Amanat Anwar untuk pengundi Pendang dan Anak Bukit
Friday, July 12 @ 20:41:07 MYT


Tolak Parti pertikai Syariah Dan Hudud
Saudara-saudari khususnya di Pendang dan Anak Bukit.

Saudara-saudari telah berjasa mengangkat Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor,
tokoh besar umat dan pejuang keadilan mewakili saudara-saudari dalam
pilihanraya yang lalu.
Permasalahan yang Almarhum ungkapkan dengan petah dan bijak termasuk isu
kerakusan dan keangkuhan kuasa, rasuah dan pembolotan kekayaan oleh keluarga
dan kroni yang masih berlaku secara meluas.
Akibatnya ialah perasuah dan penjenayah besar dilindungi dan kekayaan terus
berlegar di kalangan kelompok kecil.
Nasib rakyat terbanyak sama ada peniaga kecil, petani dan rakyat desa tidak
terbela.
Sementara terus bergelut dengan permasalahan di atas, kita kini ditimpa mala
petaka baru.
Pertama, saudara-saudara wajar membantu dengan menentukan pendirian menolak
kelompok yang mempertika! i syariah dan Hudud, menghina budaya bangsa serta
mengkhianati Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Kita tidak pernah menafikan hak sesiapa jua yang berbincang ikhlas mengenai
beberapa aspek perlaksanaan hukum Hudud.
Namun adalah keterlaluan bagi pemimpin Umno dan media yang dikuasai Barisan
Nasional terus mencemuh hukum Hudud yang diusahakan PAS sebagai sesat.
Rakyat termasuk bukan Islam tambah keliru dan merasa takut akibat propaganda
liar kerajaan.
Wal hal Menteri Besar Terengganu, Tuan Haji Hadi Awang telah mengikrarkan
bahawa matlamat perlaksanaannya yang selari dengan masfasid Syariah adalah
kesejahteraan bersama dan keadilan.
Ia tidak melibatkan kedudukan bukan Islam, hak wanita terpelihara dan kaedah
perlaksanaannya adalah telus dan adil.
Kedua, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad terus berleter mengecam budaya Melayu
kerana sikap malas, mudah lupa, terlibat dengan dadah dan jenayah.
Kenyataan biadap sebegini takut disanggah oleh pemim! pin-pemimpin Umno demi
mempertahankan kedudukan dan harta.
Sesungguhnya semua budaya perlu dinamik menerima pembaharuan. Tetapi
tanggapan pribumi malas adalah acuan pemikiran penjajah dan orientalis. Ia
juga bermaksud mengubah pendangan rakyat dari masalah rasuah dan kezaliman
di kalangan penguasa.
Jika ikhlas membentuk budaya luhur, mengapa jenayah rasuah, pengumpulan
kekayaan secara tidak sah dan kezaliman di kalang pemimpin-pemimpin
dibiarkan?
Mengapa pula badan kehakiman, pendakwaan dan polis diperalat dengan keji?
Isu ketiga adalah langkah kerajaan menyimpang dari Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang dimeterai sebagai muafakat bersama.
Bahasa Pengantar dalam sistem pendidikan ialah Bahasa Melayu dengan jaminan
kewujudan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Kita bersetuju sekiranya diusahakan agar mutu penguasaan Bahasa Inggeris
diperbaiki.
Akan tetapi keputusan gopoh memaksa perlaksanaan pengajaran matematik dan
! sains dalam ujian UPSR dan PMR mulai tahun 2003 adalah langkah bebal, gopoh
dan tidak bertangung jawab.
Ia bukan saja mengkhianati dasar tetapi akan mengorbankan pelajar terutama
dari desa dan kawasan pendalaman.
Saya faham pengertian dan kebijaksanaan saudara-saudari membantu perjuangan
menegakkan Islam, keadilan bagi semua rakyat dan mempertahan prinsip
kebebasan bersuara.
Saya merayu agar saudara-saudari menolak dasar parti yang angkuh yang
sanggup mencela agama, budaya bangsa dan mengkhianati dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Berilah sokongan dengan mengundi calon PAS dalam muafakat Barisan
Alternatif.
Undilah
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)
Dan Hj Amiruddin Hamzah (Anak Bukit)
Salam Reformasi, semoga Allah AWT memberi taufik dan hidayahNya.
Anwar Ibrahim
Mahkamah Persekutuan
10 Julai 2002
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.CO! M



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke