*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENENTANG KEZALIMAN : 
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696 
Nama Pemegangan : 
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)  
 

Inggeris terus menjajah..... 

http://webrtv.pemudapas.net/tk/b05/tlayu1.htm
 
Isu Bahasa Inggeris timbul lagi. Kali ini PM sekali lagi cuba menunjukkan kejaguhannya 
dengan mencadangkan agar matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa 
Inggeris. Hampir tak percaya PM yang selama ini selalu berfikiran terkehadapan kali 
ini bercakap seperti tidak berfikir. Tak ubah seperti anak-anak buahnya, berkokok 
walaupuan tidak tahu apa yang dikokokkan. 

Cadangan PM tu memang tak salah kalau disekolah-sekolah kita tidak diajarkan 
matapelajaran Bahasa Inggeris. Tidak salah jika disekolah tidak ada guru terlatih yang 
mampu mengajar Bahasa Inggeris. Tapi bukankah disekolah kita telah peruntukkan waktu 
untuk mengajar Bahasa Inggeris? Bukankah kita telah menghabiskan wang rakyat berjuta 
ringgit melatih pengajar-pengajar Bahasa Inggeris ada yang belajar sehingga ke luar 
negara? 

Kalau PM kita masih dapat menggunakan akalnya seperti dahulu beliau tentu sedar, yang 
perlu diubah bukannya matapelajaran Matematik, Sains atau lainnya tetapi adalah kaedah 
pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Cuba kita renungkan, berapa lama Bahasa 
Inggeris diajarkan. Dari Darjah Satu hingga ke Tingkatan Lima; sebelas tahun. Sebelas 
tahun bukannya satu jangkawaktu yang singkat, satu jangkawaktu yang cukup untuk 
pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Tidak cukup dengan disekolah, di 
Universiti pun Bahasa Inggeris terus diajar sehinggakan matapelajaran lain yang lebih 
penting yang sepatutnya diajar terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada 
matapelajaran Bahasa Inggeris. Apakah jangkamasa sedemikian tidak mencukupi untuk 
anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris? Tidakkah cukup dahulu Inggeris menjajah 
Tanah Melayu sehingga kita sanggup pula membiarkan bahasa mereka menjajah ruang ilmu 
kita dari sekolah hingga ke Universiti? 

Sebenarnya kaedah pengajaran Bahasa Inggeris disekolah kita yang perlu dikaji semula. 
Kurikulum Bahasa Inggeris kita yang perlu dirombak semula. Pakar-pakar dalam bidang 
bahasa ini perlu duduk bersama-sama mengubal kurikulum yang dapat membantu pelajar 
mengusai Bahasa Inggeris dengan baik. 

Pada pandangan penulis (mungkin pandangan penulis salah), mengajar bahasa tidak sama 
seperti mengajar Matematik ataupun Sains. Kita lihat bagaimana kita mengajar anak-anak 
kita menguasai bahasa Melayu. Kita tidak bermula dengan mengajar menulis 
pekataan-perkataan atau nahu bahasa kita tapi kita mula dengan bercakap. Hari-hari 
kita bercakap dengan mereka, kita betulkan kalau salah, kita tambah dengan 
perbendaharaan-perbendaharaan baru dan kita galakkan mereka bercakap walaupun nahunya 
salah atau bunyinya tak betul; pelat mahupun sengau. Begitu juga Bahasa Inggeris, 
penulis rasa kita kena mula ajar dengan bercakap. Penulis rasa pada peringkat sekolah 
rendah penekanan mestilah diberikan lebih kepada percakapan. Bila mereka masuk ke alam 
sekolah menengah barulah kita tumpukan kepada memperbaiki nahu, karangan dsb. Nilai 
lah mereka diperingkat PMR dan SPM tidak di peringkat UPSR. 

Matlamat kita perlulah jelas. Kita hanya hendakkan rakyat kita boleh Berbahasa 
Inggeris bukannya menjadi pakar Bahasa Inggeris sebab tidak semua orang Melayu pakar 
berbahasa Melayu. 

Wallahu’alam. 

tidak_layu. 











______________________
Terbitan : 15 Mei 2002 

 Ke atas  Home 

 

Diterbitkan oleh : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [EMAIL PROTECTED] 
 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke