*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Undang-undang Islam cenderung bebaskan tertuduh
>
> Sunday, May 12 @ 18:31:47 MYT
>
>
> KUALA TERENGGANU, 12 Mei (Hrkh) - Menteri Besar
> Terengganu, Dato'
> Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,
> undang-undang Islam yang
> keras dan menakutkan mempunyai syarat-syarat yang
> terlalu sukar untuk
> dijatuhkan hukuman.
>
> Ini, katanya, kerana undang-undang Islam
> mengutamakan kelonggaran
> untuk tidak menjatuhkan hukuman dengan memberi
> penekanan di dalam
> beberapa perkara seperti mengutamakan bertaubat di
> antara penjenayah
> dengan Allah.
> Jelasnya, syariat Islam menegaskan bahawa bertaubat
> secara ikhlas
> meninggalkan maksiat dengan keazaman tidak
> mengulanginya lagi sambil
> menyesal di atas perbuatan dalam perkara hudud yang
> berkait dengan
> hak Allah adalah lebih afdhal daripada mendedahkan
> diri kepada
> hukuman mahkamah.
>
> "Adapun dalam perkara yang berkait dengan hak
> manusia, maka keampunan
> daripada mangsa atau keluarga terdekat di samping
> membayar diyat
> dalam perkara qisas adalah lebih afdhal daripada
> menjatuhkan
> hukuman," katanya semasa merasmikan Seminar Draf
> Undang-undang
> Jenayah Syariat (Hudud dan Qisas) Terengganu di
> Dewan Besar Wisma
> Darul Iman, di sini, pagi ini. Hadir sama ialah
> Menteri Besar
> Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
>
> Selain itu, katanya saksi yang membuktikan kesalahan
> wajib mempunyai
> syarat-syarat agama dan akhlak yang tinggi.
>
> Menurutnya, pembohongan dalam menjadi saksi dianggap
> dosa besar di
> samping menetapkan bilangan saksi yang bersepakat
> dalam kasalahan-
> kesalahan tertentu dan hukuman yang keras terhadap
> saksi yang bohong
> dan tuduhan tanpa saksi dengan hukum hudud juga.
>
> Di samping itu, katanya hakim yang mengendalikan kes
> hudud dan qisas
> bukan sahaja wajib mempunyai syarat-syarat ilmu
> kehakiman bahkan
> wajib juga dengan syarat-syarat kepatuhan kepada
> agama, akhlak dan
> maruah yang tinggi.
>
> "Hakim sedaya upaya mencari jalan dengan
> pengamatannya dan hujjah
> para wakil (peguam) untuk membebaskan orang yang
> dituduh atau
> sekurang-kurangnya meringankan hukuman kepada
> takzir," jelasnya.
>
> Ini, katanya sebagaimana yang disbdakan oleh
> Rasulullah s.a.w. yang
> bermaksud: hukuman hudud dibatalkan sekiranya
> mempunyai syubahat,
> dan, kesilapan membebaskan lebih baik daripada
> kesilapan menjatuhkan
> hukuman.
>
> Jelas beliau lagi, hukuman hendaklah secara
> bertimbang rasa dengan
> mengambil kira syarat-syarat alat yang digunakan
> secara fizikal dan
> kesihatan dan tidak menjadikan orang lain menerima
> kesan sehingga
> menjadi mangsa seperti anak dan isteri.
>
> Beliau menegaskan bahawa undang-undang Islam
> mempunyai aspek rohani
> (spiritual).
>
> "Perhitungan dosa dan pahala selepas meninggal
> dunia, di mana
> hukumannya menghilangkan dosa, satu perkara yang
> tidak ada dalam
> undang-undang ciptaan manusia dan yang pentingnya
> aspek nakalan mina
> Allah," katanya.
>
> Tambahnya, Islam menolak pengakuan secara paksaan
> dan orang-orang
> yang dipaksa melakukan kesalahan saperti rogol wajib
> diberi hak dan
> perlindungan. Selain itu, katanya penganut agama
> lain tidak dipaksa
> menerima undang-undang tersebut di mana mereka
> diberi pilihan.
>
> "Demikianlah secara ringkas hikmat al tasyri' dan
> beberapa perkara
> tersirat daripada undang-undang Islam," katanya.
>
>
>
>
>
__________________________________________________________________
> Your favorite stores, helpful shopping tools and
> great gift ideas. Experience the convenience of
> buying online with Shop@Netscape!
> http://shopnow.netscape.com/
>
> Get your own FREE, personal Netscape Mail account
> today at http://webmail.netscape.com/
>
>
>
=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
LAUNCH - Your Yahoo! Music Experience
http://launch.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>