*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum.

Di Malaysia terdapat dua syarikat pengendali Takaful iaitu Syarikat Takaful
Malaysia Berhad dikenali sebagai Takaful Malaysia dan Takaful Nasional
Sendirian Berhad(MNI Takaful). Antara perbezaan kedua-dua pengendali Takaful
tersebut adalah Takaful Malaysia tidak menggunakan ejen (menggunakan
kakitangan pemasaran sendiri) manakala Takaful Nasional menggunakan ejen
dalam kegiatan pemasaran masing-masing.

Sebagai pemegang polisi kita perlu memahami TUJUAN kita mengambil polisi
takaful iaitu sebagai Simpanan dan Perlindungan.

Simpanan - Wang yang akan kita dapat balik setelah bertahun tahun menyimpan
+ Dividen.
Perlindungan - Bayaran yang akan kita perolehi sekiranya sebarang mushiban
menimpa kita.

Disinilah terletaknya perbezaan antara Takaful Malaysia dan Takaful Nasional
walau pada hakikatnya kedua duanya menjalankan aktiviti yang sama dengan
diawasi oleh Lembaga Pengawasan Syariah.

Takaful Malaysia lebih kepada simpanan.
Bagaimanapun Perlindungan tetap diberikan tetapi pada kadar minimum.
Kadar perlindungan dan simpanan adalah 10% : 90%

Takaful Nasional mengimbangkan keadaan ini dengan memberikan lebih
perlindungan kepada pemegang polisi. Dalam pada itu simpanan tetap diambil
kira juga.
Dalam tahun pertama dan kedua, kadar perlindungan dan simpanan adalah 90% :
10%
Tahun ketiga, kadar perlindungan dan simpanan adalah 50% : 50%
Tahun keempat dan seterusnya,  kadar perlindungan dan simpanan adalah 25% :
75% hingga matang.

Di Takaful Malaysia :(life)
Bayaran Bulanan : RM100.00
Manafaat Perlindungan sekiranya berlaku mushibah  : mungkin RM25,000.00
sahaja

Tetapi di Takaful Nasional : (life)
Bayaran Bulanan : RM100.00
Manafaat Perlindungan sekiranya berlaku mushibah  : mungkin RM100,000.00.

Nampak sama tetapi berbeza.
Kita perlu fikirkan TUJUAN kita menyimpan???????
Kalau simpan RM100.00 dan nak dapat balik lebih dari itu, lebih baik simpan
kat BANK.

Khidmat nasihat / penerangan yang diberikan oleh wakil Takaful Nasional
adalah percuma.
Setelah panjang berjela memberikan penerangan kepada pelanggan tanpa mengira
tempat dan waktu tetapi pelanggan tidak jadi mengambil polisi. Siapa yang
akan menanggung semua kos yang telah dikeluarkan. (masa, minyak, makan +++).
Wakil hanya mendapat komisyen sekiranya berjaya mendapatkan pemegang polisi
baru. (buat kerja tak ada gaji, closed case baru dapat gaji, itupun untuk
beberapa tahun sahaja)

Di Takaful Malaysia,  Khidmat nasihat / penerangan yang diberikan oleh
kakitangan yang di BAYAR GAJI.
Sekiranya tak closed case pun still dapat gaji. (ada kerja ada gaji, tak ada
kerja pun ada gaji selagi tak berhenti kerja)

Yang mana lebih menguntungkan pelanggan.

Tanya pada diri kita sendiri,
Berapa ramai yang sanggup menghabiskan masa pergi ke kaunter takaful hanya
untuk mendapat penerangan dan khidmat nasihat mengenai Takaful.

Bukan kah mudah sekiranya kita panggil sahaja "Wakil Takaful" untuk
memberikan penerangan kepada kita.

Sekian, semuga penerangan yang diberikan dapat difahami.

Wassalam

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat takaful secara percuma,
hantar email ke [EMAIL PROTECTED] dan nyatakan keperluan anda.



----- Original Message -----
From: "Norhuzaimi Hassan Anuar" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, May 17, 2002 8:42 AM
Subject: RE: H-Net* Fikir dulu sebelum masuk MNI takaful



> Assalamualaikum.............
>
> betul spt yang di perkatakan oleh cikgunik.....konsep MNI Takaful adalah
> sama spt Syarikat Insuran lain yang menggunakan agen yng mana agen akan
> mendapat peratusan dari bayaran bulanan kita. Manakala Syarikat Takaful
> Islam ( Under BAnk Islam ) tiada agen yang mana kita kena bayar di kaunter
> pembyaran. Sebelum nie saya dah masuk insuran konvensional , kalau kita
> berhenti sebelum cukup 2 tahun ( kalau tak silap ) kita akan dpt sedikit
> shaja, manakala Tkaful Islam kita akan dapat ±90% balik biarpun kita baru
> joined sebulan.
>
> Maafkan saya kiranya ada kesilapan ( berdasarkan pengalaman lalu )
>
>  ----------
> From: cikgunik
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Fikir dulu sebelum masuk MNI takaful
> Date: Thursday, May 16, 2002 9:45PM
>
> Assalamuaikum,
> jangan marah dengan tajuk ini..sila baca dengan minda yang terbuka.
>
> Saya telah simpan wang dengan MNI takaful selama hampir 2 tahun, satu masa
> saya tak dapat teruskan simpanan insurans saya lalu..saya minta untuk
> berhenti..jumlah yang terkumpul hampir RM1,500.00. Pihak MNI kata saya
cuma
> dapat balik tak banyak lebih kurang seratus lebih saja..saya pun tengok
> surat perjanjian..betul lah saya cuma dapat 10 % lebih sahaja, tak cukup
> matang.
> Saya terima saja..lupa pula saya nak semak perjanjian masa masuk dulu.Apa
> boleh buat tak ada rezeki saya..bukan saya yang tentu rezeki untuk saya...
>
> Ini berbeza dengan Takaful Bank Islam ( saya tak berniat nak angkat
> sapa-sapa..tapi dah hakikat)..dalam surat perjanjian kita dapat lebih
> daripada 90 %..walaupun berhenti awal...selesa juga.orang kata sebab Takuf
> Bank Islam tak ada agen dan takaful MNI ada agen jadilah macam
> tuuu...waallahhua a'lam(tak tahu pulak saya)
>
> Oleh itu, pada siapa-siapa yang tak jamin dia dapat kosistent ( saya
cadang
> buatlah potonga gaji) bayar kepada MNI, fikir dululah (bukan tak boleh
> masuk)masak-masak...nanti susah pula...
>
> Kepada MNI jangan marah yaa...
> sekian
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Norhuzaimi Hassan Anuar <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zuraimi Buang" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke