*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,
kes yang awak sebut ni hanyalah satu daripada beratus
kes mengenai rakyat malaysia yang miskin dan mengidap
penyakit kronik tetapi tidak dibela oleh kerajaan
malaysia sendiri. mereka terpaksa meminta sedekah
melalui surat khabar, tv, masjid dan lain lain cara.

yang terbukti ialah mereka ni memang miskin, memang
berpenyakit kronik, memang tidak mampu membiayai kos
perubatan dan yang pentingnya memang mereka rakyat
malaysia.

kalau kakitangan kerajaan yang berjumlah beratus ribu
boleh diberi rawatan percuma (dan kosnya mungkin
berpuluh juta), kalau kerajaan boleh membina hospital
beratus juta ringgit, mengapakah orang2 yang malang
yang disebut diatas yang bilangan mereka tidak sampai
seribu dalam setahun boleh diabaikan? mengapa hal
begini boleh berlaku disebuah negara yang dikatakan
maju? disebuah negara yang diterajui oleh perdana
menteri yang dikatakan berpandangan jauh? disebuah
negara islam yang fundamental?

kalau kita ikhlas dengan diri kita, kita mestilah
mengakui bahawa jawapan kepada soalan2 diatas sudah
ada kepada kita. cuma persoalan2 begini tidak begitu
menggangu orang ramai, kerana orang2 yang malang yang
disebut diatas bukan adik atau kakak atau ibu bapa
mereka.

wassalam.
--- Fauziah Mustaffa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> ----- Forwarded by Fauziah Mustaffa/Cc/BNM on
> 05/07/2002 11:37 -----
>                                                     
>                                                     
>                                     
>                     Norliza Md                      
>                                                     
>                                     
>                     Yan                  To:     Nor
> Azni Mohd Zain/CC/BNM@BNM, Khatijah
> Madom/Cc/BNM@BNM, Fauziah Mustaffa/Cc/BNM@BNM,      
> 
>                                          Dayang
> Hamidah/CC/BNM@BNM                                  
>                                          
>                     05/07/2002           cc:        
>                                                     
>                                     
>                     11:28                Subject:   
>  Sebak Yang Kian Terasa..                           
>                                     
>                                                     
>                                                     
>                                     
>                                                     
>                                                     
>                                     
> 
> 
> 
> Assalamualaikum,
> 
> Membaca rencana di akhbar Berita Harian hari ini
> (artikel dilampirkan),
> membuatkan hati saya merasa cukup sebak dan sedih
> teramat.
> 
> Dimanakah nilai kemanusiaan masyarakat kita hari
> ini. Mungkin benar apa
> yang dikata, "Kisaran nilai-nilai hidup dan
> terhakisnya kesantunan
> masyarakat�adalah akibat dari kecuaian kita
> sendiri."
> 
> Mungkin ini yang dikatakan salah satu 'dosa'
> demokrasi. Jurang perbezaan
> semakin ketara. Yang kaya bertambah kaya dengan
> sifat ego dan nafsu menjadi
> panduan hidupnya. Dan yang miskin bertambah miskin
> dengan desakan
> hidup�dan�dendam yang kian bergelora.
> 
> Atau mungkinkah 'pembunuh' sebenar adalah agama
> samar di dalam bingkai
> minda penganut yang tak berjiwa, juga demi hanya
> pemilikan kecil wang yang
> menjadi syarat rebutan.
> 
> Atau mungkinkah benar ramalan Gandhi ," and the
> whole world will be
> blind...."
> 
> Untuk menyelami�apa sebenarnya yang saya rasa, sila
> hayati rencana dibawah.
> 
> 
> 
> 
> Berita Harian: Rencana
> 
> 
> Dialog: Nyawa manusia diperlekeh kerenah birokrasi
> 
> 
> 
> BARU-BARU ini, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
> Maklumat, Universiti
> Malaya dikejutkan dengan berita kematian seorang
> pelajar tahun akhir,
> Suryani Ahmad kerana kanser tulang.
> 
> Penyakit Suryani dikesan akhir Mac 2002 dan beliau
> cuma tinggal tiga bulan
> untuk hidup. Itu tidak mematahkan semangatnya untuk
> berusaha mencari
> rawatan. Suryani dirawat di Hospital Taiping,
> Hospital Ipoh dan Pusat
> Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
> 
> Bapanya seorang pesara tentera dan bergantung hidup
> daripada wang pencen
> serta perniagaan kecil-kecilan di pasar malam.
> 
> Apa yang menyedihkan, Suryani tidak diberi rawatan
> percuma di PPUM. Beliau
> terpaksa menanggung kos perubatan, antaranya satu
> dos ubat berharga RM62
> sekali suntikan sedangkan ubat yang diperlukan lebih
> daripada lima dos.
> 
> Saya hairan apabila Suryani tidak diberi rawatan
> percuma meskipun sudah
> menunjukkan kad pelajar, malah perlu ada surat
> pengesahan bahawa beliau
> adalah pelajar universiti itu.
> 
> Saya rasa prosedur itu relevan jika pesakit belum
> mencapai tahap kritikal
> tetapi dalam kes Suryani, beliau amat memerlukan
> ubat, malangnya terpaksa
> menunggu dan tidak dapat menerima rawatan sempurna
> kerana tidak mempunyai
> wang yang cukup.
> 
> Beliau bernasib baik kerana mempunyai sahabat yang
> sanggup menawarkan wang
> membayar kos itu.
> 
> Persoalannya, di manakah letaknya perikemanusiaan
> PPUM hingga sanggup
> melambatkan rawatan hanya kerana tidak ada wang
> untuk membayarnya. Ketika
> arwah meninggal dunia, PPUM tidak mahu menghantar
> jenazah pulang ke kampung
> untuk dikebumikan kerana bapanya tidak dapat
> membayar kos ambulans RM370.
> 
> Selepas puas bapanya merayu barulah mereka setuju
> menghantarnya dengan
> syarat bayaran mesti dijelaskan pada hari yang sama.
> Lalu bapanya menyuruh
> keluarga di kampung mengutip derma untuk menanggung
> kos penghantaran
> jenazah.
> 
> Setibanya di kampung, pemandu menuntut bayaran RM370
> walaupun harga yang
> dipersetujui adalah RM300 dan katanya, tambahan itu
> untuk bayaran tol
> sedangkan kenderaan jenis itu tidak dikenakan tol.
> 
> Saya kecewa dengan perkhidmatan PPUM. Sepatutnya,
> hospital kerajaan
> memudahkan rakyat terutama yang berpendapatan
> rendah. Saya tidak menyangka
> prosedur di hospital lebih penting berbanding nyawa
> manusia. Ini
> menunjukkan berlaku ketidakadilan di Malaysia antara
> golongan miskin dengan
> kaya.
> 
> ANTIKEJAM,
> Kuala Lumpur.
> 
> 
> source: Berita Harian rabu 03 Julai 2002
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Fauziah Mustaffa" <[EMAIL PROTECTED]>
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Sign up for SBC Yahoo! Dial - First Month Free
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: durian botak <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke