وعليكم
السلام
Kalimah "dun-ya", "bun-ya", "shinwan" dan
"qinwan" adalah kalimah-kalimah yang masing-masing nun mati bertemu ya` dan
wau di dalam (di tengah) kalimah, yakni masing-masing terdiri daripada
satu kalimah saja. lihat:
Hukum bacaannya ialah izhhar
idgham, berbeza dengan nun mati di akhir kalimah bertemu dengan
ya`, wau, mim atau nun di awal kalimah lain, yakni terdiri daripada dua
kalimah. lihat:
Inilah contoh idgham bila
ghunnah (ini anda dah tahu pun).
Wallahu a'lam.
Wassalam [mana yang
betul wasallam (ejaan anda) atau
wassalam?]
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, July 09, 2002 1:46
PM
Subject: [Dakwah] Persoalan hukum
tajwid.
Assalamu'alaikum,
Kepada yang arif tentang hukum tajwid; saya
ingin ajukan satu persoalan.
Berkenaan hukum nun mati dan tanwin
:
Apabila bertemu dengan ya, wau mim &
nun.
Bacannya di-idghamkan ( Idgham ma'alghonnah -
sila betulkan kalau tersalah ).
Soalannya bagaimana dengan :
dal-nun-ya
Bacaan : Dun-ya ; kenapa
tidak di-idghamkan juga & apakah hukum tajwidnya?
Maaf kerana PC ni tiada arabics
font.
Semoga mereka yang lebih arif dapat
membantu.
Wasallam.
Dari
Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat...
Saya daftar domain di Netmyne!!
http://www.netmyne.com
Untuk
melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti
melanggan: Hantar email ke
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo!
Groups is subject to the Yahoo!
Terms of Service.