Adakah presiden Forum Iqra' Kassim Ahmad ini sama dgn Kassim Ahmad golongan anti-hadis???
Kalau ya, mengapa kerajaan negara Islam Malaysia seolah-olah memberi laluan, memberi authority, mengiktiraf beliau untuk merosakkan minda masyarakat Islam???
 

Semak semula warisan perundangan Islam

PULAU PINANG 10 Julai - Semua pemimpin dan cerdik pandai Islam perlu menyemak semula warisan perundangan Islam dari zaman awal serta membuat ijtihad baru berdasarkan ajaran Al-Quran mengikut perkembangan zaman.

Presiden Forum Iqra' Kassim Ahmad berkata, perbincangan kearah itu perlu dilaksanakan segera ekoran berlakunya pelbagai kekeliruan dalam kehidupan umat Islam khususnya di negara ini sekarang.

Katanya, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang diluluskan oleh Kerajaan Pas Terengganu contohnya, dibuat secara tergesa-gesa dan ternyata bercanggah dengan semangat ajaran Islam.

``Oleh yang demikian Forum Iqra' menentang enakmen ini dan kami menyeru agar semua pemimpin dan cerdik pandai Islam supaya menyemak balik warisan perundangan Islam dari zaman klasik.

``Suatu ijtihad baru berdasarkan ajaran Al-Quran dan perkembangan semasa perlu dibuat dan boleh memberi keadilan kepada penganutnya dan kepada manusia,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut pendirian Forum Iqra' terdapat dua aliran fikiran yang besar ketika ini iaitu yang dibentuk berdasarkan ijtihad abad kedua dan ketiga Islam dan sudah dianggap ketinggalan zaman oleh aliran moden.

Kata Kassim, aliran moden menyarankan supaya ijtihad lama ini disemak semula berdasarkan nas-nas dalam al-Quran dan hadis dengan melibatkan perkembangan moden.

``Undang-undang berubah dari zaman ke zaman dan dari tempat ke tempat, yang tidak berubah ialah prinsip undang-undang, dalam Islam, prinsip itu ialah keadilan dan kerahiman.

Katanya, dalam hubungan menentukan peraturan, pemimpin-pemimpin Pas sendiri tahu bahawa tiada kesepakatan tentang undang-undang Islam atau Syariah di kalangan ahli hukum dan cerdik pandai Islam.

``Kelemahan aliran tradisional yang utama ialah ia terlalu terikat kepada tafsiran ahli-ahli hukum di zaman itu dan semestinya tidak boleh diterima bulat-bulat dan perlu disemak balik,'' katanya.

Sambil merujuk kepada kes rogol dalam enakmen tersebut, beliau berkata, kesalahan itu ialah satu contoh kelemahan besar dalam undang-undang berkenaan.

``Seorang wanita yang dirogol akan dituduh dan dihukum berzina kerana ketiadaan empat saksi, (dalam hal ini) al-Quran menyebut kesalahan zina tetapi tidak menyatakan kesalahan rogol.

``Ini kerana al-Quran bukan sebuah buku undang-undang dalam erti kata khusus tetapi memberikan prinsip hukuman tanpa menyebut segala bentuk jenayah yang mungkin berlaku.

``Dalam pada itu, al-Quran memberi ruang untuk diringankan hukuman terhadap pesalah, malah ia boleh diampun jika insaf dan bertaubat, enakmen ini langsung tidak mengambil kira aspek ihsan ini dalam syariah,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke