*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum...wbt

Pembaca budiman,

Saya tak akan komen dari sudut keagamaan kerana itu bukanlah bidang saya. 
Biarlah orang yg lebih aris lagi yg menjawab dr sudut islam.
Tetapi jika di tanya pendapat saya secara peribadi, inilah komen saya.

Bagi saya, hidup bermadu ini bukan setakat menyakitkan malah seperti 
hempedu.  Dan jika ditambah lagi dgn kes "surrogate mother" ni rasanya tak 
ada perkataan nak mengambarkan kesengsaraan dan pahitnya hempedu itu.  
Mampukah kita hidup berpura-pura, mampukah kita mengadap bayi itu setiap 
hari sedangkan kita tahu hakikat sebenar yg bayi itu dikandung oleh org yang 
asing dlm hidup kita.  Berkongsi suami pun sudah cukup menyakitkan.

Kalau saya, saya tak mampu untuk jadi kuat atau setabah isteri pertama. Tapi 
sekiranya ada wanita yg mampu berbuat demikian dgn ikhlas, saya cukup 
hormat.  Dan sekiranya dr segi islam "surrogate mother" ini dibenarkan, saya 
tiada komen tentang itu.

Dan sekiranya ini berlaku kepada saya, saya lebih rela berpisah (perkara 
halal yg paling dibenci Allah).  Walaupun mungkin pihak lelaki akan berkata, 
setiap wanita yg rela dimadu akan mendapat payung emas.  Biarlah, saya lebih 
rela mendapat payung emas dgn cara saya sendiri.  Kerana pada pendapat saya, 
kalau kita tidak ikhlas, tidak kuat iman rasanya kita lebih byk berbuat 
dosa.

Yg baik itu datangnya hanyalah dar ALLAH, dan yg kurang itu datangnya dr 
kelemahan iman saya.

Wallahualam.

Wassalam.




_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nor nasha shah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke