*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
fwd msg drp groups panoramaku (yahoogroups), tlg cek betul ke tak betul?
>From: "intan2002" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Fwd: Guru rogol murid Date: Sun, 14 Jul 2002 03:44:47 -0000
>
>--- In [EMAIL PROTECTED], "Shaharen" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>Guru rogol murid di Tanjong Karang
>Satu ketika dulu ketika heboh mengenai masalah sosial yang berlaku di
>negeri Kelantan, dibawah pemerintahan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd
>Aziz Nik Mat, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato'
>Haji Noh Omar, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, berkata,
>kerana di Kelantan terlalu banyak ceramah agama. Selain itu dia juga
>mengatakan di Negeri Kelantan tidak ada pusat-pusat hiburan/ karaoke.
>
>Merujuk kepada kes seorang guru merogol murid, yang juga ahli Umno di
>Tanjong Karang, adakah kerana di Tanjong Karang ini, khususnya di
>Dato' Manan tidak ada pusat-pusat hiburan?, jika itu adalah
>jawapannya, maka adalah dicadangkan supaya Noh Omar, selaku Ahli
>Parlimen Tanjong Karang mengadakan dan memperbanyakkan pusat-pusat
>hiburan seperti karaoke, rumah-rumah maksiat berlesen, pusat-pusat
>perjudian berlesen, Pusat-pusat perjudian dan sebagainya di Tanjong
>Karang khususnya di Dato' Manan supaya dapat mengelakkan berlakunya
>kes zina, rogol dan sebagainya.
>
>Di dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian bertarikh 2/7/2002,
>di paparkan mengenai seorang Penolong Kanan di Sekolah Rendah Sri
>Gambut telah merogol anak angkatnya sendiri. Guru tersebut yang
>bernama Tahiron Dimyati merupakan AJK Umno Cawangan Dato' Manan
>dibawah pimpinan Sidang Jombry Aziz. Dia juga merupakan orang
>kepercayaan Noh Omar di Tanjong Karang. Beliau yang juga merupakan
>AJK Masjid dituduh telah merogol anak angkatnya itu di antara
>pertengahan Jun 1997 sehingga pertengahan ogos 1998.
>
>Tahiron yang berusia 50 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak
>RM18,000 dengan dua orang penjamin. Dari mana penjamin mendapat duit
>sebanyak itu?, tidak lain ialah dari poket Noh Omar sendiri. Kerana
>Tahiron merupakan orang kepercayaan Noh Omar.
>
>"Fatwa" yang disuarakan oleh Noh Omar itu telah telah menjadi
>kenyataan setelah beberapa hari orang kepercayaannya, Tahiron,
>didakwa atas tuduhan merogol anak angkatnya, iaitu apabila pada
>5&6/7/2002 Umno Bahagian Tanjong Karang yang dipimpin oleh Dato' Seri
>Dr Mohd Khir Toyo, yang mana Noh Omar adalah Timbalannya, telah/akan
>menganjurkan Pertandingan Karaoke lagu-lagu 60,70,80 di Dewan Dato'
>Hormat.
>
>Beginilah cara Umno yang kononnya memperjuangkan Islam (Yang Sebenar)
>menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Adakah pemimpin-pemimpin
>begini boleh dianggap sebagai pemimpin sebuah Negara Islam?
>
>Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang-orang
>yang beriman!, Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul
>dan pemimpin dari kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih pendapat
>mengenai sesuatu perkara maka kembalilah kamu kepada Allah (Al-Quran)
>dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
>hari akhirat".
>
>Adakah pemimpin-pemimpin Umno hari ini merujuk kepada Al-Quran dan
>Hadith untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam
>masyarakat hari ini?, tepuk dada tanyalah iman.
>
>Tapi apa yang kita lihat sekarang apabila pemimpin-pemimpin PAS
>hendak melaksanakan hukum Hudud seperti Enakmen Kanun Jenayah Syariah
>II Negeri Kelantan, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
>Kelantan, dibawah pemerintahan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd Aziz Nik
>Mat, dan yang terbaru Enakmen Syariah (Hudud dan Qisas) yang akan
>dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Haji
>Abd Hadi Awang, di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu Julai ini,
>ditentang oleh pemimpin-pemimpin Umno.
>
>Anti Maksiat
>Sg Burong
>
>
>
>
>
>
>
>
>______________________
>Terbitan : 6 Julai 2002
>
>
>Given To Us To Learn From...
>--- End forwarded message ---
_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail.
http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mulhaf ishak" <[EMAIL PROTECTED]>