*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Tell me when this page is updated 

 
Siri MMMM 11 - Bahagian 1 
Sejarah Mahu Ditipu Juga? 
Oleh Marhaintua 

--------------------------------------------------------------------------------

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_mmmm11_1.html

Beberapa jam selepas tersiarnya MMMM 10 
[http://marhaen0.tripod.com/mar_a_mmmm10.html], saya menerima beberapa emel khusus 
mengenainya. Ada satu emel yang menarik yang harus saya kongsi di sini: 

“Pak Marhaintua: .....Saya tidak menyangka bahawa kerajaan sanggup membazirkan wang 
rakyat dengan menaja persidangan yang dikatakan bertaraf antarabangsa sedangkan 
kertas-kerjanya pun tidak ada. Alangkah baik kalau muktamar seperti itu digunakan 
untuk mengumpulkan semua mufti dan khadi dan umat Islam yang berpelajaran tinggi untuk 
membuat peraturan mengenai wang simpanan di Tabung Haji, zakat dan Baitulmal!!!” 

Sebenarnya, memang itulah hakikatnya. Banyak kali kita menganjurkan muktamar dan 
persidangan dunia Islam semata-mata untuk mengabui mata dunia sedangkan perbelanjaan 
besar-besaran adalah wang rakyat jelata. Ironisnya, umat Islam di negara ini tidak 
berapa mengetahuinya Tetapi, negara barat memang sedia tahu kerana mereka mempunyai 
risikan yang sungguh canggih untuk memantau apa juga yang dibincangkan oleh dunia 
Islam. Itu sebabnya tidak banyak yang dirumuskan oleh muktamar ataupun persidangan 
Islam yang menjadi bahan kajian dunia barat. Sayangnya Malaysia di bawah kepimpinan 
Mahathir turut terlibat dengan sandiwara semacam ini, hanya kerana mahu menonjolkan 
bahawa Mahathir adalah tokoh Islam sederhana yang mesti disenangi oleh dunia barat. 

Kita jangan sangka bahawa pembaziran dana berlaku ketika kerajaan menganjurkan 
persidangan dunia Islam. Banyak lagi persidangan bertaraf antarabangsa yang banyak 
membazirkan wang negara. Kalau kita senaraikan di sini, memang tidak cukup ruangnya. 
Tetapi cuba fikirkan perihal persidangan Selatan-Selatan, Smart Partnership, LIMA dan 
sebagainya. Lihat siapa yang menghadirinya walaupun kos perbelanjaan mereka itu 
ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Saya menganggarkan kalau diambil kira semua 
perbelanjaan persidangan yang penuh sandiwara sejak sepuluh tahun yang lalu, kita 
mampu menyediakan ‘laptop computers’ (komputer bimbit ) secara percuma kepada setiap 
mahasiswa dan mahasiswi di negara ini secara percuma. Malahan kalau diambil pula akan 
projek MIGHT di mana presidennya ialah Tajuddin Ramli, cuba kita minta orang UMNO 
tunjukkan apakah kejayaannya setakat ini. 

Begitu juga dengan Muktamar Menteri Wakaf yang baru berakhir, siapakah tahu apa guna 
rumusannya? Siapa yang akan mengamalkan segala saranan itu di negara Islam sedangkan 
daripada 56 negara yang menganggotai OIC, hanya 40 yang hadir dan kebanyakannya adalah 
wakil perseorangan yang merupakan duta negara itu di sini. Umat Islam di negara ini 
tidak menyedari sandiwara seperti ini kerana kita tidak diberitahu dalam akhbar 
perdana harian kita. Tetapi para perisik dunia barat mengetahuinya dan mereka ketawa 
secara senyap sambil menggelengkan kepala dengan fikiran: “alangkah bodohnya Malaysia 
yang sanggup membazir wang untuk bersandiwara.” 

Demikianlah hakikatnya, betapa kita orang Melayu sudah semakin tertipu dengan segala 
sandiwara semacam itu kerana kita tidak tahu cerita sebenarnya. Apa yang kita tahu 
adalah bersandarkan bahan yang kita baca ataupun dengar di TV dan akhbar perdana. 
Kalau ada berita yang sahih mungkin terpaksa menunggu kemunculan “Harakah”. Itupun ada 
ketikanya berita di Harakah itu terpaksa kita renungkan dulu dengan banyak tandatanya 
juga. 

Antara Penipuan dan Fitnah 

Kalau kita baca sejarah Melayu baik yang rasmi mahupun yang kita teliti sebagai 
amalannya turun temurun, kita akan akui bahawa hidup dengan penuh menipu ataupun 
bertipu-muslihat bukan merupakan budaya Melayu. Apalagi kalau diambil kira dosa menipu 
yang dilarang oleh Islam. Di zaman feudal dulu setiap orang Melayu yang berdepan 
dengan rajanya akan berkata: “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap 
diampun...!!!” Begitu juga apabila berdepan dengan ketua kaum ataupun orang yang lebih 
tua, segala cakap disusun-atur dan penerangan diberikan apabila hanya diminta dan 
bukan secara bercakap sembarangan. Itu sebabnya apabila orang Melayu menerima 
kemerdekaan daripada British, mereka sanggup merelakan UMNO menjadi parti yang 
menerima kemerdekaan itu setelah melihat UMNO merupakan sebuah parti politik yang 
direlakan oleh British. 

Perjuangan UMNO yang dikatakan bermula di istana kerana penubuhannya itu bermula 
dengan kongres Melayu ketiga pada 11 Mei,1946. di Istana Besar Johor Bahru. Pada hari 
itu piagam UMNO ditandatangani dan lahirlah dengan rasminya UMNO dengan keizinan dan 
kerelaan Kerajaan British. Muslihat British mahu terus berurusan dengan puak Melayu 
yang dianggap serasi dan mudah berbincang berbanding dengan pergerakan Melayu lain 
yang dipimpin oleh beberapa pemimpin Melayu yang mempunyai kecenderungan dengan 
politik Indonesia. 

Apabila diambil tarikh tahun 1946 itu dan disorot sehingga kini bererti usia UMNO 
ialah 56 tahun. Kerana itu hari jadi UMNO yang ke-56 tahun itu disambut dengan gah di 
Stadium Bukit Melawati di mana sekitar 15,000 daripada pelosok negara ini dibawa untuk 
berkumpul mendengar amanah presiden parti. 

Alangkah ajaibnya, UMNO yang dikatakan berusia 56 tahun menyambutnya di Sadium 
Melawati, Shah Alam dengan kehadiran hanya 15,000 orang sedangkan kita diberitahu ia 
mempunyai keahlian sekitar 2.3 juta orang Melayu? Kalau kita baca rakamannya di Berita 
Harian, tentu kita ketawa dengan laporannya. Yang pertama pada muka surat 3 Berita 
Minggu, ada dua gambar yang menunjukkan sambutan ulangtahun ke-56 itu disambut di 
PWTC. Tetapi, demikianlah kisahnya betapa akhbar yang dikatakan sudah mampu 
memperbaiki kerugian RM180 juta di bawah pimpinan Dollah Komunis, kini naik meningkat 
dengan pemberitaan yang semakin menurun kualitinya. 

Mahathir telah menyambut ulangtahun UMNO dengan penuh keangkuhan. Dia kelihatan 
gembira melihatkan “lebih ramai golongan muda yang menyambut ulangtahun UMNO.” Padanya 
kewujudan “pelapis UMNO ini, parti lawan patut berasa gentar dan takut kerana masa 
untuk mereka akan tiba tidak lama lagi.” 

“Pada pilihanraya 1999 dulu, ketika hangat orang membenci kerajaan, BN sanggup 
mengadakan pilihanraya dan menang dengan majoriti tiga perempat kerusi Dewan Rakyat. 
Ketika itu orang kata kita lemah dan hendak jatuh. Tunggulah pilihan raya satu lagi. 
Wahai parti lawan, orang dan isu yang kamu peralat itu sudah tidak menjadi isu lagi,” 
katanya. 

Seperti biasa Mahathir ligat dengan retoriknya betapa UMNO berjaya kerana “kita 
bersatu padu”. 

RTM dan radio serta Utusan Melayu memberikan liputan yang menyeluruh kepada majlis itu 
dan merakamkan jumlah hadirin yang menyertainya sekitar 15,000 orang. Tetapi, di muka 
dua Berita Minggu laporannya akan jumlah yang hadir ialah 50,000 orang. 

Kalau tentang jumlah manusia yang hadir sudah ada perbezaannya, betapakah perkara yang 
lain? Betulkah UMNO sudah mencapai ulangtahunnya yang ke-56? Bukankah UMNO yang 
ditubuhkan oleh orang Johor di bawah tajaan Dato’ Onn bin Jaffar sudah lama terkubur? 
Apatah Mahathir dan keseluruhan Majlis Tertinggi UMNO sudah lupa bila UMNO diharamkan 
oleh mahkamah? Bukankah itu puncanya penubuhan 
Semangat 46 dan UMNO (Baru)?. 

Bagaimanakah Mahathir dan Majlis Tertinggi UMNO boleh menerima hakikatnya bahawa UMNO 
yang ada sekarang sudah berusia 56 tahun? Apakah mereka mahu menafikan bahawa UMNO 
mereka itu masih belum matang lagi? 

Beginilah kisahnya Mahathir memerintah negara ini. Sesedap hati dan seiring nafsu 
serakah sahaja. Penderitaan rakyat marhaen tidak pernah menjadi perhatiannya. 
Bagaimanakah kisah orang luar bandar yang satu ketika dulu merupakan tonggak ekonomi 
negara tidak pernah dijengahnya. Agendanya ialah berpeleseran di penjuru dunia dengan 
penuh retoriknya, dan pulang ke tanahair untuk berehat sebelum keluar negara semula. 
Memang dia memegang rekod dunia sebagai seorang pemimpin negara yang lebih banyak 
menghabiskan masa di luar negara daripada di negaranya sendiri. Tidak ada pemimpin 
lain yang mampu menandinginya, tidak pemimpin Amerika, Jepun, China, India, Britain, 
Peranchis, Jerman, Arab ataupun sesiapa lagi. Hanya Mahathir terunggul dalam soal ini. 
Itupun masih tidak difahami oleh orang Melayu secara khususnya, ataupun para pengundi 
di Malaysia secara amnya. 

Apabila dia pulang dia akan menghabiskan masa mengutuk parti pembangkang dengan segala 
tohmahan yang tidak berasas. Kemudian dia akan menghadiri upacara ‘pencapaian rakyat 
Malaysia dalam mengusahakan sesuatu yang terbesar, terpanjang, tertinggi dan apa juga 
bentuk ‘ter’nya, untuk membolehkan ‘pencapaian’ itu dirakamkan dalam satu buku khas 
yang dianggap perakam kegemilangan rakyat Malaysia Darulboleh. Bayangkan apabila 
rakyat digalakkan membuat kerja-kerja bodoh seperti membuat lemang terpanjang, bendera 
rentang terpanjang, dan banyak lagi yang melucukan. Tetapi itulah ukuran pencapaian 
yang mahu disarankan kepada rakyat negara ini. Kerana itulah tahap pemikiran yang 
bersarang di kepala otaknya, betapa sesuatu pencapaian gemilang itu adalah sesuatu 
yang tidak ada orang lain di dunia ini buat lagi, sedangkan kebanyakan pencapaian itu 
adalah kerja-kerja haprak yang tidak berguna dan membuang duit dan masa. Apabila 
rakyat dilalaikan dengan kerja-kerja bodoh semacam itu, apakah la!
gi yang boleh diharapkan daripada mereka, untuk menjayakan pencapaian diri yang 
benar-benar bertaraf antarabangsa yang boleh dikagumi dan menjadi contoh dan kayu-ukur 
untuk pencapaian generasi selanjutnya? 

UMNO Yang Semakin Parah 

Apabila diambil kira tragedi UMNO yang sebenarnya, apa yang disambut sebagai 
ulangtahun ke-56 itu adalah satu sandiwara yang terpaksa dibuat-buat, untuk menutup 
malu orang-orang UMNO. Kerana UMNO sebenarnya sudah lama mati. Yang mereka sambut itu 
ialah satu khayalan semata-mata. UMNO (Baru) iptaan Mahathir sahaja 

Ketika Mahathir bercakap angkuh di Stadium Melawati, yang paling ramai berada di 
'dewan' itu adalah kaum muda-mudi yang ditakrifkan sebagai Pemuda UMNO dan Puteri 
UMNO. Berapa ramaikah antara anak-anak muda itu yang sudah mendaftar untuk mengundi? 
Berapa ramaikah antara mereka yang sudah boleh menulis dan membaca pada 24 April,1987? 

Segelintir veteran yang diangkut untuk menghadiri ulangtahun UMNO itu tentu sedar 
keadaan bahawa UMNO sudah merempat kerana mereka ingat betapa 24 April 1987, adalah 
harinya UMNO mengadakan pemilihan pucuk kepimpinannya di mana Mahathir mengalahkan 
Tengku Razaleigh dengan undian 761 berlawan 718 undi. Perkiraan undi itu penuh dengan 
tipu muslihat kerana berlaku putus bekalan elektrik dan terhenti kerana solat Jumaat. 
Ghafar Baba pula berjaya menumpaskan Musa Hitam dengan 739 undi melawan 699. Itulah 
titik tolak UMNO mereput, setelah berlakunya satu pertandingan hebat antara Tim ‘A’ 
dan Tim ‘B’. Selepas menang, Mahathir mengajak semua anggota parti bersatu semula dan 
melupakan kisah lobi-melobi mereka. Tetapi, selepas itu dia membubarkan kabinet dan 
menghumban keluar tujuh orang menteri daripada kabinetnya. 

Itulah peristiwa yang menjadikan UMNO yang lahir pada 1946 menjadi nazak sehingga mati 
tanpa pusaranya, selepas diisytiharkan sebagai sebuah parti yang tidak sah oleh 
Pendaftar Syarikat, yang di bawah kuasa Mahathir selaku Menteri Hal Ehwal Dalam 
Negeri. Kemudian tertubuhlah UMNO (Baru) yang hingga kini lebih diminati orang Melayu 
sebagai UMNO Barua dan ‘Semangat 46’ pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. 

Dengan penubuhan Semangat 46, bermulalah kebangkitan PAS secara mengejut kerana orang 
Melayu yang keluar daripada UMNO naik jelak menganggotai UMNO Barua ataupun Semangat 
46 tetapi lebih selesa dengan PAS. Sejak itu sehinggalah tahun 1995 Mahathir kurang 
mencerca PAS kerana dia lebih menumpukan kritikan dan fitnahnya terhadap Semangat 
46,sehinggalah Semangat 46 dibubarkan pada 1996, dengan cara Tengku Razaleigh memasuki 
semula UMNO Baru(a) itu tadi dengan semua pengikutnya. Bukan semua anggota Semangat 46 
yang memasuki UMNO (Baru) semula. Ada yang menganggotai PAS dan ramai yang terus 
keluar daripada dunia politik untuk merehatkan minda mereka. 

Sejarah membuktikan betapa UMNO yang diwujudkan oleh Dato' Onn Jaafar bertukar 
pemimpin apabila Tunku Abdul Rahman mengambil pucuk kepimpinan parti, sehinggakan 
Tunku berjaya mencapai kemerdekaan Malaysia dengan pengorbanan beliau menjual harta 
benda mengongkosi belanja mendapatkan kemerdekaan itu. Sebagai sebuah parti Melayu, 
UMNO tidak berduit ketika itu. Orang Melayu Singapura merupakan masyarakat Melayu yang 
berkorban besar untuk membiayai UMNO sehinggalah UMNO berjaya mencapai kemerdekaan 
Malaysia. Orang-orang kampung yang menoreh getah merupakan masyarakat yang kuat 
menyokong UMNO kerana ketika itu mereka mempunyai pendapatan lumayan sebagai penoreh 
getah dan pelombong bijih. Kakitangan kerajaan tidak berduit ketika itu. Pra 
professional Melayu seperti doktor, jurutera, dan sebagainya boleh dikira dengan jari 
dan mereka tidak beminat berpolitik dalam UMNO kerana lebih cenderung memihak kepada 
pemerintah British. Pada tahap awal perjuangan Tunku mendapatkan kemerdekaan, a!
da seorang penulis Melayu-Mamak terkenal bernama C.H.E. Det. Dia menulis sambilan di 
Malay Mail, tetapi bahan tulisannya tidakpun memberi perangsang kepada orang Melayu 
dalam usaha memerdekakan negara ini. Tetapi penulis ‘terkenal’ yang mempunyai nama 
sebenarnya Mahathir bin Mohamed kini galak bercerita panjang bagaimana orang Melayu 
dulu-dulu berkorban untuk kemerdekaan negara. 

Kalau UMNO yang ada kini merupakan UMNO ciptaan Mahathir dan baru sahaja berusia 15 
tahun, apakah yang terlalu dibanggakan oleh Mahathir dan pucuk kepimpinan parti 
sekarang ini? Kenapakah Mahathir begitu celupar mengenai pilihanraya tahun hadapan 
setelah melihatkan begitu ramai kaum muda-mudi yang dikumpulkan secara upahan? 

Jawapannya amat mudah sekali. Mahathir mahu menghayunkan satu gelombang semangat orang 
Melayu agar terpedaya terus bahawa nasib mereka terletak di tangan UMNO. Kerana itu 
kalau kita dengar ucapan pemimpin UMNO dan baca tulisan mengenai sambutan UMNO yang 
dikatakan ke-56 tahun itu, suara sumbang berani menulis betapa tanpa UMNO orang Melayu 
sudah terpinggir. 

Soalnya sekarang, orang Melayu memang sudah terpinggir. Mempercayai propaganda bahawa 
nasib orang Melayu adalah bergantung kepada UMNO adalah satu kerja bidaah dan bersalut 
kekufuran. Mahathir tidak mahu generasi muda menyedari hakikatnya bahawa UMNO yang 
lahir pada 1946 itu sudah lama mati, bersama semangat perjuangannya. Itu sebabnya 
semangat laungan ‘Hidup Melayu’ sudah lama digantikan dengan laungan ‘Hidup 
Mahathir!!!!’. 

...akan bersambung ke Bahagian 2. 

-marhaintua- 13 Mei, 2002. 
Suntingan M@R 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke