|
FWD: FB Slymer...komen saya sebagai agent & pengguna
<bU> Assalamualaikum Para Netters, KUALA LUMPUR, Selasa (9/7/2002) - Kementerian Kesihatan mengesan empat lagi
produk pelangsing tradisional di pasaran tempatan yang mengandungi bahan
diharamkan, termasuk fenfluramine, nicotinamida dan kafein. **************************** Sebagai agent syarikat adalah menjadi tanggungjawab saya utk menjelaskan kepada para netters mengenai perkara di atas. Dari apa yang dimaklumkan kepada saya, syarikat pengeluar FB Slymer sedang berusaha untuk membuat press conference utk menyangkal perkara di atas. Syarikat juga akan menghantar surat rayuan berserta bukti kukuh dari tiga makmal persendirian (KL, Penang dan Singapura) yang FB Slymer tidak mengandungi sebarang dadah merbahaya kepada Kementerian Kesihatan. Pengguna juga boleh menghantar sendiri FB Slymer mereka ke makmal bebas utk memastikan kandungan dadah dan jika ada sila ambil tindakan lanjut ke atas syarikat. Utk pengentahuan semua, sehingga hari ini iaitu selepas 4 bulan menjual produk ini, tidak terdapat laporan pengguna yang mengalami kesan sampingan akibat pengambilan FB Slymer. Buat setakat ini, biarlah syarikat berurusan dengan Kementerian Kesihatan dan kita lihat perkembangan selanjutnya nanti.Seperti yg dinasihatkan oleh Menteri Kesihatan, pengguna FB Slymer perlu memberhentikan memakan FB Slymer dan mendapat pemeriksaan doktor. Saya menyokong tindakan itu dalam memastikan kesihatan pengguna terjamin. Nasihat saya kepada pengguna FB Slymer, seperti yg saya katakan dahulu, jika benar ada pengguna yang mendapat sakit disebabkan oleh pengambilan FB Slymer, saya minta pengguna tersebut menuntut jaminan "Product Liability Insurance" bernilai RM1 juta yg telah diambil oleh syarikat. Itu jaminan syarikat dalam melindungi para pengguna seperti yg terdapat di kotak FB Slymer. Sila pulangkan juga baki produk selebihnya untuk menuntut wang anda kembali. Walaupun saya sendiri telah menggunakan produk ini dan melihat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan 3 laporan makmal persendirian dari syarikat, mungkin banyak perkara di luar pengetahuan saya yang saya tidak tahu berkaitan isu di atas. Oleh itu, saya ingin memohon ribuan maaf kepada rakan-rakan netters jika saya menimbulkan rasa tidak puas hati para netters setelah membeli produk ini di atas cadangan saya. Mungkin kerana slogan "Malaysia Boleh", banyak perkara boleh berlaku di luar kuasa seseorang. Allahualam. Wasalam
|
