Komen:
Saya bersetuju dgn saranan Pak Lah...
cuma saya kira ianya "too long overdue" iaitu setelah 44 tahun Umno memerintah baru nak ketengahkan isu ini...
TPM: Hentikan diskriminasi -- Syarat berketurunan Cina, boleh berbahasa Mandarin isi jawatan kosong
Oleh: ASUKI ABAS dan AZMAN CHE MAN
KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan semua majikan menghentikan serta-merta pengenaan syarat berketurunan Cina atau berkebolehan bertutur bahasa Mandarin untuk mengisi jawatan kosong.
Timbalan Perdana Menteri berkata, syarat itu adalah satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain serta rakyat yang tidak tahu berbahasa Mandarin.
``Adalah tidak wajar untuk majikan mengetepikan bahasa Malaysia dalam memilih pekerjaan.
``Ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap mereka yang tidak tahu berbahasa Cina dan ia hendaklah dihentikan segera,'' tegas Timbalan Perdana Menteri.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan pelancaran pameran fotografi bertajuk `Hidup Positif, Reaksi Positif Terhadap HIV' di Balai Senilukis Negara di sini hari ini.
Abdullah mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai kritikan pelbagai pihak terhadap sikap segelintir majikan yang mengenakan syarat tersebut kepada pemohon yang ingin mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.
Mereka melahirkan kebimbangan fenomena itu akan menyebabkan kaum bumiputera dianaktirikan dan berlakunya penguasaan kaum tertentu dalam satu-satu bidang pekerjaan.
Antara pihak yang memberikan reaksi ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Ketua Unit Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO, Subahan Kamal yang meminta Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Buruh memandang serius perkembangan tersebut.
Beliau mendakwa, pengambilan pekerja dari satu kaum sahaja juga adalah antara sebab meningkatnya kadar pengangguran di kalangan bumiputera.
Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, majikan tidak seharusnya mengenakan syarat yang boleh menyebabkan bahasa Malaysia diketepikan kerana ia adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam pentadbiran dan pemerintahan negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Latiff Ahmad menyifatkan tindakan segelintir majikan mengenakan syarat berkenaan sebagai melampau.
Beliau berkata, majikan terbabit sepatutnya bersikap realistik dengan sensitiviti kaum di negara ini.
``Setelah 45 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, pemilihan pekerja berasaskan bangsa dan bahasa tidak sepatutnya berlaku,'' katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Latiff berkata, syarat berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin masih boleh diterima kerana boleh dicapai oleh semua bangsa.
_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp
