*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah itu Arasy? Ia adalah benda ghaib iaitu jasad yang
dijisimkan. Penjaga bagi Arasy ialah malaikat.
Kaki-kaki malaikat yang memikul Arasy terletak di bumi paling
bawah sedangkan kepala-kepala malaikat itu menembusi Arasy
dalam keadaan khusuk tunduk tanpa mengangkat kepala. Kaki-kaki
malaikat berada di bawah bumi dengan jarak 500 tahun
perjalanan. Pada mulanya Arasy ALLAH amat berat sehinggakan
malaikat tidak mampu mengangkatnya. Tetapi ALLAH
memerintahkan supaya malaikat-malaikat tersebut mengucapkan
SUBHANALLAH lalu Arasy itu menjadi ringan.
Diriwayatkan bahawa ada malaikat lain yang ingin tahu apa itu
Arasy dan bertanya kepada ALLAH. Lalu ALLAH ciptakan pada
malaikat tersebut 30,000 sayap dan terbanglah malaikat itu selama
30,000 tahun. Maka ALLAH pun bertanyalah kepada malaikat itu
�Sudah sampaikah kamu ke Arasy?�. Jawab malaikat �Saya belum
lagi menempuh 1/10 tinggi Arasy�.
Terdapat 8 Malaikat pemikul Arasy dan setiap malaikat mempunyai
4 wajah. Arasy ALLAH ada 7,000,000 tingkat dan setiap tingkat
bertasbih kepada ALLAH dengan suara yang berbeza-beza.
Andaikata ALLAH mengizinkan sesuatu untuk mendengarnya
nescaya akan runtuhlah gunung-ganang dan akan keringlah air di
lautan.
Pada Arasy terdapat gambar dari semua makhluk di dunia ini
samada di daratan ataupun di lautan. ALLAH menciptakan Arasy
dari permata zamrud hijau dan 4 buah tiangnya dari yakut merah.
Arasy pernah bertanya pada ALLAH adakah ia makhluk yang paling
besar dicipta? Lalu ALLAH menciptakan seekor ular yang mampu
melilit Arasy. Ular tewrsebut mempunyai 70,000 sayap dan pada
setiap sayap ada 70,000 bulu. Setiap bulu ada 70,000 wajah dah
setiap wajah ada 70,000 mulut. Setiap hari keluarlah tasbih dari
mulut ular sebanyak titisan hujan, sebanyak batu-batu, sebanyak
hari-hari di dunia dan sebanyak bilangan malaikat seluruhnya. Maka
dililitnya Arasy oleh ular dengan menggunakan hanya separuh
daripada panjang badannya.
SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR�.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "anuar" <[EMAIL PROTECTED]>