*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taufik tidak mahu harapkan apa-apa
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_10.htm
TAUFIK gambar terbaru.
--------------------------------------------------------------------------------
Eksklusif daripada Zulkefli Hamzah di Jakarta
``SEMUA orang akan mati, cuma bila dan di mana kita
tidak tahu,'' itulah reaksi Taufik Abdul Halim ketika
diinterviu di Penjara Salemba, Jakarta Khamis lalu.
Dia ditanya apakah perasaannya nanti jika rayuannya
gagal dan hakim di Indonesia tetap dengan keputusan
hukuman mati seperti yang diputuskan oleh Majlis Hakim
Mahkamah Jakarta Pusat baru-baru ini.
Dalam loghat Indonesia yang pekat dia menjelaskan:
``Sekarang bagaimana ya. Allah sudah takdirkan saya
begini.''
``Saya kena menerima seadanya. Saya tidak boleh
berburuk sangka dengan Allah.''
Taufik kini merengkok di penjara itu sementara
menunggu rayuan hukumannya.
Dia nampak tenang di sebalik wajah yang semakin
cengkung. Bagi pemuda yang berasal dari Kluang, Johor
itu, kehilangan kaki sebelah kanan dan hukuman mati
tersebut sudah suratan takdir.
Kini dia sudah terbiasa hidup tanpa kaki walaupun dia
mengakui dirinya sekarang tidak seperti dulu lagi.
Taufik cedera parah hingga menyebabkan kakinya
terpaksa dipotong selepas bom yang dibawanya meletup
di pusat membeli-belah Plaza Atrium, Jakarta pada 1
Ogos 2001.
Polis Indonesia mengesahkan dia ialah anggota Kumpulan
Militan Malaysia (KMM) yang mempunyai hubungan dengan
kumpulan militan Islam di Indonesia.
Hidup Taufik kini sendirian setelah hampir sembilan
bulan ditangkap.
Tidak seperti kebanyakan tahanan lain di penjara di
Jakarta itu, tiada siapa yang menjenguknya untuk
bertanya khabar atau membawa buah tangan.
Yang datang cuma para wartawan dan peguamnya.
Keluarganya di Malaysia pun seolah-olah mahu
menjauhkan diri. Taufik hanya berhubung dengan mereka
melalui surat, itu pun jarang-jarang sekali.
Menurut sumber, peguamnya juga sukar untuk menghubungi
ahli keluarganya kerana mereka sudah berpindah rumah.
``Saya utus surat sahaja. Mereka tidak pernah datang.
Saya tidak harapkan mereka datang takut nanti saya
akan bertambah sedih.
``Lagipun tidak ada apa yang mereka boleh buat,''
katanya yang mengakui rindu kepada keluarganya.
Menurut sumber berkenaan, e-mel yang dihantar oleh
pasukan peguamnya kepada salah seorang adik Taufik
yang dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di
Malaysia pun tidak berbalas.
Malah rakan-rakan seperjuangan Taufik di Ambon dulu
tidak kelihatan.
``Ya, orang yang berfikiran normal tentunya akan
menjenguk rakannya yang sedang menghadapi masalah,''
katanya semasa ditanya apa perasaannya dipinggirkan
oleh rakan-rakan.
Anak kedua daripada tujuh beradik itu bagaimanapun
keberatan untuk menceritakan kisah lalu terutama
tentang konsep jihad yang menjadi pegangan hidupnya.
Bagi Taufik, apa yang diperjuangkannya selama ini
adalah untuk saudara sesama Islam dan dia begitu
tersentuh dengan apa yang berlaku di Ambon.
``Semua yang berlaku itu sudah menjadi kenangan,''
jelasnya.
Mengenai label teroris yang dikenakan terhadap
dirinya, Taufik segera membantah. Dia mendakwa
bergerak secara individu dan tiada kaitan dengan
pertubuhan lain, satu kenyataan yang jelas cuba
menyembunyikan sesuatu.
Taufik juga seakan-akan putus harapan dengan bantuan
dari Malaysia. ``Saya tidak mahu mengharapkan apa-apa,
kalau mengharap nanti sia-sia sahaja. Begitu fikiran
saya.'' - MINGGUAN
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Everything you'll ever need on one web page
from News and Sport to Email and Music Charts
http://uk.my.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>