*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
E-Makalah Bil 20 23 Jun 2002 - Perisian Sumber Terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang minggu ini penulisan Haris banyak memperkatakan tentang
perisian sumber terbuka (PST) atau open source software (OSS).

OSS/PST http://www.opensource.org/ pada mulanya adalah usaha
seorang individu menentang sekatan oleh syarikat-syarikat komputer
pada awal tahun 1990'an yang menghalang perkongsian kod-kod
perisian komputer antara pembangun sistem komputer terutamanya
dalam sistem unix.

Pergerakan yang pada mulanya hanya usaha seorang individu yang
mahu menulis semula semua perisian yang ada di dalam Unix,
kemudiannya menjadi satu usaha yang besar yang melibatkan pelbagai
individu dan organisasi seluruh dunia.
Anda boleh rujuk laman http://www.dwheeler.com/oss_fs_why.html .

Ia terus berkembang menghasil sistem operasi ia sendiri seperti Linux
http://www.linux.com/ dan Hurd http://www.gnu.org/software/hurd/hurd.html ,
perisian pejabat seperti Open Office http://www.openoffice.org/ ,
Perisian pelayaran Internet seperti Mozila http://www.mozilla.org/
dan pelbagai lagi perisian yang anda boleh cari dalam satu kemudahan
berpusat untuk pembangunan OSS/PST di
http://www.sourceforge.org/ .

Kita tidak boleh lari daripada menerima hakikat kesan positif yang
dihasilkan oleh pergerakan ini. Kita sebagai pengguna mendapat
perisian yang bermutu dan berkualiti dengan harga yang rendah
iaitu percuma. Mungkin ia sukar diterima bagi perisian yang sepatutnya
perlu dibayar dengan harga beribu ringgit tapi kenyataannya diberikan
secara percuma oleh pergerakan ini.Itulah hakikatnya.

Perisian yang disebut diatas tadi anda boleh dapati dengan percuma
malah beribu-ribu perisian OSS/PST anda boleh dapati dengan percuma
dengan hanya mencari di laman http://www.sourceforge.org/ .
Laman ini pula menyediakan perbandingan antara perisian OSS/PST
dan perisian yang perlu dibayar http://microsoft.toddverbeek.com/ .

Terlalu banyak data dan kenyataan yang positif dan sihat tentang
opensource. Saya percaya kita sepatutnya mula mencuba
perisian-perisian OSS/PST malah menggunakan ia terus dalam komputer kita.

Sila lawat laman http://www.geocities.com/mysig2020/altersoft.html
untuk melihat apa lagi yang anda boleh lakukan untuk usaha ini
sebagai pengguna komputer dan Internet Malaysia.

Bagi anda yang berminat dengan usaha penterjemahan antara muka
perisian sumber terbuka ke bahasa melayu. Sila rujuk laman
http://l10n-my.tripod.com/ untuk melihat beberapa projek penterjemahan
yang anda boleh sertai.

Projek Singa Emas yang paling memerlukan tenaga kerja
sukarela diharapkan bagi anda yang berminat sila lawat laman
Singa Emas di http://oo-l10n-my.sourceforge.net/
dan daftar menjadi ahli.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai bengkel asas perisian sumber
terbuka seperti Linux dan PHP, boleh menyertai bengkel-bengkel yang
dianjurkan oleh Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
http://www.mysig.org.my/ Jadual latihan
http://www.mysig.org.my/schedule/schedule_archive.asp

Sudah tentunya anda perlu menyokong senarai direktori laman terbuka
di Internet http://www.dmoz.org/ . Data-data dalam direktori ini turut
digunakan oleh enjin pencari seperti Google http://www.google.com/

===========

Setakat ini sahaja buat kali ini. Harapan, sesuatu yang baik
dapat digunakan oleh saudara/i semua. Walau bagaimana pun,
saya tidak dapat bertanggungjawab kepada sebarang masalah
yang timbul langsung atau tidak langsung hasil daripada penulisan
ini. Situasi dan keadaan mungkin berbeza.

Semua tulisan ini adalah pendapat peribadi tanpa membabitkan
sebarang organisasi. Saya cuba menulis dalam bahasa yang
boleh difahami oleh kita yang masih baru dalam komputer dan
juga Internet.

Sila hantarkan komen dan pendapat anda ke [EMAIL PROTECTED] .
atau [EMAIL PROTECTED] , saya sedia mendengarnya.

(Sila buangkan XX pada hujung alamat email. XX diletakkan bertujuan
untuk melindung alamat email daripada trojan dan SPAM)

Keluaran lalu boleh anda lihat di
http://groups.yahoo.com/group/haris/messages

Sebarang masalah komputer dan internet harapan saya dapat
diajukan kepada kumpulan Dunia-Digital. Masalah penerimaan email
yang banyak menghalang saya daripada menjawab email-email masalah
komputer dan Internet secara individu. Anda juga boleh melawat
laman http://www.bincang.net/ atau http://www.ittutor.net/ untuk
bertanyakan masalah komputer dan Internet anda.

Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia
http://kempenit.cjb.net/

Untuk terus mendapat E-makalah ini. Hantarkan
email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

Jika anda mahu berkongsi E-Makalah ini dengan orang lain. Harapan,
anda kirimkan kesemua E-Makalah ini tanpa ada sebarang
perubahan.

Saya amat menghargainya.

Sekian.

wassalam

: )

23 Jun 2002

Harisfazillah Bin Jamel

===============================================

Email ini adalah OpenContent
------> http://www.opencontent.org/opl.shtml

Hakcipta Terpelihara 1998 1999 2000 2001 2002 - Harisfazillah Jamel

Untuk keluar daripada senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]

Untuk sertai senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]

Hanya Haris sahaja yang akan menghantar bahan.

Masalah komputer. Hantarkan masalah anda dengan menyertai
senarai email dunia-digital dengan menghantar email kosong kepada
[EMAIL PROTECTED]

Masalah hendaklah dihantar kepada [EMAIL PROTECTED]

Email ini turut disebarkan melalui kumpulan-kumpulan diskusi lain
atau dipanjangkan oleh rakan-rakan anda. Setiap kumpulan ada
cara untuk keluar atau sertai senarai mereka.

Berhati-hati dengan email trojan dan virus. Saya tidak menghantar
sebarang fail melalui mana-mana alamat email. JANGAN jalankan
sebarang attachment, walaupun ia daripada alamat email saya.
Perisian perosak Trojan mampu memalsukan sebarang alamat email.

http://hafnie.cjb.net/

----


_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke