*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Duk ada 15 bulan lagi pak din...

>From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Macam Tu La Dok Ada
>Date: Thu, 27 Jun 2002 00:31:57 -0400 (EDT)
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Perletakan jawatan Dr Mahathir Bin Mohamad, sama ada dipaksa secara halus oleh orang-orang tertentu dalam UMNO mahu
>pun atas kerelaan beliau sendiri akibat sebab musabab yg beliau sendiri ketahui; entah kenapa saya merasakan daripada
>berbillion-billion ummat manusia yg ada dalam dunia ini, sayalah yang paling gembira dan cukup seronok sekali, puas hati
>sungguh, hingga tak terkata dengan peristiwa ini.
>
>Sejak hari perletakan jawatan beliau lagi, siang malam saya terfikir dan tertanya-tanya pada diri sendiri, patut ke tidak saya tulis
>di mailing list ini apa yang sudah lama terbuku di hati?
>
>Pagi tadi, on my way nak mai kerja, pertanyaan itu datang silih berganti, patut ke tidak aku tulis apa yg aku rasa ini?
>
>Fikir pi fikir mai, saya rasa tak ada salahnya aih kalau saya luahkan saja rasa hati saya di sini; kalau yg elok tu ambiklah
>pedoman, kalau ada yg tak kena, tiada maaf kepada yang terasa.
>
>Dulu, saya tak berapa nak kisah sangat dengan politik PAS UMNO ini, saya tak berapa nak ambik berat sangat dengan
>banner-banner yg naik merata jalan sekitar awal tahun 90an "BERSATU MENENTANG KEZALIMAN" yg saya dimaklumkan
>menjadi antara slogan utama PAS ketika itu.
>
>Bagi saya, alah zalim mana sangat manusia yg bernama Dr Mahathir ini?
>
>Nak kata dia tentang Islam, betul ke dia tentang Islam; tak kan manusia yg ada 2 kalimah di dalam dada macam dia tu nak
>tentang dan buat zalim kat orang Islam macam yang orang-orang PAS dok kata tu? Masa tu pemikiran saya lebih kpd
>mengatakan bahawa definisi 'zalim' itu cuma antara UMNO dan PAS aja; kata orang gaduh-gaduh orang politik, orang bawah
>berparang bagai nak rak tapi orang atas selamba saja minum kopi dok semeja. Jadi, saya tak ambik kisah langsung pasal
>dakwaan Dr Mahathir zalim ini.
>
>Ha, itu sebab tak kena batang hidung sendiri?
>
>Semuanya berubah, tatkala saya mendapat berita duka bahawa seorang Tok Guru yg ada bau-bau bacang keluarga dengan saya,
>dari satu keturunan daripada tempat asal yg sama, telah ditangkap dan dicekup hidup-hidup bersama Panglima-Panglima
>Perangnya (geng-geng PULO) dan diserahkan kepada tentera-tentara kuffar Siam untuk diarak pulang sebagai Tropi Perang untuk
>dihadap sembah ke bawah Duli Raja Siam. Kalau tuan-tuan nak tahu, Tok Guru itu namanya ialah Tuan Guru Baba Bedul,
>seorang Tok Guru di Pondok Haji Din, Kg Sungai Limau Baling Kedah. Beliau merupakan The Supreme Leader
>(Presiden/Ketua/Yang Dipertua/Perdana Menteri etc) kpd the New PULO, yang merupakan satu Pertubuhan Pembebasan Islam
>Patani yg bertekad untuk meneruskan ranting-ranting drpd fatwa Ulamak silam Nusantara yg mengatakan jatuh fardu ain kpd
>setiap anak-anak Patani di mana saja mereka berada untuk bangun berjuang membebaskan bumi Islam Patani Darulsalam drpd
>cengkaman kuffar Siam.
>
>Allahyarham Tunku Abd Rahman faham mengenai fatwa ini, Allahyarham Tun Abd Razak juga maklum dengan perjuangan
>mereka ini dan di zaman Allahyarham Tun Hussein Onn juga, beliau pun tahu mengenai kewujudan kumpulan pejuang2 Melayu
>Patani ini; walaupun mereka dilihat tidak campurtangan tetapi di zaman 3 Perdana Menteri pertama ini, kita rakyat Malaysia
>menumpang pahala apabila membenarkan mereka tumpang berteduh di negara kita sementara melepaskan lelah, rehat buat
>seketika sebelum kembali ke belantara Siam untuk menyambung tugas seperti yg tercatat di atas kertas fatwa.
>
>Malangnya, di zaman manusia Munafik bernama Mahathir Bin Mohamad; semua itu tiada lagi. Beliau bukan saja memecah
>norma-norma perjuangan Melayu tradisi di bumi Malaya seperti dlm isu Raja-Raja, isu Biasiswa, isi Quota, isu Bahasa dsg
>tetapi juga di peringkat Nusantara, beliau bertanggungjawab memecah tradisi membelah perikatan tidak bertulis antara orang2
>Melayu lama baik di selatan Thailand, di selatan Filipina mahu pun di peringkat global seperti dlm kes KMM yg semua orang
>sedia maklum.
>
>Meringkaskan luahan rasa, semenjak ikatan norma tradisi Melayu Islam Nusantara ini dikhianati; saya mula mengikuti
>perkembangan manusia zalim bernama Mahathir Mohamad ini dengan penuh rasa duka dan marah membara di dada. Sejak itu,
>saya tidak kisah lagi, PAS ka ADIL ka, DAP ka, malahan PBS sekali pun; jika ada apa-apa demontrasi atau ceramah yg
>menjuruskan kpd agenda mendedah kezaliman Mahathir Bin Mohamad ini, saya pasti sedaya mungkin akan ke sana.
>
>Pun begitu, kerana kebetulan saya dilahirkan dlm keluarga UMNO, jauh di sudut hati saya berharap akan ada
>pemimpin-pemimpin UMNO di atas sana yg sedar akan hakikat ini dan cuba menyekat Mahathir Bin Mohamad drpd terus
>menerus mengkhianati perjuangan Melayu Islam tradisi; malangnya harapan tinggal harapan, pangkat dan kedudukan serta
>peluang perniagaan menyebabkan mulut mereka terkunci walau pun mata dan telinga mereka tahu dan mengerti apa yg sedang
>bergolak di sekeliling sisi.
>
>Kerana itu, pada hujung minggu yg lalu, apabila Manusia Zalim bernama Mr Mahathir Bin Mohamad ini dalam keadaan menangis
>persis seorang tua nyanyuk yg terkendiri memilih untuk meletak jawatan dan membawa diri ke luar negeri; saya merasakan
>dalam berbillion-billion ummat manusia di alam Universe ini, sayalah yg paling gembira sekali.
>
>Cumanya saya tertanya-tanya, selain drpd doa anak-anak Melayu Patani dan doa-doa insan2 yg terang2 dizalimi seperti dlm kes
>Memali, kes tahanan ISA tanpa bicara, kes KMM dan sebagainya; doa siapakah lagi yg menyebabkan manusia bernama
>Mahathir ini akhirnya kecundang menangis tersungkur di depan kamera TV?
>
>Siapa pun yg empunya doa mustajab itu, keputusan yg jelas dan live di hadapan mata, orang tua laknat ini menerima hukum
>juga akhirnya. Ke hadapan Allah SWT, kita panjangkan rasa syukur yg tidak terhingga; moga-moga selepas ini siapa pun yg
>diberi kuasa memerintah bumi Malaya tercinta ini akan dpt mengambil iktibar daripada kisah ini, moga-moga perjuangan tradisi
>Melayu Islam tidak kira di peringkat negara mahu pun di peringkat dunia, tidak ada lagi yg berani mengkhianati.
>
>
>Wassalam,
>[EMAIL PROTECTED]
>
>
>
>
>_________________________________________________________________
> http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians


Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Donatas Damanauskas" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke