(on suria .fke.utm.my)

aliasm.vcf was scanned by Interscan Viruswall on suria.fke.utm.my and no virus found.
------------------------------------------------------------------------
Pengalaman Manis di Kursus Bina Negara

Setelah lima hari empat malam berkurung di Kem Bina Negara Meru Klang saya benar-benar
dapat merasakan bagaimana kebimbangan yang amat sangat pihak yang cenderung kepada 
parti
UMNO dari kehilangan kuasa.

Dengan menggunakan nama Melayu kami ditakut-takutkan akan kehilangan segala-galanya 
kalau
Melayu atau khususnya parti UMNO tidak berkuasa lagi.

Walaupun kerajaan BN sendiri telah membuat dasar dan peraturan supaya pensyarah tidak
terlibat dengan politik, tetapi pada pengamatan saya selama berada di Kem Bina Negara
kami seperti dijemput untuk terlibat sama dengan percaturan politik negara.

Mungkin untuk jangka pendek taktik menakut-nakutkan yang digunakan oleh kerajaan BN ini
dapat meraih simpati orang-orang Melayu untuk tidak memberi undi kepada pembangkang,
tetapi untuk jangka masa yang panjang negara kita tidak akan mendapat apa-apa manafaat
darinya.

Saya dapat merasakan kursus seperti ini akan menanamkan rasa tidak senang dan curiga di
hati kita terhadap kaum-kaum lain yang ada di negara ini.

Kadang-kadang terasa pelik juga, di waktu pemimpin-pemimpin kita berucap dan bercakap
perlunya kepada hidup bersatu padu antara kaum tetapi dalam pada waktu yang sama
kursus-kursus yang melebarkan jurang antara kaum terus digalakkan.

Kita tidak boleh selamanya menyalahkan sejarah silam kerana kehadiran kaum Cina dan 
India
ke negara ini. Samada kita mahu atau tidak kita kena berpijak di bumi nyata, kena 
terima
hakikat kaum Cina dan India adalah juga sebahagian dari rakyat di negara ini.

Apapun terjadi, susah dan senang kita terpaksa hidup bersama-sama mereka juga. Kita 
boleh
bersikap tidak peduli antara satu kaum dengan kaum yang lain kiranya kita dapat
membahagikan negara ini kepada tiga negara mengikut kaum-kaum tersebut seperti yang
pernah berlaku kepada India dan Pakistan. Tetapi membahagikan negara ini kepada tiga
negara yang berasingan bukanlah pilihan yang kita semua kehendaki.

Kalau kita mahu hidup bersama di bawah satu negara, mahu tidak mahu semua kaum mestilah
secara bersama dan bersungguh-sungguh memikirkan halatuju negara. Kita tidak boleh
bertindak secara berasingan yang akan menyebabkan tindak tanduk kita akan dipandang
serong dan curiga oleh kaum yang lain.

Satu kerugian yang besar jika kursus-kursus Bina Negara yang diadakan ini bukan untuk
tujuan pembinaan negara tetapi lebih kepada pembinaan Melayu yang hasilnya setiap orang
Melayu yang melalui kursus ini berasa seperti terancam oleh rakan-rakan mereka dari 
kaum
lain.

Di kursus ini semangat kita dibakar untuk mempertahankan kekuasaan Melayu, 
memperkukuhkan
perpaduan Melayu, tolong Melayu, sokong Melayu dan macam-macam Melayu lagi.

Saya tidak fikir adanya orang Melayu kita yang menyokong dan memberi tepukan kepada
Taufik Hidayat ketika beliau menentang Wong Choong Han dalam pertandingan badminton 
Piala
Thomas bulan Mei lepas walaupun kita tahu Taufik Hidayat itu orang Melayu.

Saya juga tidak fikir Goh Chock Tong dapat menebalkan mukanya jika dilihat oleh 
pelancung
asing rakyatnya yang terdiri dari Ahmad, Abu, Ali dan lain-lainnya memenuhi kaki-kaki
lima di Bandar Singapura yang indah dan maju itu dengan meminta sedekah. Malah Goh 
Chock
Tong berasa megah untuk berkata taraf kehidupan orang Melayu di Singapura lebih baik 
dari
kebanyakan orang Melayu di Malaysia.

Untuk memilih pemimpin yang terbaik di kalangan kita, tidak  ada cara yang terbaik 
selain
dari cara demokrasi. Sistem demokrasi dapat menjamin peralihan kuasa dapat berlaku 
secara
aman tanpa kekerasan selain itu ia dapat menjamin hanya pemimpin yang terbaik sahaja
dapat menjadi pemimpin.

Tetapi apabila amalan demokrasi sebenar telah dinoda dan diubahsuai oleh pemimpin yang
berkuasa mengikut kepentingan mereka maka jadilah demokrasi itu sebagai alat untuk
menjamin pemimpin yang memerintah untuk terus berkuasa, bukan lagi sebagai alat yang
membolehkan pemimpin yang terbaik mendapat peluang menjadi pemimpin seperti mana yang
sepatutnya.

Kita tidak nafikan adanya parti politik yang menggunakan agama untuk meraih sokongan
pengundi. Bukan sahaja dalam parti politik, malah ada juga orang menggunakan agama 
untuk
menipu orang untuk memperkayakan diri mereka, ada juga yang menggunakan agama untuk
mendapat kedudukan dan pangkat. Perbuatan menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri
amat dicela oleh Islam.

Penyebab utama sokongan orang Melayu kepada parti PAS pada pilihanraya 1999 bukanlah
kerana penggunaan agama oleh parti itu tetapi tindak tanduk dan beberapa kelemahan UMNO
di masa itu telah tidak disenangi oleh orang-orang Melayu sendiri dan mereka telah
tunjukkan kemarahan mereka itu dengan memberi undi kepada PAS.

 Padahal sebelum itu PAS seperti parti yang tidak dapat bernafas walaupun  kerajaan di
waktu itu lebih liberal di mana ceramah PAS dan akhbarnya jauh lebih bebas berbanding
sekarang.

Ini menunjukkan kekuatan PAS bukanlah kerana penggunaan agama tetapi kerana UMNO telah
banyak buat silap.

Orang yang berkuasa selalunya tidak dapat menerima kelemahan mereka, mereka sentiasa
menganggap diri mereka sentiasa betul dan mereka saja yang boleh memerintah. Dalam
keghairahan untuk mengekalkan kekuasaan dan tidak dapat menerima kekalahan inilah
amalan-amalan demokrasi selalunya dicabuli supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada
mereka.

Cabaran ke tiga Wawasan 2020 secara jelas menyebutkan , mewujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang. Tetapi apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh
kerajaan untuk mendidik rakyat memahami dan menghayati amalan demokrasi. Malah
pemimpin-pemimpin kita sendiri pun tidak pernah menunjukkan kematangan berpolitik. Di
satu ketika Hang Tuah tidak sanggup membunuh Hang Jebat yang tidak berkeris walaupun 
Hang
Jebat telah menyerahkan dirinya kepada Hang Tuah. Begitulah kematangan 
pahlawan-pahlawan
Melayu. Mereka lebih rela kalah dibunuh oleh musuh dari membunuh musuh yang tidak
bersenjata.

Penggunaan jentera kerajaan oleh parti pemerintah untuk kempen parti mereka, menyekat
parti-parti pembangkang untuk berkempen melalui media-media perdana, menyekat
ceramah-ceramah dan akhbar-akhbar parti pembangkang adalah merupakan contoh-contoh
tindakan yang bertentangan dengan akhlak demokrasi itu sendiri. Di manakah wujudnya
keadilan dalam satu pertandingan jika kita berlawan dengan musuh yang telah diikat
kakitangannya.

Selama pemimpin kita sekarang ini bertindak wajar, mungkin rakyat tidak menghadapi
apa-apa masalah. Tetapi jika tiba-tiba pemimpin yang memerintah bertindak di luar
kewajaran, sudah tentu di waktu itu kita tidak ada peluang lagi untuk menukar pemimpin
tersebut kerana semua sistem demokrasi yang ada telah diubah suai bagi mengekalkan 
kuasa
beliau untuk selamanya.

Kita tidak mahu menjadi seperti rakyat Soviet Union pada masa dulu dan rakyat Singapura
pada hari ini di mana demokrasi hanya tinggal menjadi lambang. Akhirnya rakyat mereka
hidup seperti robot yang segala kehidupan mereka telah diprogramkan oleh pemerintah.

Pemimpin yang mementingkan ras dan tidak mengambil peduli kaum lain selain kaumnya
sendiri adalah pemimpin yang tidak baik. Serb dan Israel adalah contoh bangsa yang 
telah
dipulaukan oleh dunia hari ini kerana ketaksuban mereka kepada bangsa mereka. Tidak
mungkin kita boleh hidup aman damai bersama dengan bangsa yang mempunyai pemikiran
seperti Serb dan Israel ini.

Di dalam sistem demokrasi tulin pemimpin yang tidak baik tidak akan dapat peluang untuk
dipilih menjadi pemimpin. Sebaliknya pemimpin yang terbaik tidak kira dia berbangsa apa
pun akan tetap terpilih menjadi pemimpin kita.

Pemimpin seperti Lee Lam Thye, Nik Aziz Nik Mat, Mahatma Ghandi, Abraham Lincoln adalah
contoh-contoh pemimpin yang memiliki sifat luhur dan perikemanusiaan yang tinggi. 
Mereka
adalah pemimpin yang dikasihi oleh pengikutnya tanpa mengira kaum. Mereka adalah contoh
pemimpin yang dapat melepasi sempadan kaumnya sendiri. Setiap kaum yang berada di bawah
kepimpinan mereka ini akan terus berasa selamat dan hak mereka dijaga dan dihormati.
Pemimpin yang mempunyai kualiti seperti inilah yang kita kehendaki untuk memimpin 
negara
seperti Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum ini.

Hanya sistem demokrasi tulin sahaja yang dapat menjamin orang yang mempunyai kualiti 
yang
disebutkan di atas berpeluang untuk dipilih menjadi pemimpin negara kita ini. Oleh itu
demi kebaikan masa depan negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk
memastikan demokrasi yang kita amalkan ini tidak dicabuli oleh sesiapa pun.

Mempertahankan kepimpinan Melayu di abad ke 21 ini bukanlah menjadi perkara yang lebih
utama kepada kita semua. Tetapi yang patut sentiasa menjadi keutamaan kepada kita 
rakyat
Malaysia hari ini ialah mempertahankan hak-hak demokrasi yang sebenar, tidak 
membenarkan
demokrasi diubah mengikut selera pemerintah. Kerana inilah satu-satunya mekanisma 
terbaik
untuk melahirkan pemimpin terbaik untuk negara kita.

Kalau kita benar-benar sayangkan negara kita, bangsa kita, hak kita maka peliharalah
demokrasi dari dicabuli. Wallahulam.

begin:vcard 
n:Mohd Yusof;Alias 
tel;fax:07-5566272
x-mozilla-html:TRUE
org:Universiti Teknologi Malaysia;Kejuruteraan Elektrik Kuasa (POWER)
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:Pensyarah
adr;quoted-printable:;;Fakulti Kejuruteraan Elektrik=0D=0A81310 UTM Skudai=0D=0AJohor Bahru=0D=0AJohor;;;;
fn:Alias Mohd Yusof
end:vcard

Kirim email ke