*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Saya ada beberapa kemusykilan yg diharapkan mendapat
jawapan segera daripada sidang diskusi sekelian; bukan
lawak, sungguh-sungguh nie:

1. HUTANG MARA:

Saya baru saja mendapat gaji untuk bulan ini; dan
sebahagian drpd duit gaji itu saya dah letak tepi
untuk buat bayar hutang MARA (Education Loan). Dok
ingat nak pi bayaq2 dlm dua tiga hari ini.

Soalan:
Selama ini saya jarang miss, dok bayaq bulan-bulan
hutang loan study tu atas kesedaran bahawa bila saya
bayaq duit tu, maka akan dapat membantu "budak2
Melayu" yg lain bila MARA menggunakan duit tersebut
untuk study loan mereka seterusnya. Sekurang-kurangnya
itulah yg dijanjikan oleh kerajaan UMNO suatu masa
dulu.

Masalahnya saya jadi confuse sekarang bilamana baru2
nie MARA telah mengumum akan membuka 10% quota kpd
bukan Melayu, makna kata duit saya itu kelak akan
digunakan bukan untuk tujuan yg seperti dinyatakan
ketika mana BIASISWA ditukarkan kpd LOAN di sekitar
hujung tahun 1980an dulu. Maka, apakah yg perlu saya
lakukan:

A: Berhenti bayar hutang MARA.
B: Bagi duit tu kat Baitulmal.
C: Bayaq jugak, tapi niat kata "Aku Tak Halal"
D: Bayaq jugak, tapi tulis kat atas slip tu "Tolong
   Pelajar Melayu Kepala Hotak Hangpa!!"


2. BAHASA INGGERIS

Semasa menuntut di oversea dulu, saya ada mendengar
khabar bahawa kerajaan perlukan lebih banyak
terjemahan daripada BI ke BM untuk buku2 rujukan di
peringkat Universiti. Jadi, mengambil kesempatan di
sana, saya telah berusaha untuk mengumpulkan sebanyak
mana buku2 teknikal yg ada utk saya bawa pulang bagi
diterjemahkan ke BI kelak.

Soalan:
Bila sudah pulang ke tanahair dgn buku2 teknikal
timbun menggunung (menggunakan kontena); belum sempat
saya nak buat apa-apa, kerajaan dah umumkan kursus di
IPTA akan dibuat dlm BI. Sekarang ini pulak, depa
umumkan pulak matematik & sains sekolah rendah pulak
dlm BI. Saya confuse, sebab dulu depa kata lain, la
nie depa kata lain pulak; so apa yg patut saya
lakukan:

A: Jual Buku-Buku tu buat bayaq hutang MARA (beli dulu
   pun pakai duit study loan MARA!)

B: Bakar buku-buku tu buat baja siram pokok bunga.

C: Terjemah jugak buku2 tu pi Bahasa, lepas tu
   terjemah balik pi BI, tukaq cover mengaku saya     
   buat. Lepas tu pi cari kroni sapa2 kat IPTA, jual  
   kat depa,  ambik komisen 10%; hat lain tu depa     
 ambik!

D: Bawak buku-buku tu pi pejabat Pejabat Menteri
   Pendidikan; tunggu dia keluaq bilik, lepas tu
   lempaq dua tiga bijik kat muka dia kata:
  
   "PIIIRAHH....CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!"

Sekian, harap mendapat bantuan rakan-rakan sekelian
bagaimana nak menyelesaikan permasalahan buntu yg
sedang melanda kotak pemikiran saya nie.

Ikhlas,
Ra Barakuda

note: minta jawab cepat sikit, takut nanti kalau saya
dok pikir lama-lama sorang2, boleh masuk Tanjung
Rambutan!





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke