Assalamualaikum,

Besok pagi 10 hb Julai 2002, insyaallah beribu-ribu pejuang kebenaran 
akan turun ke Pendang dan Anak Bukit untuk bersama-sama calun kita 
meneruskan usaha menyatakan yg hak kpd pemerintah BN yg zalim.

Mungkin petikan ringkas tulisan seorang sahabat di bawah ini mampu 
menjadi peransang kpd pejuang-pejuang kita yg bakal ke sana besok 
hari dan hari2 yg mendatang:

<cut>
" kadang2 bila kita kata kita nak pi berjihad di Pendang, orang 
mungkin kata "Jihad apa ke benda aih.."; Jihad la nie, sebab nak pi 
kata yg hak kpd pemerintah yg zalim. Mungkin menang kalah di 
Pendang/Anak Bukit itu bukan soalnya, soal yg penting ialah kita 
ambik peluang nie pi tunjuk kat depa kata kita tak bersetuju dengan 
segala jenis mak nenek kezaliman yg depa dok buat kat org Islam, kat 
agama Islam dan kat pejuang2 Islam yg dok ada di Malaysia nie. Macam 
tu jugak dgn demo di kedutaan USA hari tu, terkilan sebab tak leh pi; 
kalau saya pi, saya cuma nak pi ludah saja kat Tembok kedutaan itu 
nak habag kata kita nie benci kat depa tak sangga dah."
<cut>

Menang kalah bukan persoalannya, yang pentingnya niat kita ke sana 
untuk bersama-sama menyatakan yg maaruf dan mencegah mereka daripada 
meneruskan kemungkaran di atas muka bumi Malaysia ini, insyaallah di 
sisi Allah SWT, itu yang akan diambil kira.

Kepada semua, Selamat Datang ke Bumi Kedah Darul Aman, dan Selamat 
Berjuang diucapkan; moga rahmat Allah akan bersama kita. Insyaallah, 
sampai masanya, yg hak akan timbul dan yg bathil akan tenggelam jua.

Wassalam,
[EMAIL PROTECTED]




_________________________________________________________________
    http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians

Kirim email ke