"I politik tak join. Cuma ikut sunnah aje."
Adakah lagi orang yang berkata macam ini?

Selalunya mereka berdebat menggunakan modal kisah iaitu semasa Nabi (saw) ditawarkan menjadi raja pemerintah (politik) tetapi baginda menolaknya. Tetapi, mereka tak nak pula bincangkan "kenapa" Nabi menolaknya. Adakah itu maksudnya "I politik-politik ni tak join"??? Sebenarnya penolakan Nabi terhadap tawaran itu adalah strategy politik baginda sendiri. Jikalau baginda menerimanya, tentulah baginda akan mematuhi syarat2 untuk tidak berdakwah lagi. Bukankah kaum musyrikin Makkah tawarkan takhta kerajaan kepada Nabi dengan syarat baginda hentikan kerja2 dakwah?
 
Jadinya, sebagai kesimpulan #1, politik dan strategy adalah kunci kepada dakwah itu sendiri. Dan sesungguhnya, Nabi ini adalah seorang yang sangat cerdik, yang mempunyai wawasan yang sangat jelas.
 
Kesimpulan #2 pula, ber-politik yang ber-strategy adalah satu contoh perbuatan Nabi, i.e., Sunnah la tu.
 
Kesimpulan #3, maka, jelaslah bhw yang berkata "I politik tak join. Cuma ikut sunnah aje." sebenarnya telah meninggalkan satu Sunnah yang penting.
 
 
Saya mengambil satu pengajaran seorang ulamak pernah mengatakan lebihkurang:
   Rugi sangat orang yang berilmu kecuali yang beramal;
   Rugi sangat yang beramal kecuali dengan ikhlas.
 
(Suatu peringatan buat diri yang menaip ini juga....). Wallah a'lam.
 

Kirim email ke