Berita // News :
Abdullah Badawi Akan Amalkan Lebih Kronisme: Penganalisa
hold=0>
Tuesday, July 02, 2002 - 07:54 PM GMT



Analisa media
antarabangsa mengenai Abdullah Badawi baru-baru ini mengundang kemarahan
Wanita MCA, yang mendakwa kononnya analisis terbabit 'berat sebelah'. Dalam
satu rencana utamanya, akhbar perniagaan serantau Asian Wall Street Journal
berpendapat pentadbiran di bawah Abdullah Ahmad Badawi akan mengamalkan
kronisme dengan lebih rancak untuk mengukuhkan kedudukan politik Abdullah
Badawi. Umum mengetahui bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak
mempunyai taring di dalam UMNO, kerana jawatan yang disandang tidak pernah
dipertandingkan. Ramai juga berpenda! pat kedudukan Abdullah Badawi di dalam
UMNO dikira goyah, kerana naib presiden Naib Tun Razak dikira jauh lebih
popular. Berikutan itu, penganalisa menjangkakan kumpulan Abdullah Ahmad
Badawi akan menggunakan kuasa yang ada untuk mengagih-agihkan kekayaan
negara kepada mereka yang sanggup menyokong mereka sahaja. Sistem patronage
sebegitu digunakan oleh Mahathir Mohamad bukan sahaja untuk membeli
sokongan, tetapi dijadikan bukti untuk mengungut menteri-menterinya sendiri.
Dengan cara tersebut, ramai percaya Mahathir Mohamad berjaya menangkis
serangan dari dalam, memandangkan ramai pemimpin UMNO bergelumang dengan
rasuah. Penganalisa juga berpendapat Abdullah Badawi akan mengambil
pendirian yang lebih autokratik, memandangkan popularitinya yang tidak
seberapa. Ini bertentangan dengan kempen propaganda yang dijalankan oleh
kem Abdullah Badawi yang cuba menipu rakyat bahawa Timbalan Perdana Menteri
itu tidak akan mengamalkan pendekatan kuk! u besi Mahathir Mohamad.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke