*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam Utusan bertarikh 11-Mei-2002:

KUALA LUMPUR 10 Mei - Kerajaan akan menambah bilangan pelajar bumiputera di
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi mengimbangi jumlah pelajar
bukan bumiputera yang terlalu ramai di institusi tersebut sekarang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu juga
diambil bagi memastikan hubungan yang sentiasa rapat antara pelajar
bumiputera dan bukan bumiputera.

Menurutnya, pada masa ini ada di antara IPTS yang mempunyai bilangan pelajar
bukan bumiputera sehingga mencecah 95 peratus daripada jumlah keseluruhan
pelajar mereka.

Katanya, keadaan terasing itu bertambah buruk apabila jumlah pelajar
bumiputera di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semakin meningkat pada
tahun ini.

Sebanyak 22,557 pelajar bumiputera ditawarkan tempat ke IPTA pada tahun ini
iaitu 68.9 peratus daripada keseluruhan tempat yang ditawarkan.


Dalam Utusan 23-Mei-2002:

Untuk kemasukan ke IPTA pada tahun ini yang menggunakan sistem meritokrasi,
sebanyak 32,752 pelajar ditawarkan tempat dengan 68.9 peratus atau 22,557
orang terdiri daripada pelajar Bumiputera.

Pelajar Cina mendapat 26.4 peratus atau 8,665 manakala pelajar India
mendapat 4.7 peratus daripada tempat yang ditawarkan atau 1,530 orang.

Keadaan itu telah mengecewakan beberapa pihak terutama pemimpin kaum India
berikutan kejatuhan mendadak pelajar India di IPTA dari 10 peratus
berdasarkan sistem kuota kepada 4.7 peratus sahaja.

Statistik drpd MAPEN II:_

Jumlah Pendaftaran Pelajar di IPTS      (1999)

Pendaftaran                     Bumiputera              Bukan Bumiputera
Jumlah
Ijazah                   6,017           24,920                  30,937 
Diploma                  44,815                  65,954
110,769 
Sijil                    30,211                  27,736
57,947 
Jumlah                   81,043                  118,610
199,653 


Jumlah Pendaftaran Pelajar di IPTA      (1999)

Pendaftaran                     Bumiputera              Bukan Bumiputera
Jumlah
Ijazah                   97,836                  42,084
139,920 
Diploma                          49,588                  9,891
59,479 
Sijil                    725                     3,551           4,276 
Jumlah                   148,149                 55,526
203,675 

Jumlah Keseluruhan       229,192                 174,136
403,328 


Dari perangkaan yang diberikan, kita diberi gambaran bahawa jumlah pelajar
bumiputera adalah lebih tinggi dari pelajar bukan bumiputera.

Dalam kenyataan Mahathir yang keluar dalam Utusan bertarikh 11-Mei-2002
diatas tidak pula menyebut perangkaan terkini mengenai peratusan
bumiputera/bukan bumiputera di IPTS.

Tetapi terdapat satu faktor lagi yang langsung tidak diketengahkan iaitu
jumlah pelajar bumiputera vs bukan bumiputera yang melanjutkan pengajian ke
IPT luar negara.

Dalam kursus anjuran umno/gpms/btn yang pernah saya ikuti dalam awal tahun
80an ada menyatakan maklumat bahawa jumlah keseluruhan pelajar bukan
bumiputera termasuk di IPTA/IPTS/IPT luar negara adalah jauh lebih besar
dari keseluruhan pelajar bumiputera.

Baru-baru ini bersumber dari seorang kenalan, ada pun jumlah pelajar bukan
bumiputera di IPTS & IPTA TERKINI secara keseluruhan adalah lebih banyak
daripada pelajar bumiputera disebabkan jumlah IPTS dan jumlah pelajar di
IPTS semakin jauh meningkat. Ini belum lagi termasuk bilangan pelajar di
luar negara dimana kaum bukan bumiputera mempunyai fund yang jauh lebih
banyak samada daripada keluarga/yayasan/lain-lain sumber untuk pembiayaan
pelajaran.

Pihak kementerian sepatutnya mengumumkan perangkaan yang penuh termasuk
IPTA/IPTS/IPT luar negara bagi memberi gambaran sebenar.
Kenapa angka sebenar harus di sorok?
Adakah kerana mahu menutupi dasar kerajaan yang masih gagal membantu
bumiputera tidak sepertimana yang dilaung-laungkan?

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke