*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~Salam.

Syaikh,

kalau boleh tlg sertakan rujukan2 yg digunakan (jika ada) dan juga dalil2.

Wslm.

>From: "IBN- RAHMAN" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [islah-net] Muzik
>Date: Wed, 12 Jun 2002 17:53:43 +0800
>
>Salaamun ala manit taba'al huda,
>
>Muzik ditakrifkan sebagai bunyi yang mengalunkan irama yang sangat merdu 
>dan
>sedap didengar malah menyenangkan
>Keindahan ini di jelmakan dalam pelbagai cara, sebahagian yang lain pula
>dinikmati secara melihat dan ada juga yang dinikmati dengan menggunakan
>pancaindera yang lain.
>
>Seni muzik dan keagamaan mempunyai kaitan yang sangat rapat serta
>kepercayaan dalam bidang seni yang lain.
>
>pada zaman dahulu, semua orang memuja tuhan mereka dengan membaca mantera
>dan kandungan mantera itu mempunyai pujian dalam kata-katanya indah dan
>dibaca dengan suara yang merdu dan mendayu-dayu. Di sinilah lahirnya seni
>suara.
>
>Seni Muzik Sebelum Dan Selepas Kedatangan Islam
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Sebelum kedatangan Islam, orang Yahudi yang mendominasi seni mezik ini.
>Tokoh muzik yang paling terkenal pada masa itu ialah Phytagoras. Ada
>pendapat mengatakan bahawa seni muzik mempunyai perkaitan dengan kuasa 
>ghaib
>dan mereka percaya yang seni muzik yang menimbulkan jin atau semangat.
>Setelah kedatangan islam, seni muzik yang mempunyai perkaitan dengan 
>perkara
>yang melanggar syariat islam akan diharamkan. menurut Imam Ghazali, Muzik
>yang melalaikan pendengar daripada tanggungjawab agama adalah diharamkan.
>
>Apakah Hukum Nyanyian Dan Muzik Dalam Islam
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Persoalan ini sering kedengaran di kalangan orang ramai. Ia merupakan satu
>persoalan yang mempunyai jawapan yang berbeza di kalangan kebanyakkan umat
>Islam.
>Ada kumpulan yang memasang telinga untuk mendengar semua bentuk nyanyian 
>dan
>muzik dengan alasan bahawa ia adalah perkara yang halal dan dibenarkan oleh
>Allah untuk dinikmati.
>
>Ada kumpulan yang menutup radio atau menutup kedua-dua telinga apabila
>mendengar nyanyian dengan alasan ia merupakan seruling syaitan dan hiburan
>yang memesongkan. Lebih-lebih lagi penyanyi wanita .Muzik adalah perkara
>yang di haruskan serta ia banyak melibatkan unsur perasaan manusia yang
>menceritakan tentang kasih sayang dan percintaan. Ada kumpulan yang ketiga,
>adakalanya berpihak kepada kumpulan pertama dan ketika yang lain mereka
>kelihatan bersama kumpulan yang kedua. Kumpulan ini sentiasa menunggu
>jawapan yang betul dari ulama.Nyanyian merupakan ungkapan kata-kata,
>sekiranya ia dipenuhi dengan unsur kebaikan, ia adalah baik tetapi 
>sekiranya
>dipenuhi dengan unsur kekejian, ia adalah keji. Kata-kata yang mengandungi
>unsur-unsur haram, maka haramlah. Walaupun para ulama telah berpakat dalam
>soal ini tetapi mereka tetap berselisih pendapat.
>
>
>Beberapa Syarat Yang Perlu Di Jaga
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Walaupun jelas kepada kita bahawa hukum nyanyian adalah harus tetapi
>terdapat beberapa syarat yang perlu di jaga :
>
>Kandungan nyanyian itu hendaklah selari dengan akhlak yang ditunjukkan oleh
>ajaran islam. Oleh itu, lirik-lirik yang menyalahi ajaran islam tidak di
>haruskan.
>Cara penyampaian juga perlu di beri perhatian. Ini kerana ada ketikanya
>kandungan atau isi sebuah lagu tidak terdapat lansung unsur-unsur keji dan
>salah tetapi cara penyanyi menyampaikan lagu adalah salah.
>Hendaklah dipastikan nyanyian itu tidak disertai debgan perkara haram
>seperti meminum arak, berhias secara melampau atau berlakunya pencampuran
>lelaki dengan perempuan tanpa ada sebarang batasan.
>Hendaklah tidak keterlaluan dalam berhibur dengannya. Ini kerana nyanyian
>merupakan antara perkara yang diharuskan kerana melibatkan perasaan manusia
>dan kasih sayang.
>
>Nyanyian Dalam Realiti Umat Islam
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Bagi sesiapa yang melihat hal ehwal umat Islam dan merenung realiti
>kehidupan mereka, dia akan mendapati tiada pertentangan antara peribadi
>seorang muslim yang berpegang teguh dengan tuntutan agama dengan
>bunyi-bunyian yang indah sebagai satu halwa telinga. Ini kerana telinga
>seorang muslim biasanya mudah terkesan dengan irama yang indah. Irama ini
>merupakan suatu kelazatan dan hidangan untuknya setiap hari.
>Azan sebagai contoh, ia sebenarnya laungan yang dialunkan dengan suara yang
>merdu sebanyak lima kali sehari.
>
>Hal yang sama juga berlaku dalam perhimpunan keagamaan. Kebiasaannya ia 
>akan
>dihiasi dengan dendangan irama indah serta di alunkan dengan suara yang
>merdu yang mampu menyentuh perasaan dan menggoncang hati.
>
>Pada zaman dahulu umat islam telah mencipta pelbagai jenis halwa telinga
>untuk merehat dan menceriakan hidup mereka terutamanya di kawasan-kawasan
>kampung.
>
>Seni al “mawawil” merupakan satu nyanyian umum yang boleh
>dinyanyikan oleh sesiapa sahaja. Ramai yang berkumpul untuk mendengar
>nyanyian yang didendangkan.
>
>Kebanyakkan nyanyian tidak menggunakan alat muzik dan sebaliknya alat muzik
>yang digunakan ialah “Al-Atgu’l”
>
>Nyanyian juga dinyanyikan pada hari perayaan dan keramaian dalam situasi
>bergembira seperti perkahwinan, sambutan ulang tahun, hari jadi, majlis
>berkhatan.
>
>Perkara Yang Menyebabkan Nyanyian Di Haramkan
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Sekiranya pendengar adalah seorang lelaki, manakala penyanyi adalah seorang
>wanita yang bukan muhrimnya dan di takuti akan menimbulkan fitnah.
>Sekiranya alat yang di gunakan merupakan syiar kumpulan peminum arak atau
>golongan pondan seperti seruling, alat muzik yang bertali dan tabla yang
>berkubah. Inilah tiga jenis alat muzik yang di tegah.
>
>Sekiranya terdapat perkataan yang keji, menghina, pendustaan ke atas ALLAH,
>rasulnya atau menghina para sahabat sama ada menggunakan alat muzik atau
>tidak, maka ia adalah keharaman.
>
>Sekiranya pendengar merupakan seorang yang tidak dapat mengawal nafsu
>syahwatnya dan mungkin terjadi apabila seorang yang peringkat remaja bahawa
>mereka tidak boleh membayangkan sesuatu perkara yang boleh membangkit
>nafsunya.
>
>Mesir
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Di Mesir, upacara ibadat mestilah disertakan dengan nyanyian. Semua 
>kumpulan
>muzik dan para penyanyi berkhidmat dengan tuhan Amun. Antara alat muzik 
>yang
>digunakan ialah muzik bertali seperti gambus, serunai dan gendang.
>Sebenarnya mereka belum mengetahui nada lagu.
>
>
>China
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Di negeri China, muzik mempunyai pengaruh yang besar. Semua raja China
>memberi perhatian kepada lagu-lagu kerana percaya bahawa muzik memberi 
>kesan
>kepada para pekerja.
>
>
>India
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Di India, muzik tidak berkembang lansung kecuali selepas kedatangan Islam.
>Di Parsi, perkembangan muzik tidak banyak yang dikesan kerana muzik telah
>bertukar ke muzik arab. Irama asli arab dalam nyanyian berkenaan masih
>dikekalkan.
>
>------------------------------------------------------------------------
>
>Antara tokoh yang paling awal dalam bidang nyanyian dan muzik ialah Ahmad
>Ibn Usamah Al-Hamdani. Beliau bertanggungjawab membawa pembaharuan daripada
>irama klasik jahiliah kepada satu bentuk baru.
>Ma Kiu Kao merupakan seorang penggubah muzik yang telah memberikan 
>sumbangan
>pada zaman pemerintahan Dinasti Yuan. Gubahannya yang terkenal ialah
>bertajuk Tai Ping Yaun Fu ( muzik istana ). Dalam bidang muzik, alat-alat
>muzik orang Islam di Turkestan seperti Hu Chin telah diperkenalkan di 
>negeri
>China dan mendapat kedudukan yang utama dalam muzik negeri China
>
>
>so tepuk dada tanyalah iman,,,
>
>Jazakumullahu Khairal Jaza',
>Salaamullahi Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh.
>Ibn Rahman
>
>
>
>_________________________________________________________________
>Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com
>


_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
Will You Find True Love?
Will You Meet the One?
Free Love Reading by phone!
http://us.click.yahoo.com/Deo18C/zDLEAA/Ey.GAA/wpWolB/TM
---------------------------------------------------------------------~->

///// JIM-IT: Peneraju Dakwah Digital http://www.jim.org.my
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]

Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
 

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke