*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun ‘alaikum,

Petang semalam 22 Jun 2002 sekitar jam 6 petang,
Malaysia dikejutkan dengan satu drama yang pengaruhnya
dapat mengatasi siaran langsung akhir pesta bola Korea
Jepun. Drama bersiri sejam yang disiarkan secara
langsung dari PWTC oleh RTM 1 menempatkan barisan
pelakon dunia handalan seperti Dr Mamak Mahathir,
bintang pujaan wanita – Rafidah Montel dan Hishamuddin
Auw Auww. Pentas lakonan teater klassik tersebut
menggamatkan dewan merdeka selama 1 jam seperti yang
dilaporkan dalam Utusan Meloya yang sepatutnya
memukadepankan berita kejayaan pasukan Korea sebagai
mewakili Asia mara ke peringkat separuh akhir setelah
berjaya bersandiwara di atas pentas pesta bola
‘bookie’. Penonton siaran langsung persidangan raksasa
menjadi kaget apabila tiba di kemuncak drama lakonan
Dr Mamak apabila beliau mengisytiharkan perletakkan
semua jawatannya dalam parti. Sementelah itu,
kedengaran teriakan histeria, salakan serta laungan
taksub bodoh bangang tolol hina penonton, merayu,
merintih, melutut, memohon agar drama dihentikan
dengan serta merta dan di siarkan semula untuk
merealisasikan ‘happy ending story’ agar setiap
penonton pulang tidur lena dibuai mimpi di kandang
masing-masing.

Ni apa cerita ni dato’ ?
Dato’ nak buat praktikal setelah tamat kursus diploma
aktres dari Institut Anak-wayang Bollywood yang
dipresidenkan oleh Shah Rukh Khan ke ? Takkan nak
letak jawatan kot ? Tak sayang hartabenda anak bini ke
? Apa la dato’, orang UMNO yang bodoh bukan kepalang
tu boleh dato’ buat gimik.

Takkan dato’ nak tinggalkan ‘dunia’ yang dato’ bina
selama hampir 20 tahun atau lebih berkecai begitu saja
? Impossible.. Sepatutnya, dato’ mati di atas kerusi
Presiden tu jangan kemana-mana lagi sebab nanti
‘dunia’ dato’ hancur berderai berkubur bergitu saja
dan dato’ juga terpaksa berkubur dalam penjara janji
dan penjara Sg. Buluh.

Hebat betul dato’ berlakon, tahun lepas lakonan tak
begitu menonjol, tapi tahun ni, dato’ terus merangkul
calon AMMY Awward.

Dato’, jika benar dato’ nak tinggalkan ‘dunia’ dato’
dan kembali ke jalan yang benar dan sedia menerima
segala hukuman dunia dan akhirat, bagus la. Tindakan
dato’ tu aku setuju sebab ini menunjukkan kegagalan
segala macam dasar yang dato’ cipta dalam ‘dunia’
dato’ di masa zaman pemerintahan kuku besi dato’. 
Dasar penyatuan orang melayu – gagal
Dasar mendaulatkan Islam – gagal
Dasar ekonomi – gagal
Dasar penswastaan – gagal

Dan banyak lagi.

Cuma yang berjayanya kita dipertontonkan semalam ialah
Dasar Keanjingan UMNO. Yang ini berjaya. Teringat aku
satu tazkirah mengenai manusia yang Allah katakan
bersifat ANJING.

Arakian kita sedia maklum mengenai sifat anjing yang
cukup setia kepada orang yang memberinya makan. Maka
si polan itu dianggapnya sebagai tuan. Kisah seorang
hamba yang memberi makan beberapa ekor anjing kerana
akur kepada perintah seorang Raja menjadi contoh. Si
Hamba memberi makan kepada anjing peliharaan Si Raja
setiap hari dan masa hingga anjing-anjing ini tadi
menganggap itulah tuannya sedangkan Si Hamba tadi
hanyalah pecacai pemberi makan. Namun setelah masa
beredar, hinggalah Si Hamba tadi menemui ajalnya, maka
Si Raja melawat anjing-anjing peliharaannya. Tatkala
sampai di kawasan peliharaan tadi, segala anjing yang
ada disitu menyalak dan riuh-rendah seperti
menunjukkan protes dengan kehadiran Si Raja yang
sebenarnya tuan kepada anjing-anjing itu tadi. 

Al-kisah ini memberi gambaran jelas tentang imej
kedudukan sebenar orang UMNO dimana mereka menyalak
riuh-rendah dan ada yang histeria sementelah ‘Tuan’
mereka menemui ‘ajal’. Betapa hinanya orang UMNO ini
yang menampilkan pelbagai aksi ‘gila talak’, hinanya
meletakkan kehidupan mereka kepada Dr Mamak tu, masih
tak sedar-sedar lagi !

Untuk siapakah solatmu, ibadahmu, hidupmu dan matimu ?

Mampus UMNO !
Sekian~

P/s : Apakah agaknya perasaan suami Rafidah bila
tengok bini dia menggoda Dr Mamak didepan khalayak
ramai ? Tak pe kot.. anjing mana tau malu ye tak !
Dayus ! Ptuih !


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke