Berita // News : UMNO
Upah Kolej Swasta Paksa Pelajar Sambut Mahathir
hold=0>
Wednesday, July 03, 2002 - 02:47 PM GMT



Sumber
pemuda-keadilan.org mengesahkan bahawa UMNO telah membayar kolej-kolej
swasta sekitar Kuala Lumpur untuk memaksa pelajar mereka hadir 'menyambut'
kepulangan Perdana Menteri dari percutian mewahnya di Itali. Dilaporkan
lebih kurang lapan buah bas yang membawa pelajar-pelajar paksaan ini berada
di sekitar Pengkalan TUDM Subang. Kolej mereka dibekalkan dengan bas percuma
untuk membawa pelajar-pelajar tersebut. Walau bagaimana pun, tidak dapat
dipastikan sama ada kolej terbabit diberi habuan kewangan untuk memaksa
pelajar hadir sama di majlis anjuran UMNO! itu. Majlis yang diberi nama
'Khalifah Kita' itu tidak berjaya mendapat sambutan dari ahli UMNO sendiri.
Laman-laman UMNO sebelum ini gah mengumumkan parti perkauman itu
menjangkakan hampir 200,000 orang akan hadir 'menyambut' Perdana Menteri.
Namun, hanya 5,000 orang sahaja yang kelihatan di sekitar pengkalan itu
termasuklah beratus-ratus wartawan, pegawai kerajaan yang dikerah dan
pelajar-pelajar yang dipaksa. Seorang ahli UMNO yang dijumpai secara tidak
sengaja mengeluh bahawa terdapat berpuluh-puluh ribu sticker dan sepanduk di
dalam vannya yang tidak dapat digunakan kerana hanya lima ribu orang hadir.
Taktik memaksa pelajar dan mengerah pekerja perkhidmatan awam adalah perkara
biasa dan merupakan salah satu salahguna kuasa paling teruk kerajaan BN.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTI! ME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke