Assalamualaikum

Kali ni kalau tuan-tuan ingat, suatu ketika dahulu dalam sekitar tahun 2000, Kulim amat popular dengan pelbagai isu. Salah satu isu hangat diperkata orang luaq dari Kulim ialah sebuah syarikat trading bumiputera yang telah di perkotak-katikkan oleh pengkhianat bangsa dan negara yakni Platinum Lane Sdn Bhd atau PLSB.

Adapun isu ini dah pun agak lama tak diperkata masyarakat dimana saja Hijaukunin singgah pekena kopi atau teh tarik kat mana-mana kedai kopi sekitar Kulim hatta ke serambi masjid atau di tengah riuh rendah pasaq malam Kelang Lama ( Pusat Perniagaan Putra ). Kenapa agaknya orang dah tak sebut isu ni ? Depa dah puaih hati ka ?

Ini lah yang Hijaukunin cuba nak ceritakan disini serba sedikit mengenai perkembangan kes perbicaraan PLSB. Untuk makluman tuan-tuan semua, PLSB merupakan sebuah syarikat trading berdaftar dan perniagaannya adalah sah disisi undang-undang seperti yang diberitahu oleh Pegawai Tertinggi PLSB – Encik Kamaruddin kepada sepupu Hijaukunin yang merupakan ahli rakanniaga PLSB. PLSB pernah beberapa kali mengajukan pertanyaan, feedback, kelulusan, audit dan sokongan dari pihak Bank Negara mengenai perniagaan yang depa dok buat selama ni. Tetapi malangnya, mcam dok biasa berlaku, pihak BNM menyombong diri, bongkak sebab kuasa urusan duit dalam tangan mereka.

Diakhir hayat PLSB sebelum di cekup hidup-hidup oleh BNM serta sekutu hapraknya, ada sorang VIP nun dari Johor dok mai sini terima cek sumbang bagi bantuan apa nama tah sebanyak RM 30 000 sejurus merasmikan PLSB. Makruk sintok tu la yang la ni dak jawat Menteri Hal Ehwal Pengguna – Muhyiddin Yassin sial besaq. Hijaukunin juga mendapat maklumat setan sekoq ni pun mencebur diri juga sebagai rakan VIP dalam PLSB. Disebabkan desas-desus itu maka, beliau mengambil tindakan agar BNM mengenakan rampasan, tangkapan dan pemberhentian serta merta keatas operasi PLSB demi menjaga reputasinya.

Di hari tragedi tersebut sepupu Hijaukunin pi jengok kat premis PLSB. Penuh manusia ni tok sah dok habaq la, sampai jem la Kelang Lama tu. Orang berpusu-pusu bertanya sesama sendiri, ada yang dah pudaq muka, ada yang dok berkeluh kesah, macam-macam peel dan perangai manusia yang rata-ratanya rakanniaga PLSB dapat di lihat disitu. Jam 3 petang rombongan BNM dan sekutu haramjadah sampai ke premis dan terus memberi arahan agar premis berkenaan ditinggalkan kosong untuk memudahkan pihak depa masuk serta merampas apa saja yang terlintas dalam pandangan mata syaitan depa.

Operasi berjalan lancar tanpa sebarang rusuhan rakanniaga atas rayuan pihak pengurusan PLSB kerana dikhuatiri akan menegangkan keadaan. Namun pihak rakus pelantak duit negara meneruskan operasi tanpa menghiraukan perasaan rakanniaga yang menaruh keyakinan penuh kepada ketelusan pengurusan PLSB. Sepupu Hijaukunin habaq operasi tamat jam 12 lebih kurang.

6 buah kereta sebuah lori pengangkut berjaya meninggalkan premis PLSB malam tu dengan membawa pulang hasil rompakan secara terbuka beranggaran RM 4 juta termasuk tunai. ( Tuuu dia haih ! Kalau perompak kaki lima, dah kena tembak berkecai kepala otak, tapi kena ke depa, tak paaa.. ). Rakanniaga diberitahu pihak pengurusan bahawa PLSB dihentikan operasi buat seketika sehingga siasatan dijalankan dan disaat itu juga sebenarnya PLSB telah mati. Orang ramai pulang kekediaman masing-masing dengan perasaan yang bercelaru dan hiba, ada yang kata nak balik buat solat hajat, ada yang kata nak balik buat doa munajat, tapi BNM dan sekutu balik buat doa selamat, selamat rompak duit rakyat !!

Dalam perjalanan pulang dari Kelang Lama ke pejabat BNM Pulau Pinang ( Komtar ), rupa-rupanya depa singgah pulak di kediaman Haji Khalid ( ‘Pengasas’ PLSB – Mastermind yang dicari sehingga kini ) Lunas. Operasi rompakan dan rampasan berlaku lagi, kali ini BNM dan sekutu dianggarkan berjaya memperoleh hasil sebanyak RM 2 juta lebih kurang macam tu la. ( Lagi sekali tuuu diaaa ! Dah enam juta lebih dah depa kaut, satu malam saja pulak tu. Hijaukunin pun teringin nak kerja lagu ni ! )

Sementelah itu, depa bawak balik hasil rompakan tersebut ke ibupejabat di Komtar. Ada sorang pengarah PLSB yang telah meletakkan jawatan sebelum tragedi berlaku berkata, jumlah rampasan tunai pada malam tersebut beranggaran RM 6 juta TETAPI SAMPAI DI MEJA PENGARAH HANYA RM 1.5 JUTA saja !!

Tu diaaa laggiiii baguih ! Kereta depa usung duit tu bocoq ka ?? Looo haih awat tak habaq mai, Hijaukunin sanggup pi kutip tepi jalan haih, pi sapu duit 4.5 Juta, sapa tak mau ??

Begitulah betapa tak amanahnya pegawai BNM dan sekutu yang bertugas.

Sehari selepas episod rampasan dan rompakan, pihak pengurusan PLSB cuba menenangkan semua rakanniaga mengenai situasi semasa dan langkah tindakan bagi memantau tragedi ini. Diberitakan, tindakan ganas BNM dan sekutu adalah benar-benar diluar jangkaan kita sebagai manusia yang berhatiperut dan berakal waras. Langsung tak professional dan tidak beradab ! Mai masuk premis perniagaan tanpa sebarang notis terdahulu, dan mengarah menghentikan operasi secara kasaq dan tak bertamaddun.

Sepupu Hijaukunin tu tadi menghadiri setiap acara penerangan oleh pihak pengurusan PLSB sehinggalah lampu semangat rakanniaga mula malap dan kini terus padam ditelah usia dan dihembus kuasa zalim negara.

Kes perbicaraan tuduhan keatas 4 orang pegawai pengurusan tertinggi PLSB ditangguhkan ke Julai 2002 setelah hampir 2 tahun PLSB dikenakan tindakan kejam. Tapi yang anehnya, sampai ke la ni, TUDUHAN tidak dibacakan lagi !

Dan satu lagi yang meragukan Hijaukunin yang tak berapa tahu akta-akta zalim perniagaan negara sekular ni, jika benar PLSB disabitkan bersalah atas tuduhan yang belum dijatuhkan lagi,

APAKAH RAKANNIAGA JUGA TERLIBAT ??

DIMANA HAK RAKANNIAGA ?

APA DAH JADI DENGAN WANG PELABURAN RAKANNIAGA ?

KENAPA BNM DAN SEKUTU MENGHAPUSKAN DATA-DATA SYARIKAT TERMASUK DATA RAKANNIAGA ?

KEMBALIKAN HAK RAKANNIAGA PLSB !!!! Mereka tak bersalah mengapa ditindas ?

MUHYIDDIN YASSIN bertanggungjawab dalam hal ini !!

Begitulah tuan-tuan bila manusia yang zalim diberi kuasa sedikit untuk mentadbir alam ni. Baru penaik pangkat sikit dah juah tak tentu ke hala. Zalim dan kejamnya pemerintahan sekarang ni, hingga ada makcik pakcik yang menggadaikan hartanah untuk mengambil peluang ‘bernafas lega’ setiap bulan terpaksa merempat di rumah sanak saudara setelah bank pinjaman menyita dan melelong hartanah mereka.

Inilah salah satu hukum belantara yang dicipta oleh Mahathir dan sekutu yang zalim lagi mahaprak !!

Hijaukunin – Tukaq warna sat jadi merah terang bila kenang nasib rakyat Bumi Malaya ni !



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke