya
adalah manusia hipokrit dan kaki kelentong juga. Bukankah ketuanya kencing
berdiri??
Ehek2001
______________________
Terbitan : 13 Mei 2002