*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
 
Tell me when this page is updated 

     Laman M@RHAEN dapat diakses drp: http://marhaen0.tripod.com/ - 
http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - 
http://marhaen3.tripod.com/ -  http://e-umno.tripod.com/ 

--------------------------------------------------------------------------------
TANYA SAMA ITU MALUAN - 1
Bagaimana dengan tanah rizab Melayu? 
Oleh Dr Nologareng 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_drnologareng48.html

--------------------------------------------------------------------------------

Mahathir bersama para jongosnya bermatian mendakwa Umno sebagai sebuah parti yang 
memperjuangkan Ketuanan Melayu. Ini adalah retorik dan juga senjata sentimental bagi 
mempertahankan kedudukan mereka sebagai sebuah parti yang kini bertaraf ikan bilis dan 
terpinggir. 
Menurut sejarah jatuh bangun politik di mana-mana juga bahagian dunia, 40 tahun adalah 
tempoh ranum untuk sebuah kerajaan itu jatuh dan tersungkur. Itulah yang telah berlaku 
kepada parti Kongres(1) di India, Parti Golkar di Indonesia dan juga Parti LDP di 
Jepun. Setakat mana UmnoBn dapat bertahan di Malaysia bergantung kepada selama mana 
berjaya ia menipu dan memutar-minda orang Melayu yang masih menganuti fahaman Umno! 
(terutamanya 2000 penyamun yang saban tahun bersidang) 

Tanah adalah suatu aset yang bukan sekadar mempunyai nilai harta bahkan ia 
menggambarkan maruah seseorang atau sesuatu kaum. Keamanan mustahil dapat diujudkan di 
Palestin selagi maruah mereka yang berupa tanah tempat tinggal yang telah dirampas 
Zionis Israel tidak dikembalikan. Mereka sanggup mengubah hala perjuangan dengan  
penubuhan skuad ‘pengebom relamati’ yang berhubungkait dengan kebebasan dan maruah 
bangsa dan Agamanya. Perkembangan terakhir yang mengejutkan di Palestin ialah kelompok 
Kristian Koptik juga sudah mula menubuhkan unit ‘matyrdom’ sebagai tindakbalas 
terhadap kekejaman Israel sehingga sanggup mencemar Gereja Nativity sebagai sebuat 
tempat lahir Nabi Isa a.s. 

Malaysia yang terjajah selama 400 tahun lebih telah kehilangan sumber yang amat banyak 
kepada Inggeris. Segala hasil mahsyul yang terdiri dari produk pertanian,galian dan 
cukai yang dikenakan telah dipersembahkan kepada Empayar Ratu yang asalnya berupa 
sebuah negara kepulauan sahaja.Suatu ketika mereka pernah menguasai empayar yang 
merangkumi separuh dari bumi ini - akibat putarbelit minda! 

Apa sahaja aktiviti rakyat dicukaikan. Segala keistimewaan disauk mereka dan dibawa 
pulang sebagai persembahan kepada baginda Ratu yang bermata biru.Rakyat dan Raja-raja 
di negara terjajah ketika itu hanya menjadi hamba dan boneka untuk diperkuda bagi 
memperkayakan Tuan-tuan yang menjadi wakil Ratu. 

Beberapa insiden yang tercatat dalam sejarah negara oleh kebangkitan Pahlawan dan 
Pejuang Melayu telah digambarkan sebagai pengkhianat dan penjahat oleh kerajaan 
penjajah Inggeris. Ketika itu warta dan perkhabaran semasa menggelarkan Pahlawan 
kebanggaan Melayu seperti Mat Kilau dan Datok Bahaman sebagai golongan terbuang, 
anti-pembangunan dan pengkhianat kepada negara. Hanya setelah kerajaan bertukar kepada 
anak watan barulah sejarah diperbetulkan dengan mereka dihormati sebagai PAHLAWAN 
BANGSA. 

Begitu juga sejarah perjuangan pahlawan lain-lain bangsa seluruh dunia seperti Nelson 
Mandela, Mahatma Ghandi, Jose Rizal dan Soekarno. Semuanya berhubung-kait dengan 
tanahair sekaligus menggambarkan perjuangan untuk maruah bangsa. Tanah adalah sinonim 
dengan perjuangan dan ketuanan. Malangnya negara kita kembali menyusut ke belakang, 
terjajah sepertimana zaman Inggeris - cumanya kini mereka bermata coklat dan berkulit 
sawo matang sama seperti kita. 

Hakikat penyusutan dan pengecilan tanah Rizab Melayu bukan lagi suatu omongan, bahkan 
ia adalah hasil gerakan secara terancang yang bertopeng di sebalik kemajuan dan 
pembangunan. Ini akan lebih mudah difahami apabila kita menyingkap kembali laporan 
Hansard Parlimen yang menyentuh janji seorang wakil rakyat yang kemudiannya dikenali 
pula sebagai UltraMelayu. Sebagaimana Ultraman yang hanya berjaya memperdayakan 
kanak-kanak, UltraMelayu ini juga kini hanya dipercayai oleh minoriti Melayu yang 
masih lagi kecerdasan otaknya setara kanak-kanak. 

“Mahathir @ UltraMelayu telah memperakui bahawa kedudukan Istimewa orang Melayu adalah 
sesuatu yang memalukan sepertimana taraf India Merah di Amerika. Ia berjanji untuk 
menghapuskannya pada suatu hari nanti”….Mahathir mengotakan janjinya!!! 

Sepanjang dua dekad pemerintahan Mahathir Marhaen Melayu dapat melihat dengan jelas 
bagaimana tanah rizab Melayu telah berkurangan dengan drastik ekali. Dua puluh tahun 
lalu jumlahnya sekitar 9 juta hektar termasuk tanah kampung, dusun dan sebagainya. 
Kini jumlah itu mengecil kepda hanya sekitar 3 juta hektar. Dalam tempoh menjelang 
tamatnya Dasar Ekonomi Baru DEB, tanah rizab itu menghakis sehingga hampir 70% tanpa 
diganti. Ada desas-desus yang mengatakan kerajaan telah menggantikannya di tempat 
lain. Namun tentu sahaja ia mengalami kekurangan nilai hartanah yang ketara. Bayangkan 
tanah sekitar Alor Setar diganti dengan kawasan di sekitar Ulu Sik!? Ataupun mungkin 
ianya hanyalah kenyataan kelentong sahaja. Ingat…Mahathir kan Raja kelentong!!! 

Antara tanah Melayu yang masyhur dirampas secara perundangan ialah kawasan sawah 
sekitar Kerpan yang merupakan usahasama antara Kerajaan negeri dan syarikat Ben Ladin 
dari Arab Saudi untuk projek Kolam udang galah. Lain-lain Tanah Rizab yang diambil 
ialah kawasan Empangan Beris yang sedang dibina di Sik Kedah dan Felda Labu Johnson 
yang urusan jualbelinya banyak diwarnai oleh penipuan dan penganiayaan dengan 
menjadikan tuan tanah tertipu oleh janji-janji manis pemimpin Umno dan pemaju tanah. 
Lihat pula Langkawi yang begitu pesat membangun, bukan lagi menjadi milik rakyat 
tempatan terutamanya orang Melayu. Sebahagian besar Pulau-pulau kecil yang membentuk 
gugusan kepulauan Langkawi sudah difaraid kepada anak Mahathir. Yang lainnya diserah 
kepada Taukeh Cina kroni dan proksinya. Manakala anak muda Melayu pula sudah tercemar 
dengan budaya kuning dan minuman keras yang boleh didapati dengan mudah dan murah. 

Sekiranya Perwakilan Umno adalah orang Melayu yang prihatin tentang nasib bangsa dan 
survival zuriatnya, tentu sahaja ini adalah ketika yang baik untuk menyoal secara 
terbuka. Bukan sekadar berkumpul untuk mendengar pandangan dan sajak hapraknya!! 

Dr Nologareng - 10.06.2002

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~ 

   
 
   

 
  

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke