*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kalau kita ke pasaraya seperti Giant, Makro, atau
Carefour, biasanya sesak dengan manusia. Antara sebab
nya kerana kemudahan shopping dibawah satu bumbung.

Di Giant Ulu Kelang, terutama weekend, nak parking
pun susah dan nak dapatkan kereta sorong pun susah.
Parking pulak berbayar. Di Carefour Wangsa Maju,
parking free, kereta sorong pun banyak, tapi tak
sepadat Giant. Mungkin kerana kawasannya lebih luas.
Makro pun lebih kurang begitu.

Sebab lain kenapa orang berpusu2 kesana kerana mereka
beranggapan harga2 yg ditawarkan murah sedikit dari
tempat lain.

Dari pemerhatian, memang ada beberapa barang2 yang
diturunkan harga sebagai umpan menarik orangramai.
Tapi jika diperhati betul2, ada pula yang harganya
lebih tinggi. Inilah taktik pemasaran mereka. Oleh
itu perlu waspada. 

Selepas dibuat perbandingan harga beberapa barangan
harian, didapati harga di Giant Supermarket Ulu
Kelang dan sebuah pasar mini berdekatan adalah lebih
kurang sama, malah ada yang lebih murah dari Giant.
Antara barang2 yang dibandingkan ialah; Fabmatic,
softlan, peluntur dobi, minyak masak, susu debu,
sardin, nescafe, beras, milo, susu kotak, ubat gigi,
sabun basuh pinggan, dll. Biskut Jacob di pasar mini
(RM8.99) di Giant (lebih RM10). Harga ikan dan
buah2an jauh lebih mahal di Giant dari harga diluar.

Pasaraya2 besar seperti Giant dll yang sentiasa 
padat dengan pengunjung sepatutnya dapat memberikan
harga yang jauh lebih istimewa. Kalau tidak, tak
berbaloilah mengunjungi kesana kerana terpaksa 
berbaris panjang untuk parking, membayar, dan 
mencari kereta sorong.

Jadilah pembeli yang prihatin.

-- 
_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke