*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa pengkhianat negara ?
Takkan orang-orang kerdil macam aku ni engko tuduh
pengkhianat negara kot. 
Tu ha tokoh tertinggi dalam salasilah kerajaan negara
yang dikepalai oleh penyangak-penyangak wang rakyat tu
engko nak panggil apa ? Malaikat Wang ? Laksana projek
itu dan ini yang mencekangkan temolok masing-masing
walau projek tersebut tak begitu mendatangkan faedah
yang dapat dimanfaatkan rakyat sebagai contoh Litar F1
Sepang - yang mana aku percaya engko sendiri pun kena
bayar tiket ratusan ringgit untuk menonton perlumbaan
! Mana ada rakyat masuk percuma melainkan def-def
kehormat saja dan jugak penyangak !

Siapa pengkhianat bangsa ?
Tu ha tokoh tertinggi UMNO yang memperjuangkan hak dan
istimewa bangsa bernama Melayu yang dalam agenda
menghapuskan keistimewaan dan hak Melayu itu dan ini,
engko nak gelar apa ? Yang Amat Berhormat Tuan Melayu
? Demi menagih simpati serta sokongan parti komponen
lain dalam BN, UMNO sanggup menggadaikan hak dan
istimewa Melayu dalam pelbagai agenda tuntutan MCA
mahupun MIC. Lihat saja dalam bidang akademi, mana dia
biasiswa anak melayu yang dirasai sedikit masa dulu ?
Kemana menghilangnya kemudahan rakyat tersebut ?
Mengapa sekarang ? Adakah keputusan menghapuskan hak
dan keistimewaan tersebut dibuat oleh Kementerian
Pendidikan Kerajaan PAS ?

Siapa Anjing ?
Engko tahu ke sifat-sifat 'istemewa' anjing yang
sebenarnya. Yang paling utama ialah mematuhi kehendak
tuannya tanpa berfikir panjang demi keselamatan
tuannya dari diganggugugat. Sebahagian yang lainnya
adalah menyalak tak kira waktu, mengejar mangsa tak
kenal musuh sebenar, menggongong dan/atau merampas
tanpa mengetahui hak sebenar, melepaskan nafsu tanpa
peduli sesiapa. Polis Diraja Malaysia lebih tepat jika
dikaitkan dengan sifat yang dinyatakan tersebut.
Adakah PDRM memikirkan terdahulu sebelum bertindak
terhadap suatu arahan yang benar dan palsu ? Adakah
mereka bertindak mengikut lunas undang-undang yang
mereka pikul dibahu mereka ? Apakah motif tindakan
mereka ? Kebanyakkan isu yang terjadi hari ini banyak
menimbulkan tanda tanya dihati pemerhati seperti aku
mengenai ketelusan mereka menjalankan tanggungjawab
dan berkesudahan dengan kesimpulan tersebut - Polis
adalah Anjing Kerajaan ! Di perkuda, di perlakukan
sehina anjing, dan diperlihara dengan sifat
keanjingan.

Overestimating thought ?
Betul. Tak semua kerajaan buat salah ada yang betul
seperti mengadakan infranstruktur serta kemudahan
asas. Adakah PAS serta penyokongnya membantah dan
membangkang sesuatu yang difikirkan baik dan betul ?
Dan adakah dan pernahkah kerajaan BN/UMNO dari dulu,
kini mahupun selamanya menyokong dan membantu PAS/BA
dalam apa-apa usul ? Mengapa berfikiran berat sebelah
? Begini kah yang dikatakan 'intelligent' ? 

Ulama topeng ?
Aku tak nak ulama yang bertopengkan agama untuk
kepentingan politik sendiri macam Hamid Othman, Hamid
Zainal Abidin, Hamid Karzai serta ulamaniak Mahathir
Mohamad. Urusan disebalik tabir ulama tu biar lah
antara mereka dengan Allah. Dikala saudara seIslam
menjerit dizalimi puak kuffar, ulama UMNO berselindung
terketar dibelakang mustakbirin dunia sambil menyokong
memerangi keganasan termasuk baru-baru ini Mahathir
Mohamad mengisytiharkan intifada Palestin adalah suatu
keganasan. Bahkan merestuinya pula dihadapan bapak
keganasan dunia - Bush Laknatullah. Dimana ulama UMNO
ketika Afghanistan bergelut maut dengan tentera
bersekutu kuffar ? Mengapa tak berani mengisytihar
jihad qital pada barisan pertahanan negara yang wajib
dihantar kesana ? Mengapa dikatakan 'mati katak' ? PAS
mengambil inisiatif menghantar bekalan dan bantuan
kepada mangsa pelarian di kawasan-kawasan khemah
pelarian.

Subsidi diberi ?
Engko ni pun satu hal la. Subsidi tu duit sapa ? Duit
rakyat juga. Itu hak rakyat juga. Dah jadi amanah
kerajaan memberi subsidi dan takkan rakyat nak tolak
kot ? Itu pun bagi subsidi sekadar menagih undi rakyat
saja. Bila hasil dituai kerajaan beli pada harga
paling tak munasabah hingga penerima subsidi terpaksa
minta subsidi lain pula tapi tunggu musim PR lagi.

Islamik ?
Islamik ke negara Islam masih ada pusat judi terbesar,
kilang arak terbesar ?? Boleh kah kita sebagai umat
Islam yang mengaku bersyahadah kepada Allah, berjanji
kepada Allah bahawa tiada hukum lain yang wajib
diangkat, dimartabat, disembah, diikut melainkan hukum
Allah membiarkan sahaja kemungkaran berlaku di depan
mata ?? Jawab kalau engko benar-benar dan ikhlas
inginkan kebenaran.

Sekian~
--- shahrom shahril <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Sesungguhnya Kamulah pengkhianat negara apalagi
> bangsa.
> 
> Tak sedar jadi anjing reformasi. Kau tau tak siapa
> yang mendalangi 
> pergerakan reformasi. Engkau orang ni yang diperkuda
> dan diperlembukan. 
> Sahlah mentality engkau orang ni taklah setinggi
> yang engkau orang sangka, 
> you people are overestimating your own intelligent.
> I pity you pathetic lot.
> 
> Buka mata, tak semuanya yang kerajaan buat salah
> atau bathil dan ada juga 
> perbuatan tu tak betul. Engkau nak harapkan orang
> yang mengaku ulama' yang 
> bertopengkan agama untuk kepentingan politik
> sendiri? Mana mereka sewaktu 
> kerajaan hendak membantu saudara Seislam di Palestin
> dan Afghanistan? Mana 
> Mereka? Jangankan suara, berdehem pun tidak. Dayus
> lakhnatullah engkau orang 
> ni.
> 
> Aku dah tak boleh sabar dengan perangai hipokrit
> engkau orang. 
> Subsidi/bantuan ambil tapi di belakang engkau tikam
> balik. ISLAMIK ke 
> perbuatan engkau orang ni.
> 
> JAWAB SENDIRI LAH.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke