*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/
- http://marhaen1.tripod.com/
- http://marhaen2.tripod.com/
- http://marhaen3.tripod.com/
- http://marhaen.xmsites.com/
TAG 812: Perdana Menteri Pergi Ke Naples Dulu?
(The Prime Minister Saw Naples to Die?)
Oleh MGGPillai
Ketika perdana menteri Dr. Mahathir pulang daripada percutian sepuluh hari di
Mediterranean, suasana politik di Malaysia sudah begitu meluat terhadapnya sehinggakan
apa yang disebutnya dianggap kini sebagai wasiat seorang insan yang akan mati, dan
tidak lagi sebagai sesuatu yang mengandungi isi kebenarannya. Sejak pengundurannya
yang tidak berjadual di persidangan tahunan UMNO, yang kemudiannya ditarik semula, dia
sudah menjadi tidak relevan lagi kepada UMNO dan pemimpin parti. Malahan ramai yang
menganggap beliau sebagai tayar-'spare' sahaja. Sudah menjadi amalan budaya feudal
Melayu yang tidak memberi sebarang andaian dan isyarat betapa sudah ada keris yang
diasah bersedia digunakan untuk menghuncak seorang ketua yang dianggap seorang
petualang. Kerana itu dunia luar tidak dapat melihat bagaimana seorang insan
dimomokkan walaupun dia sudah memimpin negara selama 21 tahun.
Adalah menjadi tradisi Melayu feudal yang menjadi liar dan ganas terhadap seorang
pemimpin yang menyimpang jauh dalam amalan kepimpinannya � seperti yang sengaja
dilakukan oleh Dr. Mahathir � kerana itu sandiwara yang ditonjolkan menyerlahkan
beliau laksana barangan tembikar purba yang tinggi harganya sedangkan satu
persekongkolan politik sedang disusun-atur. Tidak ramai yang memahami bahawa apa juga
pujian yang dihamburkan oleh para pemimpin UMNO, dia sebenarnya terus menggelonsor
sebagai tokoh politik yang tidak lagi relevan dan semakin hampir memasuki ambang yang
akan memerapnya. Rancangan beliau untuk bersara pada Oktober 2003, menambahkan masalah
kepadanya.
Ketika perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dipaksa mundur, sejurus berakhirnya
rusuhan Mei 13, 1969, Tunku meminta agar beliau dapat memegang kuasa sehinggalah
pertabalan anak saudara beliau, Sultan Kedah, menjadi Yang DiPertuan Agong pada bulan
September 1970, yakni setahun selepas rusuhan itu. Pengganti beliau, Tun Abdul Razak
bersama beberapa jongosnya, yang termasuk seorang insan bernama Dr. Mahathir Mohammad
dan seorang bernama Dato� (kini Tan Sri) Abdullah (Komunis) Ahmad, telah menentukan
bulan-bulan terakhir Tunku menjadi begitu menyulitkan beliau sehinggakan dia menyesal
meminta lanjutan tempoh kuasanya itu. Tunku telah diperlekehkan begitu sahaja, kerana
bakal perdana menteri di waktu itu, (bapa kepada Dato� Sri Najib), melakukan tindakan
untuk mencengkam kuasa beliau dalam pentadbiran negara. Tunku menjadi orang biasa
sahaja. Dia kembali menonjol, beberapa tahun kemudiannya, apabila dia bertindak
mencabar sikap memperalatkan UMNO dan orang Melayu gara-gara!
kepimpinan Dr. Mahathir.
Demikianlah nasib yang menghantui seseorang pemimpin yang berdegil mahu bertahan
apabila tiba masa dia melepaskan jawatannya. Tun Razak bertindak bahawa penantian
beliau selama 15 tahun sebagai pelatih berjawatan timbalan perdana menteri menjadi
satu tempoh yang panjang, dan bertindak untuk mencengkam kuasa apabila UMNO
menunjukkan belangnya. Budaya feudal ketika itu melecehkan tindakan yang sepatutnya
sehinggalah seseorang pemimpin itu diaibkan ketokohannya sebagai seorang pemimpin
feudal. Keadaan ini belum terjadi lagi walaupun diambil kira keadaan politik terkini.
Dulu, Tunku terjebak disebabkan rusuhan kaum; Dr. Mahathir tergelincir disebabkan
sikapnya mengaibkan Timbalannya, Dato� Seri Anwar Ibrahim. Tunku mempunyai hanya
seorang timbalan sepanjang tempoh kuasanya. Dr. Mahathir telah dibantu oleh empat
orang timbalan. Setiap calon pengganti memang mudah tertekan mengharungi tempoh
latihan yang panjang. Kerana itu Dato� Seri Abdullah Ahmad Bedawi memang tertekan
kalau-kalau peluang untuk meragut kuasa itu secara sah akan terlepas begitu sahaja
disebabkan penantian yang panjang. Itu sebabnya dia meniru gelagat Tun Razak selepas
tahun 1969 dulu, untuk bertindak dengan bijak secepat yang boleh.
Penjelasan Dr. Mahathir sejurus pulang daripada percutiannya, adalah satu alasan yang
lemah dalam satu usaha membetulkan keadaan yang sudah berubah selepas dia kehilangan
kuasa disebabkan sandiwara peletakan jawatan yang kecundang. Tindakannya berdalih itu
sudah dianggap sebagai satu usaha melepaskan batuk di tangga selepas kerana diasak
oleh para pembantunya yang mahukan beliau bersara, sama gayanya yang menghantui Tunku
tiga dekad yang lalu. Kalaulah diselak lembaran akhbar di waktu itu, keadaannya sama
seperti sekarang yang menunjukkan rakyat Malaysia yang merasa sedih melihatkan
pemergian seorang Perdana Menteri, sedangkan tindakan bersiap sedia untuk menghunus
keris menghumbankannya sedang giat dilakukan.
Masalah Dr. Mahathir menjadi lebih kalut dengan kematian Pemimpin Pembangkang, Dato�
Fadhil Noor, 17 jam setelah Mahathir meletakkan jawatannya. Dia bergegas pergi bercuti
beberapa jam sebelum kematian Dato� Fadhil. Dia tidak bercakap kepada sesiapa. Semua
kenyataan beliau muncul daripada mulut Dato� Seri Abdullah sehinggalah beliau pulang
dari percutiannya.
Kehebatan ketokohan Mahathir merudum sejurus beliau pulang. Jumlah manusia yang
dijanjikan seramai 10,000 untuk mengalukan ketibaannya sudah dinaikkan anggarannya
menjadi 40,000. Yang muncul tidakpun sampai 5,000 orang. Ini menunjukkan bahawa
pemimpin UMNO dan panglima perangnya tidak mampu menggerakkan lebih ramai orang
berpusu-pusu menantikan ketibaan Mahathir.
Kini, Mahathir dinaik-taraf menjadi seorang khalifah untuk mencanakkan ketokohannya
sebagai seorang pemimpin Islam, dan RTM baru sahaja menunjukkan dokumentari
memuji-muja beliau sebagai seorang khalifah. Usaha mendewa-dewakan beliau adalah
bertujuan untuk membuatkan beliau berundur lebih awal lagi. Banyak lagi perkara yang
pelik-pelik menyerlah. Helah beliau untuk bertahan sehingga selesai persidangan OIC
pada Oktober 2003, adalah satu hambatan untuk menyekat penggantinya menjalankan tugas
beliau secara bebas.
Kalaulah pilihanraya umum (pemilu) diadakan tahun hadapan sebagai penentuan peralihan
kuasa yang licin seperti yang diwasiatkan oleh Dr. Mahathir, apakah dia akan
bertanding lagi? Jika demikian, janji manis beliau untuk melepaskan jawatan sudah
menjadi satu kesangsian. Kalau dia tidak bertanding, bagaimana mungkin dia meneruskan
kerjaya politik tanpa kedudukan dalam Parlimen? Sekarang sudah ada kepastian bahawa
pilihanraya dalam parti akan dilangsungkan selepas pemilu. Ini tidak memberikan
jaminan bahawa Dato� Abdullah Ahmad Bedawi akan tidak menghadapi masalah, seandainya
Dr. Mahathir bertindak mahu terus bertanding sebagai presiden parti. Malahan beliau
dan juga Paklah mungkin akan dicabar. Pucuk kepimpinan UMNO tidak dapat bertahan
melalui episod itu. Agenda persaraan doktor itu telah dibuat secara tergesa-gesa. Yang
menjadi jaminannya ialah kemungkinan satu pertandingan yang begitu dahsyat sehingga
mencetuskan pertumpahan darah dan mayat yang bergelimpangan sebaik sahaja!
selesai pertembungan politik itu.
Ketika bercuti di Itali, Dr. Mahathir memulakannya daripada Naples. Rupanya dia tidak
sedar akan satu bidalan purba orang Itali � "Nikmati Naples sebelum mati" -- apabila
dia menjadikan Naples sebagai tempat dia mula bercuti, dia pulang untuk menghadapi
kematian kerjaya politiknya. Inilah bidalan yang pernah ditulis oleh Goethe dalam satu
hikayat pelayarannya menyusuri Itali pada abad ke-18 dulu. Dia menyarankan agar
sesiapa sahaja melancong ke Naples untuk menikmati keindahannya, sajian makanannya,
dan segala kecemerlangannya sebelum menemui kematian. Tetapi ini adalah hikayat purba
yang tercipta lebih 500 tahun dulu. Sebelum masa itu, Naples lebih terkenal sebagai
tapak bencana dan malapetaka penyakit hawar di mana sesiapa yang ke sana tidak sempat
pulang untuk mati. Percutian Mahathir ke Naples sudah menjadi satu alamat yang
menggayakan kepupusan kerjaya politik beliau disebabkan bencana dan malapetaka yang
membinasakannya.
MGG Pillai [EMAIL PROTECTED]
Terjemahan Oleh: SPAR (Suntingan Z-M@R) - 09.07.2002
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>