Assalamu'alaikum

Berita ANN (Al-Ahkam Network News - http://ann.al-ahkam.com.my)

Syahid 9 Palestine, diantara mereka 5 kanak-kanak
(استشهاد 9 فلسطينيين بينهم 5 أطفال)

URL : http://ann.al-ahkam.com.my/cgi-bin/ann/viewnews.cgi?category=3&id=1024715925
Satu lagi kroni Al-Ahkam Online (http://al-ahkam.net)

---------

Palestine - IslamOnline.Net - 21-06-2002


[Mereka membawa Mayat syahid Palestine di Gaza]

9 Palestine mati syahid dan diantara mereka 5 kanak-kanak, dan mencederakan 13 yang lain didalam operasi meluas pasukan Israel keatas atas beberapa bandar-bandar Palestine di Tebing Barat dan Sektor Gaza.

Pada hari Jumaat 21-06-2002 seorang askar Israel terbunuh dan 3 pekerja kilang berdekatan dengan Iris, diantara Israel dan sektor Gaza turut terkorban.

وقال أحد العمال الفلسطينيين في المنطقة لوكالة الأنباء الفرنسية: إن جنود الاحتلال اعتقدوا أن أحد الفلسطينيين يحاول أن يلقي باتجاههم قنبلة يدوية فأطلقوا النار بكثافة على العمال في المنطقة؛ مما أدى إلى استشهاد ثلاثة منهم، من جانبه أكد الدكتور معاوية حسنين مدير قسم الاستقبال والطوارئ+ في مستشفى "الشفاء" في غزة أنهم تسلموا جثث الشهداء الثلاثة.


Berkata salah seorang pekerja di kawasan tersebut kepada AFP : Askar penceroboh percaya bahawa orang Palestine itu cuba membaling 'bom tangan' (hand grenade) kearah mereka, lalu [askar Israel] melepaskan tembakan yang bertubi-tubi kearah pekerja-pekerja dikawasan ini! Ia telah mengakibatkan 3 orang mati syahid. Dr Mu'awiyah Hassanain, pengurus bahagian penerimaan Hospital Syifa' di Gaza mengesahkan telah menerima 3 mayat syuhada'.

Di pihak lain pula .... sumber pihak Berkuasa Palestine mengesahkan beliau mendengar tembakan bertubi-tubi selama 10 minit didalam kawasan perkilangan yg dibawah jagaan Rumah kawalan Israel - mengambarkan bahawa pasukan penceroboh telah menutup seluruh tempat berikut. Dinyatakan juga bahawa orang-orang Palestine bekerja dikawasan kilang ini tiap-tiap hari.

Di Selatan Gaza ... seorang kanak-kanak telah syahid pada pagi Jumaat, Abdul Samad Shamlakh, 5 tahun, akibat dari tembakan dikepala bersama bapanya dan ahli keluarga yg menghadapi kecederaan. Sejumlah 7 warganegara telah cedera dan diantaranya seorang ibu dan 3 orang anknya selepas Pasukan Penceroboh Israel membuka tembakan kearah orang-orang di Kawasan Sheikh 'Ajalain, Selatan bandar Gaza.

Sumber keselamatan Palestine dan saksi (Natsarim) mengesahkan bahawa pasukan penceroboh menggunakan pertolongan kereta kebal memecah masuk kedalam kawasan yg diduduki di Kawasan Sheikh 'Ajalain, Selatan Gaza, dan menyerang rumah keluarga AlAuwda.

Pasukan penceroboh juga telah membuka tembakan yg bertubi-tubi kearah warganegara keatas kumpulan Syuhada' di kawasan perairan yg berdekatan kerana mereka cuba melintasi kawasan tersebut.

Berkata sumber Palestine : Krew wartawan kapada Agensi Associated Press berada dikawasan tersebut, dan askar israel telah menembak dan mencederakannya.

4 kanak-kanak mati syahid


[Israel memecah masuk ke bandar Tebing Barat & Gaza]

وفي جنين.. استشهد ثلاثة أطفال ورجل مسن الجمعة خلال تبادل لإطلاق النار بين جنود إسرائيليين وفلسطينيين مسلحين في جنين بشمال الضفة الغربية، وقالت مصادر طبية فلسطينية: إن الطفل جميل غزاوي - 12 عاما- استشهد في مكان ليس ببعيد عن المكان الذي قتل فيه شقيقه أحمد غزاوي - 6 أعوام- إثر إصابته بشظايا قذيفة دبابة.


Di Jenin, 3 kanak-kanak dan seorang lelaki pada hari Jumaat telah syahid semasa pertukaran tembak-tembakan diantara askar Israel dan askar Palestine di Utara Jenin, Tebing Barat. Berkata sumber perubatan Palestine: kanak-kanak ialah Jamil Ghazawi - 12 tahun, syahid di kawasan yg tidak jauh dari tempat terkorbannya adiknya, Ahmad Ghazawi - 6 tahun, setelah terkena serpihan bom tembakan kereta kebal.

Jumlah yg diumumkan oleh sumber perubatan Palestine ialah kanak-kanak berjumlah 13 orang yg terbunuh dan 5 orang ahli keluarga tercedera pada malam Khamis 20-6-2002 setelah letupan yg dilakukan oleh askar Israel terhadap sebuah rumah kosong yang berhampiran dengan rumah mereka. Sumber Pasukan Keselamatan menyatakan bahawa 10 orang telah ditahan di bandar Jenin dan 1600 yang lain ditahan berdekatan dengan kawasan kem pelarian semenjak pencerobohan yg berulang kali pada hari Rabu 19-06-2002, setelah Operasi Jihad (berani mati) yg dilaksanakan di Jerusalem pada hari Selasa 18-06-2002 yg mengakibatkan 19 kematian. Di Nablus.... 10 kereta kebal dan kereta perisai telah memasukinya pada subuh Jumaat dibandar timur setelah beberapa jam serangan yg dilakukan oleh Palestine yg membunuh 5 Israel.

Askar Israel telah meneruskan pencerobohan pada Khamis 20-6-2002 keatas 5 buah bandar autonomi di Tebing Barat.

sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2002-06/21/article64.shtml

wassalam

-terjemahan oleh : kamin-



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Kirim email ke