Agak lama penulis tidak menyumbang analisa isu yang berlaku di negara kira sejak akhir-akhir ini. Ini disebab kesibukkan yang menghimpit diri penulis sejak berpindah ke tempat baru. Banyak isu besar yang melibatkan orang-orang besar negara yang didedahkan sendiri oleh orang yang cuba berlagak besar kepala seperti Zainuddin Maidin bapak munafik nombor satu negara yang bercita-cita besar melobi bagi memastikan dia mendapat tempat di hati busuk DrM.

 

Banyak sudah fitnah dan propaganda jahat yang cuba dicipta agar ianya menjadi satu isu besar di peringkat perdana seperti isu Barua yang menghentam Tg Nik Aziz dan lain-lain isu yang diulang tayang semula bagi memburukkan kepimpinan Pas dimata masyarakat.Tujuannya ialah untuk menarik perhatian menteri perdana supaya mengangkat dia menjadi Ketua Penerangan UMNO serta melayakkan dia mendapat satu kerusi tetap di Parlimen Sungai Petani pada pemilu akan datang bagi menggantikan Daim yang telah didiamkan olehnya

 

Mungkin pada pemikiran Zam, dengan menggunakan segala kumudahan rakyat di RTM bagi memesongkan pemikiran rakyat terbanyak dengan melacurkan etika kewartawanan beliau telah berjaya melumpuhkan reputasi pimpinan-pimpinan pas yang menjadi tonggak kepada pembangkang di negara ini.Beliau fikir rakyat di zaman ICT akan menerima mentah-mentah propaganda jahat yang cuba disemarakkan olehnya.Kegairahan Zam dalam mencipta propaganda jahat akhirnya bertemu buku dengan ruas bilamana dia tersalah menjolok sarang tebuan.

 

Isu " Rahsia Besar" yang cuba dimainkan oleh Zam akhirnya menjerat tengkuknya sendiri.Sehingga rencana ini ditulis nampaknya Zam seperti diserang "stroke" lumpuh seluruh badan tidak bermaya lagi bangun membuat cabaran kepada Ust Taib Azzamudden. Penulis percaya remuk dendamnya perasaan Zam ketika ini akibat dari propaganda jahat yang cuba dimainkannya itu yang menyebabkan dia seolah-olah lumpuh tak terjawab samalah juga perasaan kecewa yang dialami oleh isterinya bila mengetahui dia berlaku curang dengan seorang gadis semasa isterinya terbaring sakit dan hampir lumpuh dulu.Inilah kifarat dosa yang terpaksa dia tanggung.

 

"Rahsia Besar" yang menjerut leher

 

Zam mungkin tidak menjangkakan bahawa Ust Taib akan mengadakan sidang media yang mendedahkan apa isi "Rahsia Besar",yang sebenarnya bukan lagi menjadi rahsia kepada sesetengah orang.Mungkin sebelum ini orang ramai menjangkakan bahawa berita-berita angin yang tersebar yang melibatkan pimpinan negara sebagai palsu kerana tiada sumber atau individu yang mendedahkannya untuk maklumat awam.Bila Zam mencabar Ust Taib supaya mendedahkan isipati "rahsia besar" yang selama ini disimpan olehnya,seolah-olah mengesahkan secara jelas isu yang pernah heboh dulu di laman-laman web dan pernah satu dua isu yang disiarkan secara sepintas lalu di dada akhbar yang mempunyai agenda tertentu semasa Zam menjadi ketua pengarangnya dulu untuk menjatuhkan tokoh tertentu di dalam UMNO seperti Mat Taib , Rahim Tambi Chik dan Abu Hassan.

 

Di antara "Rahsia Besar" yang merupakan perkara yang pernah dirujuk kepada YB USTAZ HAJI.TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB semasa beliau memegang jawatan Imam Besar Masjid Negera ( Ust Taib hanya memberikan pembayang tanpa menyebut nama individu terbabit)Disini penulis memasukkan nama mereka-mereka terbabit supaya kita jelas siapakan dia yang termasuk dalam senarai " Rahsia Besar " itu:

 

1.Masalah Zainuddin Maidin (ZAM) yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis semasa isterinya terbaring sakit dan hampir lumpuh;

 

2.Masalah kesahihan kahwin lari yang dilakukan oleh Mohammad Mohd Taib membabitkan seorang janda di Selatan Thai;

 

3.Masalah tangkapan khalwat Najib Tun Razak dengan Ziana Zain di bilek hotel di Port Dickson (Pegawai penguatkuasa terbabit ditukarkan serta meta);

 

4.Masalah Ruhaini Ahmad bermain kayu tiga dengan isteri orang dan akhirnya menyebabkan perceraian wanita tersebut;

 

5. Masalah Rahim Tambi Chik mempunyai hubungan dengan gadis bawah umur yang bernama Hayati( sehinggakan menyebabkan Lin Guan Eng merengkok dalam penjara akibat memperjuangkan kepentingan gadis ini)

 

6. Masalah Shahidan Kassim mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis yang akhirnya gadis tersebut mengandung dan melahirkan anak hasil hubungan itu;

 

7. Masalah Shahidan Kassim yang menyimpan dan mengadakan hubungan sulit dengan seorang pelajar bawah umur disebuah perumahan mewah ( ditempat Shahidan melakukan perkara sumbang inilah anak Shahidan mati bila terjatuh dari pangsapuri tahun lepas) di Kuala Lumpur;

 

8. Masalah Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, yang mengadakan hubungan sulit tanpa nikah dengan seorang wanita, dan kemudiannya menggunakan kedudukannya untuk menganiaya wanita tersebut;

 

9. Masalah Abu Hassan Omar didakwa mengadakan hubungan sulit dengan iparnya dan melahirkan anak ( anak itu dibinkan dgn nama Abu Hassan Tan Abdullah) dari hubungan tersebut;

10.Masalah Ruhaini Ahmad dan isterinya bersabit daripada pemimpin tersebut mempunyai hubungan dengan wanita lain dan permasaalahan tuntutan perceraian, tuntutan harta sepencarian, nafkah dan lain-lain;

 

11.Masalah Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak ( Noh Omar pernah mendakwa memonton CD yang dirakan ini)yang didakwa oleh isterinya memaksa beliau (isterinya) melakukan hubungan seks diluar tabi'i dan berakhir dengan penceraian;

 

 

Sepatutnya kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada Zainuddin Maidin yang memberikan credit point yang cukup baik kepada pihak pembangkang disaat kita akan menghadapi pilihanraya yang dijangkakan seawal tahun 2003.Tapi orang Munafik yang bersifat seperti anjing tidak layak

mendapat ucapan terima kasih.Kerana bila dia lepas dari tersepit dia akan kembali menggigit tangan orang yang melepaskannya dulu.Itulah sifat anjing Zainuddin maidin yang dipelihara oleh Dr Mahathir Mohamad,hanya tahu menyalak demi seketul tulang bangkai yang busuk.

 

Tok Perang -the return

23.5.2002

Bersambung bahagian II- Bila Puteri UMNO menyelak kain



Do You Yahoo!?
LAUNCH - Your Yahoo! Music Experience

Kirim email ke